10 Addons Firefox Yang Perlu Ada

Addons Firefox Web Browser

Mozilla Firefox merupakan web browser kegemaran Sue. Ada macam-macam Addons Firefox yang boleh kita pasang. Best! Walaupun ramai yang cakap Google Chrome lagi best sebab laju.

Tapi Sue rasa sama je.

Chrome ada juga add-ons (dipanggil extension) yang tersendiri tapi Sue dah terbiasa menggunakan Firefox. So, kekal jela guna Firefox sampai sekarang.

Sue kadang-kadang pelik jugak. Ada terbaca tweet beberapa orang rakan Twitter dan Facebook cakap Firefox selalu crash. Selama Sue pakai Firefox ni, tak pernah lagi crash. Sentiasa berfungsi dengan baik.

Crash tu mungkin sebab ada yang tak kena pada komputer atau laptop korang kot. Try la cuci apa-apa yang patut kat komputer, lepas tu uninstall dan install balik Mozilla Firefox.

Setahu Sue, tu je jalan penyelesaian bagi masalah crash pada browser. Kalau proses reinstall pon tak dapat setel jugak masalah tu, tak tau la nak buat macam mana lagi. Kena rujuk kepada yang pakar.

Ok.. Kat sini Sue nak share 10 Add-ons Firefox yang terpasang kat web browser Mozilla Firefox yang Sue pakai. I Love Firefox! Hehe..

10 Addons Firefox Yang Perlu Ada

WEB OF TRUST (WOT)

WOT berfungsi menunjukkan rating bagi sesebuah laman web (di Google Search Engine) sama ada selamat untuk dilayari ataupun tidak.

Ikon-ikon bulat berwarna hijau, kuning (oren kot) dan merah yang muncul mewakili rating sesebuah web di mana ikon hijau menunjukkan ianya selamat untuk dilayari, manakala ikon bulat berwarna merah menunjukkan web tersebut mempunyai unsur-unsur spyware, adware, spam, virus, phishing, internet scam, dan lain-lain yang dikhuatiri boleh membahayakan.

Web of Trust

SEARCH STATUS

Seorang blogger mungkin memerlukan tool seperti ni.

Tool yang memaparkan Google PageRank, Alexa rank, Compete ranking dan SEOmoz Linkscape mozRank di browser, juga dengan fungsi fast keyword density analyser, keyword/nofollow highlighting, backward/related links, info Alexa dan banyak lagi.

Search Status

FIREBUG

Salah satu add-ons Firefox yang perlu ada bagi seorang blogger yang mahukan fungsi edit, debug, monitor CSS, HTML dan JavaScript secara terus di mana-mana laman web.

Tuan punya blog AnarmNet ada sediakan serba sedikit info tentang Pengenalan Firebug.

Firebug addons firefox

WISESTAMP EMAIL SIGNATURE

Fungsinya untuk membuat signature email yang membolehkan kita masukkan beberapa perkara menarik seperti menambah feed blog (RSS), share blog post secara auto, bookmark, video, social feed atau petikan kata-kata di dalam signature email.

WiseStamp juga membenarkan kita dengan mudah meletak logo atau image pada signature, link ke laman social (mengandungi link dan profile yang disertakan dengan icon) dan bermacam-macam lagi.

Ianya mampu menarik perhatian penerima email dengan paparan signature email yang cantik dan boleh diubah-ubah mengikut citarasa.

WiseStamp Email Signature

EASY COMMENT

Memudahkan kerja-kerja meninggalkan komen di blog-blog yang dilawati. Dengan hanya sekali klik, ruangan nama, email dan URL blog akan diisi secara automatik.

Menjimatkan masa setiap kali ingin meninggalkan komen tanpa perlu menaip kembali pada setiap ruangan.

DOWNTHEMALL

DownThemAll merupakan download manager yang dipasang di Firefox. Fungsinya dah tentu la digunakan untuk mendownload.

Keistimewaannya, DownThemAll melajukan speed download hingga 400% dan membenarkan kita pause dan sambung kembali kerja-kerja download pada bila-bila masa.

DownThemAll Download Manager

WEBMAIL NOTIFIER

WebMail Notifier berfungsi memeriksa akaun email kita dan memberitahu kita sekiranya ada email yang belum dibaca beserta jumlah email tersebut.

Ianya menyokong banyak penyedia perkhidmatan email seperti Gmail (Gmail & Google Apps), Yahoo! (yahoo.com, ymail.com, rocketmail.com, yahoo.co.jp), Hotmail (hotmail.com, msn.com, live.com), AOL (aol.com, aim.com, mail.com), POP3/IMAP dan lain-lain.

GREASEMONKEY

Membenarkan kita customize paparan dan fungsi sesebuah laman web dengan menggunakan JavaScript ringkas. Laman http://userscripts.org menyediakan beratus-ratus scripts yang boleh digunakan pada Greasemonkey yang menyokong penggunaan untuk pelbagai jenis laman web yang popular.

RAINBOW COLOR TOOLS

Sue gunakan addons Rainbow Color Tools ni untuk dapatkan code color yang terdapat pada mana-mana web.

Addons ni juga membolehkan kita lihat color yang digunakan pada sesebuah laman web. Bagus bagi sesiapa yang suka tukar-tukar color kat blog.

Rainbow Color Tools

FEBE

Digunakan untuk backup segala addons yang kita guna kat Firefox. Mana la tahu kot2 Firefox tiba-tiba bermasalah, addons dah ada backup, so tak payah dah susah2 nak install balik addons tu satu-satu.
 

Siap jugak senaraikan 10 addons menarik ni. Korang mungkin ada addons lain yang menarik jugak kan? Kongsi-kongsi la kat ruangan komen ek..

24 Comments

    • @Mr.TN_SkY: sharing is caring org ckp.. 😎
      btw, sue dh melawat blog SkY, nice, bnyk info.. and dh follow balik.. 😉

  1. Dalam banyak2 add ons kat atas, Yied guna satu je…. Iaitu Easy Comment. Senang nak blogwalking dan komen blog…. Huhu…. Sebenarnya banyak, tapi Yied uninstall…. Firebug dulu Yied pernah guna… Pastu uninstall…

    • @zik, ada lagi 3 4 5 addons yang tak masukkan dalam senarai.. hehe.. orang cakap pkai addons banyak2 bleh jadi berat.. tapi rasanya firefox versi terkini dah improve kelemahan tu kot.. sebab tak pernah rasa berat pon.. 1st time run firefox pon die bukak ok je.. takde la lama sgt macam versi yang dulu2.

  2. saya pengguna Chrome.. tapi kadang2 pkai firefox jugak.. sume addons yg disenaraikan tu memang dah terpasang dalam firefox saya.. addons yg sgt bagus..

    nice sharing..

    • @Amry, chrome kadang2 crash je.. kadang2 ada web yang berselerak, tp bila bukak pkai firefox elok plak web tu.. tak tau nape.. sebab tu lebih suke firefox ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *