Tengok Batman The Dark Knight Rises bersama P1

Jul 18, 2012

cenderahati batman daripada p1 Tengok Batman The Dark Knight Rises bersama P1

Semalam follow Encik Tunang pergi TGV Sunway Pyramid join tengok tayangan perdana filem Batman The Dark Knight Rises. Tiket disponsor oleh P1. Tiket wayang tu diberi kepada Denaihati, kemudian Denaihati share dengan kawan-kawan blogger yang lain. Terima kasih P1 dan Denaihati. Dah lama rasanya Sue tak pergi tengok wayang. Semalam dapat tengok wayang free. Rezeki. Best jugak cerita Batman The Dark Knight Rises walaupun awal-awal cerita tu macam slow sikit.

Masa tengah cari seat tengok kat setiap kerusi dalam TGV tu pihak P1 ada letak goodies bag cenderahati untuk semua orang. Dalam goodies bag tu ada topi, mug Batman The Dark Knight Rises, dan satu lagi poster kot, bergulung lagi Sue belum bukak.

Rasa segan jugak bila berjumpa dengan blogger-blogger semalam. Ada yang Sue kenal, ada juga yang Sue tak kenal. Lagipun Sue bukan kerap sangat blogging. Taktau boleh panggil diri ni ‘blogger’ ataupun tak. Blog ni pun kadang-kadang terabai takde update sampai beberapa hari, beberapa minggu.

Lepas ni nak cuba eratkan lagi hubungan dengan blogger lain. Kalau ada apa-apa event macam semalam ke ingat nak join lagi. Boleh jugak beramah mesra dan berkenalan dengan lebih rapat. Tapi semalam tak sempat nak sembang-sembang sebab bila dah berkumpul kat sana je wayang dah nak mula. Habis cerita Batman terus kena balik rumah sebab dah lewat, esok kerja.


Entri telah dibaca sebanyak 118 kali

Siapa

Seorang pereka grafik di sebuah institusi pendidikan, gemar luangkan masa di Facebook / Twitter. Anda suka artikel ini? Sila tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini dan dapatkan artikel terbaru terus ke 'feed reader' anda.

6 Komen -- Tengok Batman The Dark Knight Rises bersama P1

Leave a comment


CommentLuv badge

Sagitaurus.com
Insentif Tunai Denaihati
Qurban dan Aqiqah di Kemboja
Serverfreak Web Hosting
Ads by Sagitaurus.com

Kategori

Arkib Blog

Kempen Selamatkan Gaza

    Kempen Selamatkan Gaza

Entri Terkini

Entri Paling Popular

Pelawat Paling Mesra

    Komen Terkini

    • Loading...

    Exchange Links

    Statistik Blog

    Tengok Batman The Dark Knight Rises bersama P1


    Clicky Web Analytics

    Clicky


    Serverfreak