Angkara Nyamuk!

My Stories 12 Comments » 

doa untuk ibuNyamuk adalah sejenis serangga. Serangga tu apa? Meh baca sini. Mesti ramai yang tak suka nyamuk kan? Penghisap darah yang kita sengaja biarkan. “ala takpe.. sikit je, bukan habis pun.” Kalau yang suka nyamuk mesti cakap macam tu kan?. Serangga ini memang bentuknya kecil dan boleh mati dengan sekali tepuk je, namun jangan perlekehkan ia, penyakit yang dibawanya dapat menyebabkan kematian.

Nyamuk sangat popular dengan 3 jenis penyakit yang dibawanya iaitu Malaria, Denggi (Demam Berdarah) dan Chikungunya. Penyakit yang dibawa nyamuk ni akan menjadi semakin banyak dikala terjadinya perubahan iklim seperti peralihan musim kemarau ke musim hujan atau sebaliknya. Sekarang ni kan musim panas terik bertukar hujan, maka berleluasa lah mereka berkeliaran di mana-mana, tidak terkecuali di sekitar kawasan umah Sue sekarang ni. Dah sampai tahap kritikal dah pun kawasan kitorang dilanda wabak demam denggi.

Oleh sebab tu, beberapa hari lepas ada operasi Sembur Nyamuk kat sekitar kawasan tempat tinggal Sue. Bukan kali pertama, 2 kali dalam masa tak sampai sebulan. Kejadian bermula pada…

Baca seterusnya »

 

 

Kenangan Bersama Ukays

Kenangan Ku, My Stories 7 Comments » 

Assalamualaikum.. Hello.. Hai… :)

Wah! tajuk entri macam gempak je. Bila dengar camtu jangan salah faham pulak ye. Sue tak pernah pun join kumpulan Ukays. Kenal rapat pun tak.. sekadar meminati lagu-lagunya sahaja. (Kang ada yang buat kontroversi lak) Harap maklum.. :P

kumpulan UkaysTapi bila sebut je kumpulan Ukays, tiba-tiba je teringat zaman dulu-dulu, zaman 90-an.. time ni Sue kecik-kecik lagi (sekarang pun kecik gak lagi :P). Masa tu Sue selalu dengar lagu-lagu diorang. Disebabkan terover limit mendengarnya maka TERsukalah Sue dengan lagu-lagu diorang.

First lirik lagu yang Sue dapat hafal dalam sejarah permulaan hidup sue lagu kumpulan Ukays ni lah.. time ni sue baru je nak pandai membaca. Lagunya, “Di Sana Menanti Di sini Menunggu“. Tak tahu la nape suka sangat dengan lagu ni, bukan dah pandai bercinta pun time tu. Betul la orang cakap kan, “tak kenal maka tak cinta, dah kenal TERsuka la pulak..” tak gitu.. heee

Baca seterusnya »

 

 

Jangan Buat Ini Jika Mahu Sihat!

Info, Tips 12 Comments » 

Sihat, semua orang mahu sihat kan? tapi sedarkah kita bahawa kita banyak melakukan kesilapan dalam kita tidak sedar, yang mana sedikit sebanyak ianya menjejaskan kesihatan kita. Kesalahan yang pada pandangan mata kasar kita nampak remeh tetapi sebenaranya ia boleh menyumbang kepada kerosakan pada tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Mungkin ada yang sudah tahu mengenai hal ini, dan mungkin juga ada yang baru mengetahuinya. Yang dah tahu tu macam mana? dah cuba saranan yang diberi? atau masih sama seperti dulu? Pada korang yang baru nak tahu, meh kita selidik apa kesalahan umum yang selalu kita buat. Apa yang salahnya? Antaranya ialah…

  1. Menyilangkan Kaki

    Duduk silang kaki

    Silang kaki kat lutut ni biasa kita buat kan? kan? Kalau tak pernah buat pun kita mesti pernah tengok orang buat kan? Silang kaki macam dalam gambar kat atas tu sebenarnya salah. Memang nampak elegen tapi tidak baik untuk kesihatan kita. Sebabnya, duduk macam tu boleh menyekat peredaran darah ke kaki. Jika korang tak mahu merosakkan keindahan kaki korang, JANGAN jangan nak biasakan diri menyilangkan kaki korang setiap kali ingin duduk.

    Baca seterusnya »

 

 

Sikap seorang Muslim terhadap ibunya

Cerita Tauladan 7 Comments » 

Content untuk entri kali ni dipetik daripada email yang dah masuk dalam peti spam kat Gmail Sue. Rasa terharu dan rasa nak nangis jugak la bila baca isi email tu. Ada juga rasa macam kurang siuman sekejap sebab entah sejak bila rajin baca email spam! Biasanya Sue delete terus. Mungkin lepas-lepas ni kena baca setiap email spam sebab ada banyak info yang disebarkan kat situ. Terima kasih kepada spammer yang dah berkongsi info ni. Hehe..

doa untuk ibuEntri ni sekadar perkongsian dan juga untuk sumber bacaan anak-anak Sue di masa akan datang. Huhu.. Mungkin ada di kalangan korang yang dah pon tau tentang kisah ni.. Mungkin kisah ni dah berkurun lama tersebar kat internet, cuma Sue sorang je yang ketinggalan zaman.. Mungkin juga entri ni lebih sesuai diterbitkan pada Hari Ibu sebab ianya berkisar tentang ibu.. Persoalannya, wajarkah penghargaan terhadap seorang ibu hanya dilakukan pada Hari Ibu?

Baca seterusnya »

 

 


Copyright © 2012 Sagitaurus.Com   |   Design by Reka Impian Sinergi   | 
Powered by WordPress and Cubiex Webhosting   (Loads in 1.310 seconds)
Site RSS Comments RSS