Hak Kita Sebagai Pengguna Yang Bijak

Info 4 Comments » 

Hak pengguna ialah satu bentuk peraturan yang dibuat oleh kerajaan bagi melindungi hak serta kepentingan para pengguna. Sebagai contoh, para penjual diwajibkan memaparkan tanda harga sebagai tanda pemberitahuan kepada pengguna. Tapi ada sesetengah penjual yang mungkin berniat untuk memperdayakan kita sebagai pengguna dengan memaparkan tanda harga yang salah atau demi mendapatkan keuntungan.

Petang semalam, Sue pergi ke Tesco untuk beli earphone. Tapi sedikit kekeliruan berlaku lepas Sue pergi bayar kat kaunter. Harga yang Sue bayar tak sama dengan tanda harga yang tertera kat rak bahagian earphone tu. Tanda harga tunjuk murah je tapi bila bayar jadi mahal pulak. So, time tu Sue guna la hak sebagai pengguna, explain dan tunjuk kat staff yang kerja kat situ. Tak puas hati la kan sebab kena bayar lebih.

Baca seterusnya »

 

 

Merangsang Penggunaan Otak Kanan

Info, Santai, Tips 25 Comments » 

otak kiri dan otak kanan

Lama betul tak update blog ni. Sue minta maaf banyak-banyak. FYI, sekarang ni Sue busy sikit dengan kerjaya baru. Entri yang Sue tulis sebelum ni semuanya ditulis time Sue ada masa terluang. Memang banyak sangat masa terluang sebelum ni. Tapi sekarang jadual blogging dah berubah sejak dapat kerja baru. Sebab tu lama tak update blog. Tak sempat.

Kerja baru sekarang ni dalam bidang pendidikan. Dah lari bidang dah. Daripada kerja grafik, sekarang buat kerja cikgu cikgu pulak. Hehe.. Tapi kadang-kadang tu ada jugak la kerja grafik yang Sue kena buat. Seronok sangat kerja kat sini. Gaji pon best.  

Baca seterusnya »

 

 

Jangan Buat Ini Jika Mahu Sihat!

Info, Tips 12 Comments » 

Sihat, semua orang mahu sihat kan? tapi sedarkah kita bahawa kita banyak melakukan kesilapan dalam kita tidak sedar, yang mana sedikit sebanyak ianya menjejaskan kesihatan kita. Kesalahan yang pada pandangan mata kasar kita nampak remeh tetapi sebenaranya ia boleh menyumbang kepada kerosakan pada tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Mungkin ada yang sudah tahu mengenai hal ini, dan mungkin juga ada yang baru mengetahuinya. Yang dah tahu tu macam mana? dah cuba saranan yang diberi? atau masih sama seperti dulu? Pada korang yang baru nak tahu, meh kita selidik apa kesalahan umum yang selalu kita buat. Apa yang salahnya? Antaranya ialah…

  1. Menyilangkan Kaki

    Duduk silang kaki

    Silang kaki kat lutut ni biasa kita buat kan? kan? Kalau tak pernah buat pun kita mesti pernah tengok orang buat kan? Silang kaki macam dalam gambar kat atas tu sebenarnya salah. Memang nampak elegen tapi tidak baik untuk kesihatan kita. Sebabnya, duduk macam tu boleh menyekat peredaran darah ke kaki. Jika korang tak mahu merosakkan keindahan kaki korang, JANGAN jangan nak biasakan diri menyilangkan kaki korang setiap kali ingin duduk.

    Baca seterusnya »

 

 

Jom Solat Tarawih

Blog, Info 17 Comments » 

solat sunat tarawih

Bila dah masuk bulan ramadhan atau nama biasa orang panggil bulan puasa, kita sebagai umat Islam kena la berpuasa ye tak?.. tak puasa bleh jadi kes besar klu direport kat Jabatan Agama Islam.. mau bleh masuk lokap.. korang nak camtu? eee.. mintak jauh la ye.. so korang kena la puasa klu tak nak kena angkut ngan diorang sebab kantoi tak puasa.. malu eh.. besar-besar pun tak puasa lagi..

Bagi kaum hawa, jangan bagi alasan period sebab tak nak puasa, kang tak pasal-pasal Tuhan balas korang period lama tak henti-henti.. sape susah.. korang gak yang susah kan.. so, jangan.. jangan.. jangan wat camtu ye.. Yang laki plak jangan suka ponteng puasa.. korang ada keistimewaan bleh puasa penuh sbulan tp tak nak puasa penuh gak.. ape kes.. ntah ganti balik ke idak.. ish! ish! ish!.. korang tak camtu kan.. bagus-bagus.. pembaca blog sue sume tak camtu kan.. kan..?

Bila namanya bulan puasa, amalan lain yang kita disarankan wat ialah Solat Tarawih.. Korang slalu gi tak? best kan.. ramai-ramai gi jemaah kat masjid.. pastu ada makan-makan lagi.. hehe.. tapi sue tak penah pun makan, siap je solat tarawih trus balik umah.. kenyang lagi makan time berbuka tadi..

Baca seterusnya »

 

 


Copyright © 2012 Sagitaurus.Com   |   Design by Reka Impian Sinergi   | 
Powered by WordPress and Cubiex Webhosting   (Loads in 0.878 seconds)
Site RSS Comments RSS