Contest Gadget Impian Denaihati.com

Contest

Contest Gadget Impian Denaihati.com

Hai.. Assalamualaikum.. Siang tadi Sue jalan-jalan kejap kat dunia blogger, ternampak ada contest Gadget Impian yang dianjurkan oleh Denaihati.com. Encik Denaihati tu baik hati betullah. Rasanya dah macam-macam dia bagi hadiah kat budak-budak blogger. Sesuai sangat dengan tagline blog dia – “Hidupkan Untuk Memberi”.

Rasa macam menarik contest dia buat kali ni. Kot-kot ada peluang boleh menang gadget impian. Bestnyee! Gadget impian Sue apa dia ek? Tak pernah terfikir pulak. Smartphone? Dah ada (walaupun yang murah je). Gadget yang canggih-canggih sangat takut tak reti nak guna. Kamera digital? DSLR? Ok jugak tu. Kan? Boleh guna untuk ambik gambar. Tapi kalau dapat gadget yang lagi-lagi canggih pon ok jugak.

Konsep contest gadget impian ni memerlukan para peserta mengikut arahan yang akan diberi melalui entri demi entri. Maknanya.. contest ni ada peringkat-peringkat la kan? So, dalam entri ni Sue taknak cerita lagilah pasal gadget impian Sue. Mungkin arahan seterusnya nanti baru Denaihati suruh tulis entri tentang gadget impian masing-masing. Time tu baru sedap nak ‘goreng’.

SAYA NAK SERTAI CONTEST GADGET IMPIAN

Menurut arahan contest oleh Denaihati ni, setiap blog mesti berdaftar dengan membuat satu entri ringkas menyatakan hasrat untuk menyertai Contest Gadget Impian. Oleh itu, entri ni merupakan entri sebagai syarat untuk pendaftaran – Saya menyertai contest Gadget Impian. Syarat-syarat lain untuk contest ni boleh baca di blog Denaihati.com.

Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.com, Anarm.net, eQurban.com, Silver Asia Sdn Bhd, Kedai Kak Siti dan Serverfreak.

UPDATE:   Penyertaan Contest Gadget Impian telah ditutup!

 

Siapa

Biodata lengkap di page 'Siapa Sue'. Follow Sue di Facebook dan Twitter @surayasagi. Jika suka dengan artikel ini, sila tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini untuk dapatkan artikel terkini.


Entri Lain Yang Menarik:


Pengiklanan
eQurban.com - Program Qorban dan Aqiqah di Kemboja
5 Blog Paling Kerap Dilawati ChurpChurp Spritzer Tinge: Save The Stars The 7 wonders in 1 pizza

3 komen untuk entri “Contest Gadget Impian Denaihati.com”

  1. Peserta Contest Gadget Impian | Denaihati Says:

    [...] http://sagitaurus.com/blog/contest-gadget-impian-denaihati.html [...]

  2. Denaihati Says:

    Jutaan terima kasih diucapkan kerana menyertai Contest Gadget Impian dan semoga berjaya.

    Sentiasalah melawat Denaihati untuk mengetahui update terkini contest dari masa kesemasa.
    Baca entri terbaru blog Denaihati.. Norwich City vs Arsenal and EPL 2011/12 Results Week #12My Profile

    [Reply]

  3. azura Says:

    all da best

    [Reply]


Trackbacks/Pingbacks

  1. Peserta Contest Gadget Impian | Denaihati

Leave a Reply


Copyright © 2012 Sagitaurus.Com   |   Design by Reka Impian Sinergi   | 
Powered by WordPress and Cubiex Webhosting   (Loads in 0.886 seconds)
Site RSS Comments RSS