Aug 23

Otak tidak berfungsi dengan baik salah satunya disebabkan oleh penyakit mental yang dialami seseorang itu. Tapi dalam kes yang sue nak cerita ni, bukan disebabkan masalah mental, tapi disebabkan tak cukup tidur. Korang pernah tak alami masalah tak boleh nak tidur? dah buat macam-macam cara tapi tak lelap-lelap gak. Seksa kan..? orang lain tengah syok-syok tidur kita berjaga lak.
Fakta tentang tidur:
- Keperluan tidur setiap orang berbeza-beza tetapi secara puratanya kita memerlukan tujuh jam tidur yang lena bagi membolehkan badan berfungsi dengan baik pada keesokan harinya.
- Tidur yang cukup bukan setakat merehatkan badan atau mengelakkan masalah mata cengkung tetapi ia mempunyai manfaat yang lebih penting.
- Tidur adalah satu keperluan dan ketika inilah badan akan memperbaiki kerosakan yang berlaku pada sel serta membina sel baru.
- Malah, ketika tidur otak kita sibuk membuat persediaan untuk menghadapi keesokan harinya.
- Kajian ke atas haiwan dan manusia mendapati tidur yang cukup mampu meningkatkan keupayaan untuk belajar dan membantu memelihara daya ingatan seseorang.
Baca seterusnya »
Aug 20
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera bagi yang bukan beragama Islam.. skema nyer
Betapa bestnya dapat berpuasa dengan family kan? Banyak bezanya berpuasa diperantauan jika nak dibandingkan dengan rumah sendiri, bersama keluarga tercinta. Bagi sue, keadaan puasa dulu budak-budak dengan keadaan sue berpuasa sekarang sangatlah berbeza.. Dulu semuanya mak ayah yang buat.. sekarang semua sendiri-sendri.
Sebelum tu cuba korang hayati drama kat bawah ni.. mesti sama macam korang dulu-dulu kan.. ke sekarang pun sama camtu gak.. :D

Budak-budak memang macam ni kan.. hehe..
Baca seterusnya »
Aug 09

Dengar je bulan Ramadhan mesti sume sronok kan?.. ape.. tak seronok? takpe, lain orang lain anggapannye pasal bulan ramadhan ni. bagi sue, bulan puasa ni best.. bleh tambah pahala of course la kan, bleh diet, bleh jimat duit.. :D dan yang paling bestnye bila dh abis puasa sbulan pastu raya.. yeay!! bleh bli baju raya baju baru, kasut/selipar baru, tudung baru, yang laki bleh bli songkok baru kan.. kan.. hehe.. dan.. bleh dapat duit raya banyk-banyk.. bestnyeee.. :)
Tapi tu dlu.. dulu dan kini sangatlah berbeza.. nape? sebabnye tu zaman budak-budak, zaman bergelar student lagi.. sume mak ayah yang sediakan.. sekarang ni dah bekerja, dah ada duit sendri, so pape kena la sndri-sndri.. tak kan nak harapkan mak ayah lagi kot.. dlu trima duit raya, sekarang ni kita lak yang kena bagi duit raya (banyak woo abis.. anak buah ramai).. tp dh memang gitu adatnye kan.. orang memberi kita menerima.. nanti-nanti kita lak yang kena memberi.. takkan nak menerima je seumur idup ni.. bak kata pepatah “tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima”.. so, ape lagi, hulu-hulur la ye.. :)
Baca seterusnya »
Aug 03

Semenjak dua menjak ni asyik lepak kat twitter je. Saje nak beralih arah dari Facebook jap.. Dok sembang-sembang kat Facebook tak dapat pape, klu dengan twitter bleh gak wat duit.. nak cite lbih-lbih pun tak tau sangat, baru nak stat aktif kan.. dulu daftar je, pastu diam.. :)
Bagi sesiapa yang sering menghabiskan masa di Twitter mesti kenal dengan makhluk ‘ChurpChurp‘, si burung biru yang gemuk comel macam gambar kat atas ni. Bagi korang yang belum mengenali ChurpChurp, ChurpChurp merupakan sebuah medium pengiklanan di Twitter di mana korang akan DIBAYAR untuk setiap tweet bagi setiap kempen yang korang terima.
Menarik kan? Rasanya ada ramai pengguna-pengguna Twitter yang dah pun berjaya ‘cashout’ wang hasil daripada ChurpChurp ni. Sue pon dah berjaya cashout. Sekarang ni masih tunggu cek daripada pihak ChurpChurp sampai. Duit raya tu!! Boleh buat beli baju raya, kasut raya, tudung raya.. Hehee..
Baca seterusnya »
Followers