Siapa Sue
Dimulakan dengan Bismillah…
Selamat datang ke blog sagitaurus.com dan terima kasih diucapkan kerana sudi mengunjungi laman yang tak seberapa ni. Sagitaurus.com wujud atas cadangan seorang insan yang ingin memulakan langkah ke dunia blogger. Beliau lah yang menjerumuskan sue ke dalam dunia maya ini (masih dalam proses pembelajaran). Sagitaurus.com (sagitarius + Taurus) merupakan laman peribadi empunya blog. Segala yang dipaparkan adalah hasil daripada bicara minda, emosi dan perasaan penulis. Ikut mood, jika mood jiwang.. maka jiwanglah ia, jika sedih.. maka kuarlah cite sedih. So, genre nya lebih kepada blog macam-macam ada (rojak story).. ada bersifat peribadi, perjalan hidup, info, cerita, atau ape-ape aje yang terlintas difikiran pada ketika dan saat artikel itu ditulis.
Kehidupan Peribadi
Nama diberi Suraya.. Dilahirkan ke dunia yang fana ini pada 2 Disember.. Lupa lak lahir kat mana (umah @ hospital). Rasanya lahir kat umah sebab kat kampung dulu jauh sangat ngan hospital bersalin. Memang anak jati kelantan, tapi ramai yang tak menyangka sue ni orang kelantan sebab cakap takde kuar loghrat kelantan.. btol ke? sue pun tak dapat nak pastikan.
Ahli keluarga sue ada lebih kurang 33 orang semuanya.. adik beradik sepuluh orang.. lima lelaki, lima perempuan. Tiga orang je lagi yang masih belum menamatkan zaman bujang.. termasuklah sue.. masih single but not availabe. Anak buah ada 21 orang + 1 (coming soon this Jun). Ramai kan? bila bulan puasa, kitorang terpaksa wat dua sesi berbuka puasa sebab ramai sangat (meja untuk kaum-kaum adam.. bersila kat bawah untuk kaum-kaum hawa + anak-anak kecil). Tapi tu pun masih tak muat untuk semua orang. Biasanya sue ngan adik la yang terpaksa makan last.. dan sudah semestinya kami lah yang terpaksa mengemas dan basuh ape yang patut dibasuh (yela.. dah orang last makan, kena la wat tu sume). Apa-apa pun, sue sronok ada family besar.. meriah sangat time kumpul ramai-ramai. Kalau semua balik, komfem riuh rendah kat umah tu. Bajet duit raya pun banyak gak.. huhuhu
Sifat, Sikap dan Kelebihan
- Gadis biasa je
- Pemalu
- Tak pandai bergaya (T-shirt, jeans dan yang mana-mana yang selesa dipakai)
- Suka bercakap (dengan orang-orang tertentu saje)
- Menepati masa (paling benci orang tak menepati masa @ lebih tepat ‘janji melayu’)
- Tak pandai masak (untuk makan sendri-sendri bleh la)
- Suka makanan yang ada ulam (nasi kerabu, laksa, laksam)
- Suka $$$ (tapi tak la macam En. Crab dalam cite Spongebob tu), Graphics,
Music (lagu² melayu lama) - Suka baca benda berkaitan ramalan hidup (horoskop) – tak caye sangat pun..
saje, suka-suka. - Hobi terbaru.. suka kumpul duit syiling ikut urutan tahun dan duit kertas design lama
- Tak suka mengongkong dan tak suka dikongkong
- Seorang yang setia pada cinta (penat nak layan ramai-ramai.. macam-macam prangai)
- Paling benci pada lelaki dayus (takut bini)
- Pandai la jugak guna Adobe Photoshop, Illustrator, InDesign, MS Office, *terbaru – tgh balaja wat web
- Gila keja (tapi takde la smpai tahap workaholic)
- apa lagi ek.. tak tau dah.. hehehe..
Pendidikan
- 1992 – Sekolah Kebangsaan Tanjung Chenak, Pasir Mas Kelantan (UPSR)
- 1998 – Sekolah Menengah Kebangsaan Bunut Susu, Pasir Mas Kelantan (PMR & SPM)
- 2003 – Noble College of Technology, Taiping Perak (Diploma in Multimedia Technology)
Kerjaya
- 2007 : Graphic Designer –
Reko Silkscreen - 2008 : Graphic Designer –
Dunia Pendidikan Sdn. Bhd - 2008 : Graphic Designer –
Honey Print Sdn. Bhd - 2010 : Admin + Marketing + Graphic & Web Designer – Reka Impian Sinergi
Laman Sosial
- Website : sagitaurus.com/blog/
- Facebook : facebook.com/surayasagi
- Twitter : twitter.com/surayasagi
- Email : suraya_sagi@yahoo.com
- Friendster dan Myspace dah lama tak bukak.. tak tahu la ape dah jadi kat situ..
dah tumbuh semak samun kot.. hehe…
Disudahi dengan Alhamdulillah dan Sekian, terima kasih…. :)









August 14th, 2010 at 11:00 AM
Selamat berkenalan cik suraya. :)
[Reply]
Suraya Reply:
August 16th, 2010 at 8:46 AM
@amirulfaiz: selamat berkenalan amirul.. :love:
[Reply]
September 8th, 2010 at 12:58 AM
salam perkenalan :)
[Reply]
October 3rd, 2010 at 2:17 AM
salam,
Maaf baru terbaca msg di twitter :)
[Reply]
November 26th, 2010 at 11:28 AM
assalamualaikum! Apa khabar? sihat?
[Reply]
Suraya Reply:
December 2nd, 2010 at 3:48 PM
@Sadieqz: Waalaikumussalam.. sihat, Alhamdulillah.. salam kenal..
[Reply]
December 2nd, 2010 at 2:03 AM
wah,Graphic Designer..hebatnya =)
[Reply]
Suraya Reply:
December 2nd, 2010 at 3:49 PM
@Faisal: xde la hebat mane.. biasa2 je… hehe
[Reply]
December 6th, 2010 at 5:08 PM
SALE KENA DEH…MU ORGHE KELATE DEH? KAWE ORGHE PEROK, TAPI ADO MEMBO DARI KELATE…MAIW MIAW…APASAL TETIBA AKU KECEK KELATE NIH? MUAHAHA
[Reply]
Suraya Reply:
December 8th, 2010 at 2:13 PM
@Amry: hahahaha lucu lak baca kamu tulis klate.. klu bercakap xtau la bunyi cmne..
cakap perak pun xpe, sue bleh paham skit2.. pakwe sue org perak.. tp die xpndai sgt ckp perak sbb lama sgt dok klate.. huhu
btw, salam kenal gak..
[Reply]
December 8th, 2010 at 10:38 PM
saja jer cakap kelantan..hehehe…
[Reply]
December 15th, 2010 at 10:04 AM
salam just drop by and find ur blog is nice…sya lg baru dlm blog-hobi baru-tiada apa sgt nak diciter,skang meronda-ronda blog2 lain..hihi..
[Reply]
Suraya Reply:
December 15th, 2010 at 2:59 PM
@bedak: thanks.. sue pn baru lg.. baru amik alih blog ni.. dlu org lain handle.. huhu..
ni pn xtau sgt nk update ape.. 2 yg jarang2 skali update..
btw, lawa blog awak.. dh tgk..
[Reply]