Aug 31

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Bagitulah laungan daripada Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama, Tunku Abdul Rahman pada tanggal 31 Ogos 1957 sempena Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu (Malaysia).
Laungan ‘kemerdekaan’ yang diulang sebanyak 7 kali dilakukan di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya. Satu detik yang bersejarah bagi Malaysia di mana bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru.
Diikuti pula dengan seruan azan sebagai simbolik lahirnya sebuah negara baru yang bebas daripada kuasa penjajah dan tembakan meriam sebanyak 101 das.
Baca seterusnya »

Aug 23

Otak tidak berfungsi dengan baik salah satunya disebabkan oleh penyakit mental yang dialami seseorang itu. Tapi dalam kes yang sue nak cerita ni, bukan disebabkan masalah mental, tapi disebabkan tak cukup tidur. Korang pernah tak alami masalah tak boleh nak tidur? dah buat macam-macam cara tapi tak lelap-lelap gak. Seksa kan..? orang lain tengah syok-syok tidur kita berjaga lak.
Fakta tentang tidur:
- Keperluan tidur setiap orang berbeza-beza tetapi secara puratanya kita memerlukan tujuh jam tidur yang lena bagi membolehkan badan berfungsi dengan baik pada keesokan harinya.
- Tidur yang cukup bukan setakat merehatkan badan atau mengelakkan masalah mata cengkung tetapi ia mempunyai manfaat yang lebih penting.
- Tidur adalah satu keperluan dan ketika inilah badan akan memperbaiki kerosakan yang berlaku pada sel serta membina sel baru.
- Malah, ketika tidur otak kita sibuk membuat persediaan untuk menghadapi keesokan harinya.
- Kajian ke atas haiwan dan manusia mendapati tidur yang cukup mampu meningkatkan keupayaan untuk belajar dan membantu memelihara daya ingatan seseorang.
Baca seterusnya »

Aug 20
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera bagi yang bukan beragama Islam.. skema nyer
Betapa bestnya dapat berpuasa dengan family kan? Banyak bezanya berpuasa diperantauan jika nak dibandingkan dengan rumah sendiri, bersama keluarga tercinta. Bagi sue, keadaan puasa dulu budak-budak dengan keadaan sue berpuasa sekarang sangatlah berbeza.. Dulu semuanya mak ayah yang buat.. sekarang semua sendiri-sendri.
Sebelum tu cuba korang hayati drama kat bawah ni.. mesti sama macam korang dulu-dulu kan.. ke sekarang pun sama camtu gak..

Budak-budak memang macam ni kan.. hehe..
Baca seterusnya »

Aug 10

Bila dah masuk bulan ramadhan atau nama biasa orang panggil bulan puasa, kita sebagai umat Islam kena la berpuasa ye tak?.. tak puasa bleh jadi kes besar klu direport kat Jabatan Agama Islam.. mau bleh masuk lokap.. korang nak camtu? eee.. mintak jauh la ye.. so korang kena la puasa klu tak nak kena angkut ngan diorang sebab kantoi tak puasa.. malu eh.. besar-besar pun tak puasa lagi..
Bagi kaum hawa, jangan bagi alasan period sebab tak nak puasa, kang tak pasal-pasal Tuhan balas korang period lama tak henti-henti.. sape susah.. korang gak yang susah kan.. so, jangan.. jangan.. jangan wat camtu ye.. Yang laki plak jangan suka ponteng puasa.. korang ada keistimewaan bleh puasa penuh sbulan tp tak nak puasa penuh gak.. ape kes.. ntah ganti balik ke idak.. ish! ish! ish!.. korang tak camtu kan.. bagus-bagus.. pembaca blog sue sume tak camtu kan.. kan..?
Bila namanya bulan puasa, amalan lain yang kita disarankan wat ialah Solat Tarawih.. Korang slalu gi tak? best kan.. ramai-ramai gi jemaah kat masjid.. pastu ada makan-makan lagi.. hehe.. tapi sue tak penah pun makan, siap je solat tarawih trus balik umah.. kenyang lagi makan time berbuka tadi..
Baca seterusnya »

Recent Comments