Duit 50 Sen Baru Untuk Simpan Barang

Category: Santai
Jun 29, 2012

loker simpan barang tesco Duit 50 Sen Baru Untuk Simpan Barang

Rabu hari tu Sue pergi beli kain kat kedai Nagoya dalam Tesco Kajang. Encik tunang temankan. Sebelum masuk Nagoya encik tunang pergi simpan dulu beg yang dia selalu bawak tu dalam locker simpan barang. Nasib baik ada bawak duit 50 sen yang biasa kena masukkan dalam locker untuk kunci.

Encik tunang pon sumbat beg dia masuk dalam locker. Bila nak kunci, duit 50 sen tak boleh sumbat pulak dalam lubang duit. Encik tunang pun tukar guna locker lain. Pun sama jugak tak boleh masuk duit. Kitorang tengok locker lain kunci-kunci dia banyak yang dah patah-patah. Pelik jugak kitorang sebab biasa guna locker kat Tesco tu elok je. Ada orang rosakkan ke semua locker kat situ?

Rupanya kitorang tak perasan ada notis kaler hijau tertampal kat locker tu – “Kembali Syiling Loker (bahasa apa ni?). Hanya Syiling RM0.50 Yang Baru Digunakan. Bla bla bla bla bla“. Hadoii.. Menyusahkan betul bila ada 2 versi duit 50 sen ni. Encik tunang chek poket dia, takde syiling 50 sen baru. Duit 50 sen baru yang encik tunang bagi hari tu Sue dah simpan dalam tabung kat rumah. Kitorang suka simpan duit syiling. smile Duit 50 Sen Baru Untuk Simpan Barang

Kitorang pun pergi ke kaunter Tesco. Sebelum ni kalau locker dah penuh atau takleh guna, boleh tinggal barang kat kaunter tu. Sekarang dah tak boleh dah. Kitorang bagitau takde duit 50 sen baru nak guna kat locker. Sekali orang kat kaunter tu bukak laci meja tengok penuh duit 50 sen baru dalam laci. Dia cakap boleh tukar duit 50 sen baru kat situ. Ok! Setel masalah. Lepas simpan beg kitorang pun pergi shopping!

p.s. Tengok duit syiling 50 sen baru nampak macam dinar emas. Harga emas tengah jatuh teruk sekarang ni..


Entri telah dibaca sebanyak 164 kali

Siapa

Seorang pereka grafik di sebuah institusi pendidikan, gemar luangkan masa di Facebook / Twitter. Anda suka artikel ini? Sila tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini dan dapatkan artikel terbaru terus ke 'feed reader' anda.

9 Komen -- Duit 50 Sen Baru Untuk Simpan Barang

Leave a comment


CommentLuv badge

Insentif Tunai Denaihati
Serverfreak Web Hosting
Sagitaurus.com
Qurban dan Aqiqah di Kemboja
Ads by Sagitaurus.com

Kategori

Arkib Blog

Kempen Selamatkan Gaza

    Kempen Selamatkan Gaza

Entri Terkini

Entri Paling Popular

Pelawat Paling Mesra

    Komen Terkini

    • Loading...

    Exchange Links

    Statistik Blog

    Duit 50 Sen Baru Untuk Simpan Barang


    Clicky Web Analytics

    Clicky


    Serverfreak