Bercinta tu best ke?

Pendapat, Santai 15 Comments » 

cinta bahagiaCinta.. ada apa dengan cinta?.. hurmmm.. bukan nak berdrama cuma ingin memberi pendapat dan pandangan tentang apa itu cinta. Definisi “Cinta”.. cinta adalah sebuah perasaan yang ingin dikongsi bersama atau sebuah perasaan afeksi terhadap seseorang.

Bagi Sue, CINTA ni merupakan perasaan kasih sayang, bahagia, tanggungjawab dan perasaan saling hormat menghormati tidak kira kepada pasangan, keluarga mahupun kawan-kawan. Kerana CINTA kita merasai bahagia, dan kerana CINTA juga kita boleh merana.

Bercinta ni sangat best bagi mereka yang tengah dilamun cinta, baru mula bercinta dan tengah hangat bercinta.. dan tak best bila tengah bergaduh, telah dikecewakan, pernah dikecewakan dan musnah diri akibat cinta. Sebab itu jangan jadi buta kerana cinta, tak nampak kebenaran yang ada di depan mata. Jadikanlah cinta itu sebagai satu medium untuk kita berubah ke arah yang lebih baik.

Nasihat Sue, sesiapa yang tengah hangat bercinta tu… tidak kira lah cinta kepada ibu ayah, adik-bradik, saudara mara, suami isteri atau kekasih hati, cintailah mereka seadanya. Awas!! jangan mencintai mereka lebih daripada anda mencintai Allah Yang Maha Esa, nescaya cinta anda kepada mereka tidak akan kekal lama.

Baca seterusnya »

 

 

Tahun Baru, Azam Baru 2011

Santai 16 Comments » 

Banner Tahun Baru 2011

Happy New Year 2011 kawan-kawan!!! Sambut tahun baru kat mana kali ni? Sue sambut kat rumah jela kot, tak berapa rajin nak keluar. ngeee~ Apa-apa pun tak kiralah korang sambut kat mana, Sue harap korang sentiasa sihat dan enjoyyy~ Jangan terlebih-lebih sambut pulak nanti jadi benda lain. Sambut Tahun Baru Islam pun tak semeriah Tahun Baru ni kan? :P

Semoga kehadiran Tahun Baru 2011 ni menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk kita. Pengalaman sepanjang tahun 2010 kita simpan sebagai kenangan yang tidak mungkin dapat kita ulanginya lagi. Orang cakap “Sejarah Mungkin Berulang” tapi adakah ianya sama seperti pertama kali ianya terjadi? Tak kan? Kenangan manis, kita kenang sampai bila-bila. Kenangan pahit, kegagalan-kegagalan yang berlaku sepanjang tahun 2010 kita anggap saja sebagai langkah-langkah yang perlu kita lalui untuk kehidupan yang lebih berjaya, InsyaAllah.. kejayaan pasti milik kita suatu hari nanti.

Baca seterusnya »

 

 

Ucapan Hari Raya Untuk Rakan-rakan Tersayang

Santai, ucapan 10 Comments » 

gambar kartun aidilfitri
credit to : http://dzinc.deviantart.com

\(^_^)/ Yeayy!! esok raya.. dikesempatan ini sue nak buat sedikit ucapan, al-maklumlah rakan-rakan di alam maya ni ramai, umah pun tak tau mane kan.. so, kita jumpa kat sini jela ek.. :D .. Kalau yang tahu jalan ke rumah sue tu jemput-jemput la datang beraya. Jangan malu jangan segan, buat macam umah sendiri ye.. hehe..

Baca seterusnya »

 

 

Hari Kemerdekaan Malaysia Ke 53

Santai, story 5 Comments » 

Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Yang Ke 53

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Bagitulah laungan daripada Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama, Tunku Abdul Rahman pada tanggal 31 Ogos 1957 sempena Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu (Malaysia).

Laungan ‘kemerdekaan’ yang diulang sebanyak 7 kali dilakukan di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya. Satu detik yang bersejarah bagi Malaysia di mana bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru.

Diikuti pula dengan seruan azan sebagai simbolik lahirnya sebuah negara baru yang bebas daripada kuasa penjajah dan tembakan meriam sebanyak 101 das.

Baca seterusnya »

 

 


Copyright © 2012 Sagitaurus.Com   |   Design by Reka Impian Sinergi   | 
Powered by WordPress and Cubiex Webhosting   (Loads in 1.342 seconds)
Site RSS Comments RSS