Jul 15

Copy & Menang : Sungguh mudah, anda perlu copy & paste sahaja untuk memenangi TIGA buah MP3 Player!
Untuk maklumat lanjut, layari www.rkurl.com/117hw
Penaja utama : Raja Kamil, www.akuseorangblogger.com
Maklumat Hadiah:
- MP3 Player ini sangat funky
- Berkapasiti 2 GB
- Amat ringan
- Comel
Tarikh tutup penyertaan:
Jangan lepaskan peluang keemasan ini.. Jom sertai sekarang!!

May 31

Bila diingat balik saat-saat pertama kali sue mengenal apa itu komputer nak tergelak pun ada.. lawak je rasa. hehe.. masa form 2 ke form 3, sue ada la blaja skit-skit cmne nak guna komputer ni. ish! ish! tingkatan 3 baru nak kenal komputer.. budak skang ni umur 2 3 tahun dah reti guna laptop.. first time masuk kelas komputer sue diajar mengenal perkakasan komputer atau dalam bahasa kasar skit, badan komputer.. sue diperkenalkan dengan monitor, CPU, keyboard dan mouse.. teruja je masa tu bleh kenal tu sume.. kalau tanye ape tu RAM, processor, memory dan spek-spek lain yang berkaitan ngan komputer ni komfem sue tak tahu.. yang sue tahu masa tu hanya 4 benda alah tu je.. haha.. memang buto IT sue ni..
2nd day sue masuk kelas tu sue diberi disket.. fuhh! sayang gile kt disket tu, mane taknye orang tak pernah pegang benda teknologi cmtu.. tapi skrang ni disket dah tak bernilai dah.. sume orang dah pakai external hardisk sendiri, paling koman pun pakai pendrive.
Hari kedua ni sue dah mula guna function-function dalam komputer. Benda first sue blaja ialah guna Paint.. Syok gile dok lukis-lukis pastu kaler.. dah siap tu cikgu suh save kat My Documents dulu.. part ni paling lucu sue rasa, hahahaha.. gelak dulu sblom sambung cite.. ok, semangat nih nak save sendiri, berlagak pandai la (sebab cikgu dah tunjuk kat depan tadi camne cara nak save).. sue pun klik la File > Save As.. pastu taip nama file.. eh.. tersalah taip lak.. cmne nak tukar ni?.. tak pandai nak backspace rupanye.. hehe.. nak menaip tu memang sah-sah la guna 2 jari je.. jari telunjuk kiri dan kanan.. maka dengan muka tak malunya, sue panggil la cikgu tu, lupa dah nama apa (sori cikgu, tak ingat nama plak), cikgu tu macam blur-blur je sue tanye cmne nak tukar nama ni.. tak paham kot sue tnye ape.. die pun trus tekan enter, maka jadilah file tu nama ntah pape yang sue salah taip tadi.. haha.. Time ni tak paham lagi apa beza Save ngan Save As.. sebab takut salah wat lagi, last skali yang nak save dalam disket tu sue mintak member sebelah tolong save kan.. senang cite.. hahaha..
Peringatan!.. kesabaran diperlukan untuk membaca artikel yang panjang berjela ni.. heheh
Baca seterusnya »

Apr 11

Laptop percuma? Wow! Bestnya! Laptop percuma ni merupakan hadiah yang ditawarkan oleh Denaihati.com untuk contest terbaru yang dia buat kat blog. Kalau tak silap Sue, sebelum ni Denaihati.com pernah buat contest SEO kat blog dia. Sue tak join sebab tak reti main SEO. Hehe.. Kali ni dia kembali lagi dengan contest Hidup Untuk Memberi bersama hadiah Laptop Acer Aspire One untuk dimenangi. Menarik kan hadiah dia?
Denaihati menyediakan bukan satu, tetapi 2 buah laptop Acer Aspire One untuk dimenangi oleh blog yang layak. Contest ini terbuka kepada semua blog yang ada di dunia ni kecuali Forum, komuniti dan website. So, sape-sape yang ada blog tu boleh la join contest ni. Mana la tau kot-kot ada rezeki boleh menang laptop Acer Aspire One. PERCUMA pulak tu..
Baca seterusnya »

Apr 01

Hari April Fool merupakan hari yang disambut setiap 1 April di kebanyakan negara. April Fool’s Day ini, mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya ini. Hari ini disambut dengan usikan atau gurauan terhadap kawan, musuh, jiran, dan orang lain dengan tujuan bergurau senda atau memalukan mereka.
Apa yang bestnya sambut April Fool ni? Bagi sue, kalau nk bergurau tak perlu tunggu hari April Fool, hari-hari biasa pun bleh bergurau, tapi gurau-gurau biasa jela, jangan melebih-lebih lak.. tak baik tau wat nyanya kat orang. Maybe, mereka-mereka yang suka menyambut hari ni adalah orang yang suka kacau orang tapi tak nak kena marah.. bleh bagi alasan ‘April fool’. Kalau gurau-gurau biasa takpe la.. tapi kalau orang terkena tu anggap serius sampai melibatkan orang lain lak camne? tak pasal-pasal jadi kes besar lak.. masalah tu beb.. so, klu bleh takyah la wat tu sume.. klu kita yang terkena camne?, mesti sakit hati kan? diorang pun camtu la.
Kalau ada yang sakit hati tu takyah la amik peluang time April Fool ni.. setel baik-baik.. bukan apa, nk elakan masalah lagi besar berlaku.. bermaaf-maafanlah kita.. jangan tunggu hari raya baru nak minta maaf.. takut tak sempat je.. kang pergi dulu sebelum sempat wat pape. (mintak jauh la kan)
Baca seterusnya »

Recent Comments