Apr 09

Pejam celik.. pejam celik dah 5 tahun usia percintaan ini. Terasa bagai baru je mengenalinya. Kalau nak dikira sejak dari awal perkenalan, dah lebih 7 tahun.. Cepatnya masa berlalu.. Maknanya dah makin lanjut usia la ni..
Dikesempatan ini, inginku nyanyikan sebuah lagu untukmu.. (baek punye cilok.. hope pencipta asal tak marah la sebab sue bakal menyumbangkan lagu nya.. hahaha..)
Happy Anniversary to You
Happy Anniversary to You
Happy Anniversary Dear Hubby
Happy Anniversary to You.
From your true love,
From the beginning, now and forever,
I will always love you,
Hope I will be with you until the end of life,
And happiness as well.
Baca seterusnya »
Apr 01

Hari April Fool merupakan hari yang disambut setiap 1 April di kebanyakan negara. April Fool’s Day ini, mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya ini. Hari ini disambut dengan usikan atau gurauan terhadap kawan, musuh, jiran, dan orang lain dengan tujuan bergurau senda atau memalukan mereka.
Apa yang bestnya sambut April Fool ni? Bagi sue, kalau nk bergurau tak perlu tunggu hari April Fool, hari-hari biasa pun bleh bergurau, tapi gurau-gurau biasa jela, jangan melebih-lebih lak.. tak baik tau wat nyanya kat orang. Maybe, mereka-mereka yang suka menyambut hari ni adalah orang yang suka kacau orang tapi tak nak kena marah.. bleh bagi alasan ‘April fool’. Kalau gurau-gurau biasa takpe la.. tapi kalau orang terkena tu anggap serius sampai melibatkan orang lain lak camne? tak pasal-pasal jadi kes besar lak.. masalah tu beb.. so, klu bleh takyah la wat tu sume.. klu kita yang terkena camne?, mesti sakit hati kan? diorang pun camtu la.
Kalau ada yang sakit hati tu takyah la amik peluang time April Fool ni.. setel baik-baik.. bukan apa, nk elakan masalah lagi besar berlaku.. bermaaf-maafanlah kita.. jangan tunggu hari raya baru nak minta maaf.. takut tak sempat je.. kang pergi dulu sebelum sempat wat pape. (mintak jauh la kan)
Baca seterusnya »
Mar 17

Masa dan kehidupan adalah suatu yang bergerak serentak. Kehidupan kita terhasil disebabkan masa yang ada. Masing-masing berkaitan antara satu sama lain. Hargailah masa. Ada orang kata masa itu emas.. Tapi bagi sue masa itu bukan emas.. masa itu ‘ibarat’ emas.. baru btol kan?.. emas kan bleh nampak, klu masa itu emas camne kita nak tengok masa tu.. Apa-apa pun, semuanya ingin menyatakan maksud yang sama.. “masa sangat bernilai”.. so, hargailah masa yang ada.. Hargailah masa sekarang kerana masa esok belum tentu ada untuk kita.
Manusia merupakan cebisan daripada kehidupan. Setiap orang dikurniakan jumlah jam dan minit yang sama. Walaupun jumlahnya sama, namun ini tidak membawa makna kerana perbezaan antara individu adalah berdasarkan saat yang dilalui olehnya. Jika menggunakan masa dengan bijak, maka hasilnya tentu menarik walaupun tempoh itu cuma sekejap saja.
Baca seterusnya »
Mar 12

Suatu ketika dulu… masih ingatkah kamu?
“Aku sendiri tidak tahu erti sesunggunhya dari kata ‘Cinta dan menyintai’.. menggeliat jiwaku bila menyedari sekian lama bahawa aku hidup tanpa CINTA.. Sejak ratusan bahkan ribuan tahun silam, beberapa Raja terkenal dipermukaan bumi ini telah mewujudkan rasa kasih sayang pada orang yang disayanginya dalam bentuk arkitektur, seperti Shah Jehan membuktikan… Tersergam simbol manifestasi cinta agung kepada kekasihnya Mumtaz Mahal…
Sedangkan aku masih tercari-cari, menanti agar hadir sebuah cinta agung yang tulus menjelma dalam kehidupanku.. Kata orang, Jodoh dan Pertemuan ditangan Tuhan.. Apakah harus aku terus mencari.. atau hanya duduk menanti? Takkan berjuta wanita yang melata atas bumi Tuhan ini tiada satu pun untukku?
Andai ada wanita yang rela menyerahkan cintanya padaku, aku berjanji demi kasih dan sayangnya.. Aku bersumpah demi cinta dan kesetiaan.. Akan ku abadikan sebuah monumen cinta biarpun tidak sehebat Taj Mahal.. Namun ia akan tetap menjadi satu lagi simbol keagungan cinta suatu ketika nanti..”
Semoga..
Followers