Berkelah di Hari Raya

Semasa bercuti raya di kampung Sue minggu lepas, kami keluarga meluangkan masa pergi berkelah dan mandi manda di air terjun Jeram Linang yang terletak di Pasir Puteh Kelantan.

Berkelah dah menjadi aktiviti biasa keluarga kami jika adik beradik berkumpul. Waktu ni lah kami adik beradik dengan keluarga masing-masing dapat bersuka ria bersama-sama.

Hari biasa semua sibuk dengan tugas masing-masing dan ada yang tinggal diperantauan macam kami ni.

hutan lipur jeram linang

Berkelah Bersama Keluarga

Raya tahun ni lagi best sebab en. suami pertama kalinya join aktiviti keluarga kami. Dan kali ni kami ubah haluan, berkelah kat air terjun pula. Biasa kami berkelah di pantai.

Sebenarnya Sue lagi suka berkelah kat air terjun berbanding pantai. Air terjun lagi sejuk dan redup suasananya. Kalau pantai, panasnyee.. lagi berpasir-pasir, jenuh nak basuh kaki bila nak masuk kereta.

Jom tengok gambar kitorang sepanjang hari tu.

beli pizza hut
Singgah beli pizza di Pizza Hut Kok Lanas. 6 kotak pizza cukup-cukup sorang sepotong.
pintu gerbang jeram linang
Pintu gerbang hutan lipur Jeram Linang. Yeay! dah sampai.
berkelah di jeram linang
Bila dah sampai pakat serbu makanan dulu sebab semua lapar lepas sangkut dalam trafik jem. Biasa la musim perayaan, kereta banyak kat jalan raya.

Bila berkelah tak lengkap rasanya kalau tak ada aktiviti BBQ. Kali ni kitorang buat BBQ itik sebab umah kat kampung tu banyak sangat itik. Sedap juga rasa itik bakar.

Menu lain lokan bakar, bihun goreng, ayam goreng ala-ala KFC, sosej dan macam-macam lagi la makanan bergoreng. Siap bawa dapur portable, senang katanya.

makanan ketika berkelah

Ok, dah kenyang makan 1st round, jom kita mandi. 😀

budak takut mandi air pantai
Kimi, budak takut mandi pantai, takut ombak. Air bukit camni tak takut, mandi sampai kecut.. hehe
mandi air terjun jeram linang
dari kiri : Apih (adik), Ella (adik), Sue dan Angah (anak saudara)
mandi air terjun jeram linang
Syok betol lepak sini. Air laju menghempas badan.
mandi air terjun jeram linang
Semua dok bergayut kat kayu sebab air dalam.
suami isteri mandi air terjun
Sue dan en.suami. Baru berpeluang mandi sebab dari tadi dia jadi tukang ambil gambar.

mandi air terjun jeram linang

Last skali…

gwiyomi style
Posing gwiyomi style 😛

Nak balik dah. Best sangat dapat mandi manda kat sini bersama suami dan ahli keluarga yang lain.

Mek ayah je tak join kitorang. Diorang ada aktiviti lain.

anarm-dan-sue

dalam kereta pergi berkelah
Dalam perjalanan balik rumah. Ada 4 penumpang kat belakang tu. 2 adik 2, anak buah.

Okey lah. Cukuplah entri bergambar untuk kali ni.

Semoga lain masa kami adik beradik dapat buat aktiviti macam ni lagi dan mek ayah pun dapat join skali.

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *