Kenali Lelaki Melalui Warna

Semulajadinya lelaki melindungi. Semulajadinya lelaki boleh diharap. Semulajadinya lelaki makhluk yang membahagiakan. Jika ada yang terkalih kadang-kadang bukan dengan sengaja dia ingin berbuat begitu.
Kadang-kadang dia dirangsang untuk berbuat tidak senonoh kepada wanita oleh kerana sikap-sikap wanita itu sendiri, yang kadang-kadang tidak mahu memahami perasaannya. Kadang-kadang dia tewas oleh godaan demi godaan yang tidak pernah padam daripada wanita di luar sana.
Oleh itu, bukanlah salah dia 100% seandainya dia tersilap langkah. Sikap anda sendiri mungkin menyumbang, dan sikap wanita-wanita ‘gatal’ di luar sana juga turut menyumbang. Jangan salahkan lelaki sahaja, tetapi salahkan juga wanita-wanita yang buta hati hingga sanggup merampas dia daripada anda.
Jom kenali rahsia lelaki melalui warna kegemaran mereka. Harus diingat, ini sekadar panduan, jangan percaya sangat. Kalau betul tu kebetulan, kalau salah tu memang wajar sebab kita manusia, hanya mampu meramal tetapi Allah yang sebenar-benarnya maha mengetahui.
Lelaki dan Warna
Dia seorang yang kuat memburu kejayaan. Pemikirannya lebih banyak positif daripada negatif. Oleh itu jangan terlalu curiga kalau dia berjauhan dengan anda. Mindanya lebih banyak untuk kecemerlangan daripada kegatalan.
Ungu
Dia seorang yang rajin dan amat berdedikasi. Rangsanglah dia untuk cemerlang dalam kerjayanya. Terlampau mencurigainya akan membuatkan dia bosan dan marah.
Biru Tua
Dia seorang yang berani, bersemangat dan tidak ada istilah gagal dalam hidupnya. Usah dicabar emosinya, nanti dia berani berbuat sesuatu yang tidak terduga oleh anda.
Merah
Dia seorang yang tenang dan tidak banyak kerenah. Namun dia seorang yang kuat cemburu tetapi romantik serta baik hati. Dia juga gagal mengawal perasaannya jika terlalu kerap digoda. Usah cepat mencurigainya. Kadang-kadang dia hanya suka-suka tetapi hatinya tetap pada anda.
Hijau
Dia seorang yang ceria. Dia sentiasa berbaik sangka dan tidak suka bergaduh. Jangan buatkan dia marah sebab jika dia marah rasa cintanya turut pergi. Anda perlu tahan hati dan perasaan ketika berurusan dengannya kerana sikap cerianya itu mengundang cinta di hati orang lain.
Kuning
Dia seorang yang amat protokol, tetapi emosional dan mudah menangis. Dia tidak suka dicurigai kerana biasanya dia seorang yang jujur.
Hitam
Dia seorang yang matang dan bertanggungjawab.
Coklat
Putih
Dia seorang yang amanah. Tak usah menyakitkan hatinya selalu kerana semulajadinya dia seorang yang boleh diharap dan penyayang.
Kepada jejaka-jejaka yang tengah baca entri ni, apa warna kesukaan korang? Kena tak dengan personaliti korang sekarang? Yang awek-awek, bakal-bakal isteri atau si isteri-isteri tu pulak, elok ambil tahu apa warna kesukaan si dia. Manalah tahu ramalan ni serba sedikit ada kena mengena dengan peribadi si dia, bolehlah ambil tindakan yang sewajarnya. Hehe.
My hubby suka hijau. Ada kena mengena la jugak kajian tu dengan my hubby. Hehe. Tapi apa-apa pun yang terjadi Sue tetap cinta, sayang dia sampai bila-bila.. :D
24 Komen -- Kenali Lelaki Melalui Warna
Leave a comment

Kategori
Arkib Blog
Kempen Selamatkan Gaza
Entri Terkini
- Fashion Week 2013 Mid Valley
- Resepi Mudah Koktail Buah-buahan
- Bercuti di Kampung Mertua
- Jamuan Perpisahan 3 Rakan Sekerja
- Ruang Iklan Percuma
Entri Paling Popular
Pelawat Paling Mesra
Komen Terkini
- Loading...












Asalamualaikum..
Saya dari Bahagian Buku Teks, KPM dan pihak bahagian akan mengadakan kursus pendek (4hari 3 malam) yang dijangkakan pada pertengahan 2013. Kursus ini menumpukan sasarannya kepada bakal penilai buku teks KSSR dari aspek teknikal penerbitan yang menjurus kepada bahan grafik, reka bentuk dan reka letak. Keutamaan kepada pendidik seni visual yang telah berkhidmat lebih dari 4 tahun. Kursus adalah percuma. Disediakan penginapan, makan minum dan tuntutan perjalanan. Sekiranya berminat, tolong war-warkan dan hubungi saya (H/P: 017-4709 390 atau 03-8884 4430)
Baca entri terbaru blog Mohamed Noor bin Othman.. ARTIKEL BERJUDUL “TERAPI SENI DALAM KARYA SENI TAMPAK” TERBITAN JANUARI 2013 DEWAN BUDAYA.
Reply
Suraya Reply:
April 5th, 2013 at 2:13 PM
@Mohamed Noor bin Othman, Waalaikumussalam..
wow.. macam menarik je.. tapi saya bukan pendidik seni visual, just pereka grafik biasa2 je.. still boleh join skali ke? Siapa lagi yang boleh join kursus ni?
Tak berapa paham sangat pasal kursus tu.
Baca entri terbaru blog Suraya.. Resepi Mudah Koktail Buah-buahan
Reply
saya suka wana biru.. uhuhu nak share maklumat nie kat blog saya boleh… thanks…
Reply
kalau warna pink camana plak..

Baca entri terbaru blog titan.. Komisen kedua dari PanduanDplicom
Reply
Ingatkan warna biru melambangkan pecinta wanita :-)
Baca entri terbaru blog akubiomed.. Jom Review izwanyusofdotcom
Reply
Suraya Reply:
February 7th, 2011 at 10:00 AM
@akubiomed: hehe.. mesti awk ni seorang pencinta wanita kn?
Reply
hee..SkY suka hitam..suka menangis? errr..betul ke? ahahaa..merah pun my fav jugak..hanya dua warna :-)
Baca entri terbaru blog TNSkY.. Pelik Tapi Benar- Hanya Orang Gila Yang Berfacebook!
Reply
Suraya Reply:
February 1st, 2011 at 4:19 PM
@TNSkY: ahahahaa.. hanya tuan badan yg tau jawapanye.. suka menangis klu senang dipujuk xpe, no hal lah, manja orang cakap.. eheheee
Reply
Kete sy warna ungu. Jadi sy suke ungu. kpd si DIA, sah2 sy pemburu kejayaan,bkn berniat utk berjauhan. hehe
Baca entri terbaru blog Finalcross.. Perang ‘OS’ Untuk Telefon Pintar Smartphone -Part 2-
Reply
Suraya Reply:
January 26th, 2011 at 2:45 PM
@Finalcross: haha.. bukan pemburu ‘kegatalan’ ek..
pape pun, janji setia ye tak? hehe
Reply
Domain dan Hosting Percuma daripada Mrnamie.com dan Weirdobytes…
Sekarang ni aku tengok musim orang tengah berpindah randah dari Blogspot ke WordPress (Self-Hosted). Tahniah kepada yang berani mengambil langkah yang sangat bijak tu. Tak bermaksud aku cakap pengguna blogspot tu tak bijak. Jangan salah faham pulak ye….
Saya suka warna biru…
Reply
Kenali Lelaki Melalui Warna | Sagitaurus.Com…
Semulajadinya lelaki melindungi. Semulajadinya lelaki boleh diharap. Semulajadinya lelaki makhluk yang membahagiakan. Jika ada yang terkalih kadang-kadang……
saya suka warna hitam..errkkk..tp macam betul..hahaha
Baca entri terbaru blog ChuyRy.. Twitter Tu Menatang Ape
Reply
Suraya Reply:
January 22nd, 2011 at 3:09 PM
@ChuyRy, diri sendiri mesti la tau perangai sendiri kan.. huhu
Reply
uikkkk serius ke ni :P
Terkini : Pakwe Durjana Bakar Makwe
Reply
Suraya Reply:
January 26th, 2011 at 2:47 PM
@suffer8zine: ni hanya kajian mereka yang pakar.. berkaitan ke tidak tu hanya diri sendiri yang tahu perangai masing2 kan..
no komen… haha
Reply
suffer8zine Reply:
January 28th, 2011 at 8:02 AM
@Suraya,
tapi mungkin ada benarnya juga kan
Terkini : Trend Gigi Bercahaya di Jepun
Reply
Kenali Lelaki Melalui Warna | Sagitaurus.Com…
Semulajadinya lelaki melindungi. Semulajadinya lelaki boleh diharap. Semulajadinya lelaki makhluk yang membahagiakan. Jika ada yang terkalih kadang-kadang……
[...] This post was mentioned on Twitter by Anarm and Suraya. Suraya said: Kenali Lelaki Melalui Warna http://goo.gl/fb/H30D4 #sagitaurus [...]
putih putih!.
Baca entri terbaru blog annadzirah.. Kerja
nasib baik…
Reply
Suraya Reply:
January 22nd, 2011 at 3:08 PM
@annadzirah, kenape nasib baik? hehe..
Reply
saya suke warna hijau..
Reply
Suraya Reply:
January 22nd, 2011 at 3:07 PM
@Anarm, tau daahh.. hehe
Reply