May 22

Entri Rahsia Bulan Kelahiran yang pernah Sue tulis sebelum ni merupakan salah satu post yang popular di blog Sagitaurus.com ni. Ramai yang google dan baca entri tu. Terima kasih banyak-banyak. Hehe..
Di sini, Sue nak kongsikan 1 software (portable) yang dapat memberitahu sikap dan watak kita berdasarkan tarikh lahir. Isinya sama juga seperti Rahsia Bulan Kelahiran sebelum ni cuma ianya dalam bentuk software, dan ada perbezaan sikit di mana software ni dapat tunjukkan ramalan sikap berdasarkan tarikh lahir kita yang tepat, bukannya berdasarkan bulan kelahiran.
Baca seterusnya »
Apr 14

Lama betul tak update blog ni. Sue minta maaf banyak-banyak. FYI, sekarang ni Sue busy sikit dengan kerjaya baru. Entri yang Sue tulis sebelum ni semuanya ditulis time Sue ada masa terluang. Memang banyak sangat masa terluang sebelum ni. Tapi sekarang jadual blogging dah berubah sejak dapat kerja baru. Sebab tu lama tak update blog. Tak sempat.
Kerja baru sekarang ni dalam bidang pendidikan. Dah lari bidang dah. Daripada kerja grafik, sekarang buat kerja cikgu cikgu pulak. Hehe.. Tapi kadang-kadang tu ada jugak la kerja grafik yang Sue kena buat. Seronok sangat kerja kat sini. Gaji pon best. 
Baca seterusnya »
Feb 03

Mana satu gambaran tentang diri korang, baik atau pun nakal? Mungkin pernah orang kata kamu ni baik, tapi korang rasa yang korang ni bukan sebaik mana pun. Mungkin ada juga yang kata kamu ni agak nakal orangnya. Tapi sejauh mana pula kenakalan korang itu? Apa pun persepsi orang, korang yang patut lebih tahu siapa diri korang yang sebenarnya. Tak gitu? :D
Apa kata korang meluangkan sedikit masa untuk menjawab beberapa soalan di bawah ni, ketahui korang ni baik ke nakal orang nya. Betul ke apa yang orang cakap pasal diri korang. Ataupun pun betul ke apa yang korang anggap pasal diri korang tu.
Setiap jawapan untuk setiap soalan ada markah masing-masing. Korang campur la semua markah jawapan yang korang pilih tu pastu boleh la tahu keputusannya.
Baca seterusnya »
Jan 21

Semulajadinya lelaki melindungi. Semulajadinya lelaki boleh diharap. Semulajadinya lelaki makhluk yang membahagiakan. Jika ada yang terkalih kadang-kadang bukan dengan sengaja dia ingin berbuat begitu.
Kadang-kadang dia dirangsang untuk berbuat tidak senonoh kepada wanita oleh kerana sikap-sikap wanita itu sendiri, yang kadang-kadang tidak mahu memahami perasaannya. Kadang-kadang dia tewas oleh godaan demi godaan yang tidak pernah padam daripada wanita di luar sana.
Oleh itu, bukanlah salah dia 100% seandainya dia tersilap langkah. Sikap anda sendiri mungkin menyumbang, dan sikap wanita-wanita ‘gatal’ di luar sana juga turut menyumbang. Jangan salahkan lelaki sahaja, tetapi salahkan juga wanita-wanita yang buta hati hingga sanggup merampas dia daripada anda.
Baca seterusnya »
Followers