10 Tips Berguna Kepada Ibu Bapa Dari Child Psychiatrist

Kepada yang tak tahu, Child Psychiatrist (pakar mental kanak-kanak) ialah pakar brain development dan behavior kanak-kanak.

Maksud lain, kalau dia tengok perangai seseorang kanak-kanak tu, dia dah boleh tahu apa masalah budak tu.

10 Tips Berguna dari Child Psychiatrist

Ini 10 tips berguna dari Child Psychiatrist untuk ibu bapa. Tips ini sangat berguna terutama kepada anak berumur 0 tahun (dalam kandungan) hingga 3 tahun.

1. Biasakan dan kerapkan bawak anak main pasir, buih, rumput dan plastesin

Kalau boleh biar dia sentuh guna tangan dan kaki. Biar dia exposed dan touched dengan texture pasir, rumput, buih, dan lain-lain yang ada di sekelilingnya.

Benda-benda macam ni sangat merangsang motor skills dan sensory skills anak-anak.

Tapi kalau duduk rumah apartment tengah-tengah bandar ni macam mana nak jumpa pasir kan?

Kalau ada pun mesti ibu bapa tak bagi anak mereka main sebab kotor dan takut terkena jangkitan bakteria yang ada dalam pasir tu.

child psychiatrist
Bermain pasir salah satu aktiviti merangsang motor skills dan sensory skills anak-anak.

Jangan risau kalau takde pasir nak main. Dengan zaman yang semakin canggih ni, pasir tiruan telah tercipta.

Pasir ajaib atau kinetic sand dengan rupa yang sama seperti pasir asli sudah mendapat tempat di hati ibu bapa yang tahu pentingnya bermain pasir. Pasir ni banyak dijual di kedai-kedai online.

2. Don’t expose to too much things in a box

Things in a box” ni seperti TV, iPad, tablet, phone dan games. Takde masalah kalau nak tengok benda-benda in a box ni tapi pastikan 10 minit sahaja dalam satu masa.

Jangan sesekali biarkan anak bersendirian dengan gadjet seperti iPad. Pastikan anda ada bersama ketika mereka bermain, tengok video. Tengok Boboi Boy sama-sama dengan dia, interact dengan dia.

Sebagai contoh, kita cakap “Oh Boboiboy is wearing a red cap“. “Oh there, Boboiboy plays badminton with his friends!“. Sentiasa interact dengan dia semasa menonton.

Adalah petanda baik jika dia ajak anda sekali setiap kali dia ingin guna iPad. Tapi petanda buruk bila dia tidak mahu sesiapa kacau atau main, menonton bersamanya.

So, always be with him and interact with him while watching.

Elakkan anak-anak bermain gadjet terlalu lama
Elakkan anak-anak bermain gadjet terlalu lama dan tanpa pengawasan ibu bapa.

Kenapa iPad, TV, phone, games tak elok untuk perkembangan kanak-kanak?

Bila kita tengok iPad, mata kita tertumpu kepada satu level sahaja. Tiada pergerakan “rolling” oleh mata. Bila too much iPad that means no eyes nerves stimulation.

Lama-lama pandangan anak tu tak luas. Jadi, brain dia pun tak boleh berfikir dengan luas / kreatif.

Ibu bapa digalakkan supaya banyak stimulate mata baby. Bagaimana caranya?

Bawak anak keluar rumah. Tengok sekeliling. Tengok atas tunjuk langit, tunjuk kapal terbang. Tengok bawah, tunjuk rumput, kucing, bunga dan pelbagai benda yang ada di sekeliling kita.

Kalau tak boleh keluar rumah, still boleh buat dalam rumah.

Contohnya, boleh guna mainan flash cards ABC atau apa-apa jenis flash card.

Flash huruf A kat atas, supaya anak dongak ke atas. Pastu flash huruf B kat bawah pulak. Pastu flash huruf C sebelah kiri, huruf D sebelah kanan dan sebagainya.

Dengan cara macam tu, automatik ada “rolling” eyes movement. Bila ada pergerakan mata atas bawah atas bawah macam tu, saraf mata dirangsang dengan baik. So, brain development pun berlaku dengan baik.

3. Stimulate their imitation skills

Imitation skills ialah kebolehan mengikut atau meniru apa saja perkara yang dilihat di sekeliling. Contohnya, kalau anak nampak kita clap hands, dia pun ikut clap hands.

Lack of imitation skills merupakan masalah terbesar budak-budak zaman sekarang. Attitude, cara berfikir, bahasa dan bercakap ialah imitation skill. Vocabulary kurang, otak lambat pick-up, semua ini related dengan brain development.

Ajar anak imitation skills

Ibu bapa digalakkan buat kaedah-kaedah seperti ini :

  • Say a word, dan suruh anak ulang.
  • Lukis satu simple drawing, dan suruh anak tiru.
  • Buat mimik muka macam nangis, senyum, gelak, marah dan suruh anak tiru.
  • Buat satu kerja mudah macam susun bantal atas katil, susun buku kat rak, dan suruh anak ikut.
  • Nyanyi satu lagu, dan suruh anak ikut menyanyi.
  • Dance mengikut muzik, dan suruh anak tiru step yang kita buat.
  • Buat satu pergerakan macam merangkak, lompat, mencangkung, bergolek, dan suruh anak buat sama. Pergerakan merangkak ialah sangat-sangat bagus. Sebab dia melibatkan seluruh anggota badan, dari kepala ke hujung kaki.Menurut kajian, baby yang mengalami fasa merangkak yang lama dikatakan lebih genius dan berfikiran kreatif berbanding baby yang merangkak sekejap atau tak merangkak langsung (terus boleh berjalan).

Satu kisah tentang bahayanya penggunaan gajet yang berlebihan.

Ada sorang budak Australian. Umur baru 4 tahun. Jari tangan, kaki, lutut dia semacam tak normal. Tak tahu nak describe macam mana. Tapi korang nak tahu apa sebab dia jadi macam tu? Sebab too much exposed to computer light and touch screen! Tak sangka sampai boleh jadi begitu kan. Mak dia exposed budak tu main iPad sejak lahir.

Aku borak ngan mak budak tu, sampai nangis-nangis makcik tu cerita kat aku. Dia cakap saraf-saraf anak dia dah rosak. Sebab takde rangsangan dan kurang latihan pergerakan masa kecik.

Masa kecik, baby aktif gila nak meniarap la, nak merangkak la, nak lompat-lompat la. Kan? Tapi sebab parents dia terlalu busy dan diorang takde pembantu rumah, so dia bagi je baby tu leka dengan iPad 24/7!

Bila anak dia dah umur 4 tahun ni, baru nak pergi kelas pemulihan. Belajar lompat, belajar meniarap, belajar merangkak. Kesian kan?

4. Banyakkan konsep Education Toys berbanding Mainan Superheroes, Monsters

Konsep Education Toys ni seperti ABC, 123 blocks, Lego, animals (yang realistic dan senang nak recognize), shapes blocks, vehicles, colour blocks, dan macam-macam lagi. Boleh search kat internet.

Mainan education seperti ni boleh tambahkan vocabulary anak malah boleh belajar sambil bermain.

Elakkan beli mainan yang tak realistik seperti barbie doll, superheroes dalam TV, monsters dan lain-lain.

Sebab masa bermain, dia tak boleh kaitkan dengan dunia realiti dia. Takut dia terlebih taksub dengan dunia yang fantasi tu pulak.

5. Ajar anak bercakap Word dulu, avoid Sentence

Sebagai contoh, semasa pergi zoo kita nak tunjuk elephant kat anak, lebih baik cakap, “Elephant!” bukan “That is elephant!” atau “Wow you see that big elephant?” melainkan anak dah hafal animals tu semua, so boleh ajar sentence dengan adjective pulak.

Contoh sentence dengan adjective – “Tall giraffe“, “Big elephant“, “Beautiful butterfly“, “Yellow bird“.

Elakkan guna perkataan “The.. This.. That.. And.. With..” dan lain-lain. Direct je cakap “Big tiger“, “Beautiful bird“. Ajar word by word. Nak ajar budak bercakap kena slowly dan repetitively.

Bila nak bagi arahan pun sama. Sebut perbuatan itu sahaja. Without a complete sentence.

Contohnya, “Eat” bukan “Come and eat” atau “You must eat“, “Sit” bukan “Come and sit beside Mama” atau “Sit and keep quiet“.

Lama-lama budak tu akan cepat recognize, which one is noun, adjective, verb, dan sebagainya. Lepas dia dah banyak vocabulary, baru boleh start ajar buat sentence.

6. Kalau budak takut strangers, ask them to high-5. Avoid salam, hug or kiss.

Biasanya budak yang takut strangers ni sebab dah banyak kali trauma atau ada bad experience each time jumpa strangers.

Contohnya, budak yang selalu sakit. Banyak kali jumpa doctor / nurse yang asyik cucuk atau bagi ubat. Jadi, bila jumpa strangers mana-mana pun dia expect orang tu akan buat apa-apa kat dia. Fobia kot.

Untuk atasi masalah ni, pakar psychiatrist sarankan bila berjumpa dengan sesiapa yang anak takut, minta orang tu high five dengan anak kita. Biasanya kalau kita jumpa kawan, saudara mara ke, mesti diorang nak peluk cium, salam anak kita kan?

High five dengan anak

So kalau ada anak yang jenis takut strangers ni jangan bagi orang salam peluk terus, minta dia high-5 dulu. Ibu bapa boleh cuba kaedah ni.

Menurut pakar psychiatrist, high-5 is very powerful. Dia boleh ubah mentaliti anak within seconds.

Bila kita high-5 akan berlaku sentuhan dalam beberapa saat dan budak tu akan realize yang orang tu tak merbahaya. Jadi, lepas tu dia akan ok la dengan orang tu.

7. Bila anak buat salah, explain instead of marah

Sebagai contoh, kalau anak main marker pen conteng satu rumah. Instead of marah-marah, membebel tak tentu pasal, better explain clearly kat anak tu kenapa benda yang dia buat tu salah.

Ingat, anak tu tengah exploring his world, bukan sesaje nak cari pasal dengan kita.

Jangan marah bila anak buat kesalahan

Lagi satu, setiap kali explain atau bercakap dengan anak, make sure mata kita dengan dia satu level. Rendahkan badan, duduk depan anak.

Jangan cakap atau marah sambil berdiri, anak jadi bertambah takut. Nanti dia tak absorb pun apa yang kita nak sampaikan.

8. Overly-attached to one person is not a good sign

Petanda tak bagus bila anak tu rapat dengan mak je, dengan ayah tak berapa rapat. Something wrong with his self-esteem.

Jadi ibu bapa kena biasakan dia rapat dengan semua orang. Especially family members.

9. Bila bermain, follow his interest

Kalau anak nak main bola, jangan tetiba korang nak ajak dia main basikal. Kalau anak nak melukis, jangan korang nak ajak dia main bola pula.

Ikut kehendak anak pada ketika itu sebab brain development akan berlaku pada tahap maksima bila budak tu betul-betul interested dan happy buat sesuatu perkara.

Lain la kalau anak mintak nak main benda bukan-bukan mestilah tak boleh ikut kehendak diorang kan. Jangan marah pula. Terangkan kenapa tak boleh main tu.

Ikut kehendak anak semasa bermain

10. Bagi pilihan jawapan untuk enhance communication skill anak

Bila kita bertanya sesuatu kat anak kita, kalau anak diam je sebab tak tahu nak jawab macam mana, jangan biarkan soalan tu tak berjawab. Kita yang kena bagi pilihan jawapan kepada anak.

Contohnya, kalau kita tanya, “Kenapa Haikal menangis?” Tapi Haikal diam je. Mungkin sebab tak tahu nak jawab macam mana.

Jadi kita bagi la beberapa pilihan jawapan, seperti “Haikal jatuh?“, “Haikal sakit perut?“, “Haikal nak ikut papa pergi kerja?“, “Haikal bosan?“.

Walaupun dia respon dengan sekadar angguk je pun dah memadai. At least soalan dah terjawab. Dan lama-lama nanti dia tahu la nak jawab macam mana jika soalan yang sama diajukan.

10 tips berguna dari Child Psychiatrist ni Sue ambil dari blog Adlil Rajiah berdasarkan pengalaman beliau sendiri dengan pakar psychiatrist.

Tips-tips ni diberi oleh Dr. Sherine, Child Psychaitrist dari Hospital Gleneagles.

Sue sangat-sangat tertarik dengan tips-tips yang diberikan sebab tu tergerak hati nak tulis balik kat blog surayasagi.com ni sebagai simpanan dan rujukan sendiri di masa akan datang. Manalah tau dah lupa kan..

Dan mungkin juga sebab dah lebih 6 tahun terlibat dalam dunia Right Brain Education.

Kebanyakkan tips yang diberikan juga merupakan method yang digunakan dalam brain development yang Sue faham. Healthy dan quality brain sangat membantu dalam melahirkan anak dengan personaliti yang terbaik.

Tips-tips yang diberikan sangat sesuai terutamanya kepada pasangan yang baru menjadi ibu bapa. Pasangan muda yang masih belajar bagaimana nak mendidik anak menjadi yang terbaik kepada ibu bapa, keluarga dan masyarakat sekeliling.

Jadi, ibu bapa boleh cuba praktikkan tips-tips tersebut.

Semuanya berlaku dengan izin Allah. Tapi tak salah kita ikhtiar yang terbaik dan termampu. InsyaAllah, outcome dia nanti menggembirakan kita. Sebab Allah tak pernah kecewakan hamba dia yang berusaha.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *