Feb 25

Dairi seorang lelaki mengisahkan pengalaman dan cabaran hidup dalam dunia percintaan. Ada suka dan kadangkala duka datang menjelma.. sama ada kita suka atau pun tidak.. sama ada bersedia atau tidak.. walaupun kita sering berharap perkara seperti itu tidak akan berlaku kepada kita.
Luahan perasaan ini ditujukan kepada ku suatu ketika dahulu. Nukilan hati jejaka ini diabadikan di sini bukan bertujuan untuk publisiti atau apa-apa yang korang fikir bila dah abis baca ni, hanya sekadar ingatan untuk diri ku sendiri dan mungkin juga jejaka tersebut.. hanya untuk mengimbas kembali memori indah di awal percintaan kami.. mungkin juga serba sedikit boleh membantu korang-korang yang masih belum meluahkan isi hati masing-masing untuk berani meluahkannya sebelum terlambat.. mungkin juga boleh mengubati hati-hati yang luka kecewa kerana cinta.. ingatlah, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Dan yakinlah akan ada bunga/kumbang lain yang lagi baik, terbaik untuk korang.. (Cehh… macam doktor cinta lak.. hehe..)
Ni sebenarnya bukan dairi dia. Dia tak minat pun tulis-tulis dairi ni.. sue just tolong simpan kata-kata dia.. jadikan macam dairi la kan. Nak tahu apa yang jejaka jiwang tu tulis.. haa.. sila lah baca dan hayatinya.. jangan ada yang nangis dah la.. hehe..
Baca selanjutnya »
Feb 19
Mengimbas kembali kenangan dulu.

Selasa, 5 Oktober 2004,
12.51 tengahari
Email kedua yang ku terima daripada si dia selang 12 minit je dari email pertama. Bermulalah detik-detik perkenalan antara kami. Tapi kami tak banyak berbual-bual, apatah lagi berjumpa, tak mungkin sama sekali, maklumlah dua-dua pemalu. Pendek kata perkenalan kami lebih ke arah generasi moden. Kalau dulu nak berkenalan mesti ada je surat nak berkenalan, surat cinta la, ntah ape-ape lagi kan.. tapi kitorng moden skit, berkenalan melalui email.. ada surat gak, tapi bertaip.. bagi dalam disket siap ada password lagi tuu.. tak la nyusahkan posmen nak antarkan, tak kira la posmen bertauliah ke posmen sementara adik, abang, kakak, kawan-kawan dsb.. hehe.. kitorang berkenalan secara rahsia.. bagi disket orang tak syak sangat, klu diorang tanye cakap a assignment.. :P
Walaupun si dia tu pemalu melampau-lampau tapi jiwang gak mamat tu.. dalam email boleh la.. klu depan-depan memang tak cakap pape pun.. diam je.. naik boring gak kadang-kadang tu.. tu yang malas nak jumpa die
Baca selanjutnya »
Feb 04
Baca bahagian 1

Pertama sekali mohon maaf kepada mereka yang tertunggu-tunggu sambungan bahagian ke 2 ni. Al-maklumlah tuan empunya blog ni busy je memanjang. Nak update blog pun tak sempat. Ni pun curi-curi update ni jangan marah ek. Ok, Sue sambung cite sebelum ni.. hehe.. korang mesti gelak baca sambungan ni..
“Menurut kata bomoh tu, ada yang menyekat nama budak tu daripada diterima di mana-mana jabatan kerajaan. Cian plak dengar. Tapi btol ke? bleh caye ke cakap bomoh tu?”
Apa yang bomoh tu cakap sume betul. Tapi bomoh tu tak tolong pape pun, cuma tolong bagi petunjuk je tentang masalah budak tu. Memang betul nama budak tu kena sekat daripada diterima di mana-mana jabatan kerajaan. Nak tahu nape? bukan sebab ada orang dengki dengan die, tapi sebab budak tu sendiri. Al-kisahnya, dulu budak tu pernah kerja ngan kerajaan, die berhenti keja sebab nak sambung blaja. Tapi jabatan tempat die pernah keja tu masih simpan nama die atas alasan bercuti bukan berhenti. Betul la bomoh tu cakap nama die kena sekat.. Memang la jabatan- jabatan kerajaan lain tak bleh terima die berkerja, dah nama die masih ada kat jabatan tu.. haha.. bleh lak die lupa pasal tu.
Baca selanjutnya »
Jan 15
Kerja ngan kerajaan, atau nama lain yang biasa sue dengar ‘keja gomen’. Mungkin semua orang impikannya dan mungkin ada gak yang dah serik, boring keja ngan kerajaan. Semuanya ada sebab-sebab masing-masing, tapi apa yang kita semua tahu banyak keistimewaannya bila kita kerja ngan kerajaan ni. Terjamin masa masa depan orang cakap. Nak apply loan bank snang, dapat banyak elaun tu elaun ni dan banyak lagi keistimewaannya yang sue pasti korang pun mesti dah tahu kan. Tapi yang pastinya sue tak pernah lagi keja ngan kerajaan. Bukan tak nak tapi tak pernah dapat. Macam-macam dah usaha tapi tak pernah-pernah dapat.. takde rezeki kerja ngan kerajaan kot.. takpe ah!.. tak nak apply dah.. majuk.
bukan ape, nak keja sndri.. dah buka company sndri pun, alhamdulillah.
Sebenarnye sue nak cite pasal satu kisah pasal nak apply kerja kerajaan. Yang bleh kuar topik ni sebab semalam sue tengok drama seram kat TV3, ‘Jangan Tegur… Lagi’.. Layan jela dah takde cite lain yang best kt tv. Umah sewa, mane ada ASTRO.. klu ada astro tu banyak gak a cite-cite yang bleh tengok walaupun slalu ulang tayang.. :P marah lak orang ASTRO nanti dok cakap camtu. Dalam drama seram tu.. seram gk la kan ada scene bomoh-bomoh.. sebab bomoh tu la yang bleh kuarnye cite pasal apply kerja kerajaan ni. Sue tengok cite tu ngan sepupu dan anak sdara sue (along). Along la yang wat lawak bodoh pasal bomoh. Tapi bodoh-bodoh pun ada ramai gak yang caye kat bomoh membomoh ni kan?.. kan?..
Baca selanjutnya »
Recent Comments