
Bila dah masuk bulan ramadhan atau nama biasa orang panggil bulan puasa, kita sebagai umat Islam kena la berpuasa ye tak?.. tak puasa bleh jadi kes besar klu direport kat Jabatan Agama Islam.. mau bleh masuk lokap.. korang nak camtu? eee.. mintak jauh la ye.. so korang kena la puasa klu tak nak kena angkut ngan diorang sebab kantoi tak puasa.. malu eh.. besar-besar pun tak puasa lagi..
Bagi kaum hawa, jangan bagi alasan period sebab tak nak puasa, kang tak pasal-pasal Tuhan balas korang period lama tak henti-henti.. sape susah.. korang gak yang susah kan.. so, jangan.. jangan.. jangan wat camtu ye.. Yang laki plak jangan suka ponteng puasa.. korang ada keistimewaan bleh puasa penuh sbulan tp tak nak puasa penuh gak.. ape kes.. ntah ganti balik ke idak.. ish! ish! ish!.. korang tak camtu kan.. bagus-bagus.. pembaca blog sue sume tak camtu kan.. kan..?
Bila namanya bulan puasa, amalan lain yang kita disarankan wat ialah Solat Tarawih.. Korang slalu gi tak? best kan.. ramai-ramai gi jemaah kat masjid.. pastu ada makan-makan lagi.. hehe.. tapi sue tak penah pun makan, siap je solat tarawih trus balik umah.. kenyang lagi makan time berbuka tadi..
Selain best yang sue bagitau tadi, solat Tarawih ni ada banyak kelebihannya. Dari malam pertama hinggalah malam terakhir, banyak pahala yang bleh kita kumpul. Jom kita gi solat tarawih pastu amik ganjaran yang telah dijanjikan oleh Nya tu. Korang bleh tengok dan baca apa yang akan kita dapat jika wat solat tarawih. Sama-samalah kita berebut untuk mendapatkannya.. InsyaAllah. [Download Panduan Solat Sunat Tarawih]
- Kelebihan Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.- Kelebihan Malam Ke-2
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.- Kelebihan Malam Ke-3
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.- Kelebihan Malam Ke-4
Akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.- Kelebihan Malam Ke-5
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.- Kelebihan Malam Ke-6
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.- Kelebihan Malam Ke-7
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.- Kelebihan Malam Ke-8
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.- Kelebihan Malam Ke-9
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.- Kelebihan Malam Ke-10
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.- Kelebihan Malam Ke-11
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.- Kelebihan Malam Ke-12
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.- Kelebihan Malam Ke-13
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.- Kelebihan Malam Ke-14
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.- Kelebihan Malam Ke-15
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.- Kelebihan Malam Ke-16
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.- Kelebihan Malam Ke-17
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.- Kelebihan Malam Ke-18
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).- Kelebihan Malam Ke-19
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.- Kelebihan Malam Ke-20
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.- Kelebihan Malam Ke-21
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.- Kelebihan Malam Ke-22
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.- Kelebihan Malam Ke-23
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.- Kelebihan Malam Ke-24
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.- Kelebihan Malam Ke-25
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.- Kelebihan Malam Ke-26
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.- Kelebihan Malam Ke-27
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.- Kelebihan Malam Ke-28
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.- Kelebihan Malam Ke-29
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.- Kelebihan Malam ke-30
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
Nota kaki:
Walaupun solat tarawih ni sunat je dibuat tapi banyak kelebihannya.. lagi pun skali stahun je kita dapat wat ni.. rugi klu tak amik peluang ni.. lepas-lepas ni entah sempat ke tidak kita turut serta solat tarawih berjemaah. So, jangan lepaskan peluang untuk melakukannya.
Korang.. jangan lupa, malam ni malam pertama.. bukan malam pertama pengantin baru ye, :D malam pertama untuk solat tarawih, esok dah puasa, so malam ni dah bleh gi tarawih.. korang tak nak ke Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan…? Sue nak.. jom kita gi masjid sama-sama (hehe.. macam la kita ni dok dekat-dekat ye tak.. tak pe, korang bayang jela sue ada kat tepi korang malam karang.. :)
credit to : en. Google sebab kasi gambar ngan maklumat tentang kelebihan solat tarawih.
Entri Lain Yang Menarik:
- Hak Kita Sebagai Pengguna Yang Bijak
- Merangsang Penggunaan Otak Kanan
- Jangan Buat Ini Jika Mahu Sihat!
- Ramadhan Datang Lagi
- Aku, Komputer dan Internet















August 10th, 2010 at 1:04 PM
Selamat Berpuasa Dan Selamat Menunaikan Solat Tarawih
Baca entri terbaru blog wazy.. Salam Ramadhan Buat Semua
[Reply]
suraya Reply:
August 10th, 2010 at 2:21 PM
@wazy: selamat berpuasa gk utk wazy.. semoga ramadhan tahun ni lebih baik dr sebelumnya.. :8
Baca entri terbaru blog suraya.. Jom Solat Tarawih
[Reply]
August 10th, 2010 at 3:12 PM
Insya Allah malam ni tarawih :D
Baca entri terbaru blog etomyam.. Rasional Dan Kajian Semula Saman Ekor
[Reply]
Suraya Reply:
August 10th, 2010 at 3:21 PM
@etomyam: jom.. jom.. bnykkan amal ibadat dibln puasa ni.. :love:
[Reply]
August 11th, 2010 at 3:05 PM
Malam pertama penuh masjid solat terawih, tapi kebiasaan nye akan susut bila di penghujung ramadhan.
Moga-moga kita akan kekal sampai penghabis ramadhan.
[Reply]
Suraya Reply:
August 11th, 2010 at 3:16 PM
@Tilmiz: stuju sgt ngn statment ni.. smlm sue g smpai smpai kluar msjid org solat, dok kt beranda.. pnye la ramai.. tgh2 bln lg dh tggl brapa kerat je yg g tarawih..
[Reply]
August 11th, 2010 at 10:42 PM
saya tak nak miss terawih tahun ni. hoho. :choler: selamat berpuasa cik suraya
Baca entri terbaru blog naz.. Mencari Backlink Dan Trafik Seperti Seorang Ninja
[Reply]
Suraya Reply:
August 12th, 2010 at 8:42 AM
@naz: Tahniah2 sbb mempunyai azam yg sgtlah diidam2kan sume org.. moga kamu dpt melakukannye ngan baik.. InsyaAllah..
Selamat berpuasa gak utk Naz.. xyah ber cik cik ngn saya, panggil je sue.. lebih mesra, tak gtu.. :D
[Reply]
August 12th, 2010 at 3:14 PM
;) eh erm bkn ke ni adalah dari hadis palsu. erm tp tu la. sbenarnye mmg tarawikh byk kelebihan dier. cume kalu org rujuk kelebihan yg ni, nnt org pilih2 pulak hari nak pegi.
Baca entri terbaru blog Lolo.. Ramadhan Al-Mubarak
[Reply]
suraya Reply:
August 12th, 2010 at 3:24 PM
@Lolo: ye ek.. google psl ni jmpa yg ni.. tu yg amik.. klu ada tersalah maklumat hrp di maafkan la ye.. :8
mmg bnyk kelebihan solat tarawih ni, ni antara yg tersenarai..
ada ek yg plih2 hari.. mcm xikhlas je, wat yg mane nk je.. sue rasa sume ari besar kelebihannya.. :love:
Baca entri terbaru blog suraya.. Jom Solat Tarawih
[Reply]
August 15th, 2010 at 2:19 AM
salam sue..
selamat berpuasa..
sue, sy xleh bayangkan sue kat tepi tp klu bayangkan sue kat belakang kat area pompuan tu boleh le… ;)
[Reply]
suraya Reply:
August 16th, 2010 at 8:25 AM
@fairuz: wasalam fairus..
Salam ramadhan gak utk kamu..
hehe.. klu yg laki tu bayang la sue ada kt blkang.. sue ni pompuuan, bkn laki, mane bleh dok sblah2.. bukan muhrim.. haram.. :)
Baca entri terbaru blog suraya.. Jom Solat Tarawih
[Reply]
August 15th, 2010 at 6:38 PM
carilah malam lailatulqadar pada 10 mlm terakhir ramadan :)
Baca entri terbaru blog x-po.. PATUTKAH KITA BELASAH ORANG JAHAT UNTUK DIJADIKAN PENGAJARAN
[Reply]
suraya Reply:
August 16th, 2010 at 8:27 AM
@x-po: yupp, btol tu.. jom kita pakat ramai2 meriahkan masjid di mlm2 akhir ramadhan.. ni x, mlm2 akhir la org kurang kt masjid.. siap bleh lari2 dlm tu sbb xramai org.. huhu.. :oups:
Baca entri terbaru blog suraya.. Jom Solat Tarawih
[Reply]
August 28th, 2010 at 7:11 AM
Tarawih ni la umpama pelengkap kepada puasa.
Walaupun sunat tapi ganjarannya mmg kalau manusia
nampak pahala tu takkkan miss solat ni walaupun satu malam :)
Baca entri terbaru blog Dedoku.. Pelajar Satu Malaysia Kini Mula Bermain Saham
[Reply]
Suraya Reply:
August 30th, 2010 at 9:34 AM
@Dedoku: btol tu.. selamat berpuasa, selamat bertarawih dan salam lebaran utk kamu.. :)
[Reply]
September 9th, 2010 at 1:45 PM
kelebihan terawih tue dr hadis do’if….tapi pasal baik upgrade jadis hadis hasan
Baca entri terbaru blog Muhd Hisyamuddin.. malaysia
[Reply]