Kuiz Mengenal Diri : Siapa Aku?

Feb 3, 2011

baik nakal Kuiz Mengenal Diri : Siapa Aku?

Mana satu gambaran tentang diri korang, baik atau pun nakal? Mungkin pernah orang kata kamu ni baik, tapi korang rasa yang korang ni bukan sebaik mana pun. Mungkin ada juga yang kata kamu ni agak nakal orangnya. Tapi sejauh mana pula kenakalan korang itu? Apa pun persepsi orang, korang yang patut lebih tahu siapa diri korang yang sebenarnya. Tak gitu? :D

Apa kata korang meluangkan sedikit masa untuk menjawab beberapa soalan di bawah ni, ketahui korang ni baik ke nakal orang nya. Betul ke apa yang orang cakap pasal diri korang. Ataupun pun betul ke apa yang korang anggap pasal diri korang tu.

Setiap jawapan untuk setiap soalan ada markah masing-masing. Korang campur la semua markah jawapan yang korang pilih tu pastu boleh la tahu keputusannya.

Lets start! Tapi sebelum tu, korang kena la sediakan pen dan kertas untuk catat markah korang. Pensel pun boleh..hehe.. Atau pun korang bukak la kejap calculator kat komputer korang tu, boleh terus tambah markah korang. Sori le.. ni kuiz manual kena tanda markah sendiri.. Selamat menjawab exam..

Kuiz Kenali Diri

  1. Semasa menghadiri sebuah majlis, tiba-tiba ada sekumpulan jejaka/gadis menarik kekasihmu untuk diajak menari. Kamu..?
    (a) marah juga dan meminta si dia agar tidak melayan karenah mereka.
    (b) senyum saja sebab takut nanti dianggap terlalu cemburu pula, walaupun di saat itu hati kamu tak rela
    (c) sengaja menumpahkan air dibaju salah seorang dari kumpulan itu. Ops!

    Markah…
    (a) 1     (b) 0     (c) 2

  2. Pernahkah kamu ke klinik semata-mata mahu mendapatkan cuti sakit padahal kamu sihat ketika itu?
    (a) Ya, lagi pun memang selalu kamu berbuat demikian.
    (b) Sesekali, kalau kamu malas hendak ke tempat kerja/sekolah.
    (c) Tidak pernah, melainkan kamu benar-benar tidak sihat.

    Markah…
    (a) 2     (b) 1     (c) 0

  3. Apa pendapat kamu tentang segala peraturan seperti cara berpakaian, tepati masa dan sebagainya yang telah ditetapkan oleh tempat kerja/sekolah kamu?
    (a) Setiap peraturan ada alasan yang tersendiri.
    (b) Wajar saja dilanggar sesekali.
    (c) Peraturan dibuat untuk dilanggar. Untuk apa dipatuhi?

    Markah…
    (a) 0     (b) 1     (c) 2

  4. Kamu tidak suka disuruh duduk di rumah untuk menjaga anak buah kamu semasa kakak kamu keluar membeli-belah. Kamu…?
    (a) mengurung anak buah kamu di dalam bilik dan diberikan sejumlah besar permainan, Kamu? menonton televisyen saja.
    (b) mengajaknya bermain tanpa henti hingga dia tertidur kepenatan.
    (c) membawannya ke taman permainan behampiran.

    Markah…
    (a) 2     (b) 0     (c) 1

  5. Pernahkah kamu terlibat dengan cinta si dia yang sudah berpunya?
    (a) Sempat tergoda tapi tak pernah kesampaian.
    (b) Tak mungkin. Kamu tidak tergamak untuk menjadi orang ketiga.
    (c) Pernah. Walaupun tahu itu satu kesalahan, tapi apakan daya hati sudah mencintainya.

    Markah…
    (a) 1     (b) 0     (c) 2

  6. Pernahkah kamu dikritik kerana telah buat salah? Apa reaksi kamu?
    (a) Terserah apa jua tanggapan orang. Kamu tak peduli dengan semua itu.
    (b) Minta maaf seadanya. Tetapi tetap beranggapan yang mereka ini sudah keterlaluan.
    (c) Minta maaf dan kamu memang rasa bersalah.

    Markah…
    (a) 2     (b) 1     (c) 0

  7. Bos kamu meminta semua kakitangan bekerja lebih masa sedangkan kamu sudah mempunyai perancangan untuk pergi bercuti. Akhirnya…
    (a) Berpesta-pesta sakan masa bos kamu suruh bekerja. Tanda protes!
    (b) Terpaksa melupakan rancangan untuk bercuti. Kerja..kerja..kerja…
    (c) Langsung tak pergi bekerja. Bosan!

    Markah…
    (a) 1     (b) 0     (c) 2

  8. Pengertian ‘Nakal’ bagi kamu…
    (a) makan aiskrim di muzium kesenian.
    (b) buat bising di restoran eksklusif.
    (c) pergi ke mana-mana tanpa memberitahu ahli keluarga mu.

    Markah…
    (a) 0     (b) 2     (c) 1

  9. Kamu menumpahkan separuh dari isi minyak wangi milik kawan baik kamu. Lalu…
    (a) diganti dengan air. Lepas tu buat tak tahu saja.
    (b) Katakan maaf. Itu saja yang mampu kamu lakukan.
    (c) Kamu mengaku kesalahan mu dan berjanji akan menggantikan dengan minyak wangi baru.

    Markah…
    (a) 2     (b) 1     (c) 0

  10. Melihat aksi Jeniffer Lopez dalam filem ‘Enough’, kamu…?
    (a) terasa satu kekuatan untuk melawan sesiapa yang menindas kamu.
    (b) terbawa-bawa aksi yang bahaya. Kena belajar seni mempertahan diri ni.
    (c) semakin nakal kerana tidak mahu ditindas oleh sesiapa.

    Markah…
    (a) 1     (b) 0     (c) 2

Keputusannya ialah… jeng! jeng! jeng!..
Sila klik pada jumlah markah yang berkenaan untuk lihat keputusan korang.

 
» [DDET 15 MARKAH ATAU LEBIH]

KAMU MEMANG NAKAL!

Ops! Tak baik kamu berkelakuan nakal sehingga memeningkan kepala orang lain. Kamu sangat impulsif dan suka membuat sesuatu perkara tanpa berfikir panjang. Kamu juga suka mencari perhatian orang dan sebab itulah kamu harus dikawal ketat oleh orang yang rapat dengan kamu. Walaupun terkadang tersemat dalam hati untuk berubah baik, tapi ia tak berkekalan kerana kamu mudah terleka dan tertewas dengan prinsip kamu sendiri. Walau bagaimana pun, kamu memang rasa menyesal jika ada sesuatu berlaku yang boleh menjejaskan nama baik kamu sendiri.
[/DDET]

» [DDET 7 HINGGA 14 MARKAH]

DI ANTARA DUA DUNIA

Kamu patut rasa bahagia kerana kamu tahu menilai perkara yang baik dan buruk. Namun begitu, ada kalanya kamu merasa agak bingung untuk memilih jalan kamu sendiri memandangkan begitu banyak anasair-anasir yang mempengaruhi kamu. Namun begitu kamu tahu bagaimana mahu mengawal diri dari terjebak dengan perkara-perkara yang negatif. Tapi sekadar perkara biasa kalau kamu suka ‘berfantasi’ menjadi ‘penjahat’ membalas pandangan nakal orang lain dan sebagainya. Bagi kamu lebih baik menjadi ‘penonton’ dari terjebak sama.
[/DDET]

» [DDET 6 MARKAH ATAU KURANG]

BAIKNYA….

Kamu memang layak merasa kebahagian itu 100%. Kamu kerap berusaha untuk menjadi yang terbaik dan yang disenangi rakan sekeliling. Pendapat kamu, kalau kamu berusahan untuk menjadi orang yang baik, pastinya kamu juga akan mendapat balasan yang baik juga. Kamu pasti akan melakukan sesuatu dengan penuh keikhlasan dan tidak mengharapkan balasan. Namun jika kamu dihimpit perasaan bersalah, seboleh-bolehnya kamu akan segera meminta maaf dan menyesalinya. Cuma ada kalanya keikhlasan kamu itu sering kali disalahertikan.
[/DDET]

 
p/s: siapa-siapa yang pernah buat kuiz ni sila abaikan jela ek.. bleh jugak kalau nak jawab lagi sekali.. :peace:

Credit to: Majalah Remaja 01 dis.’02 dan en. Google atas sumbangan gambar yang terlibat. :D

Remaja, majalah kesukaan zaman muda remaja dulu sebab ada horoskop dalam tu. hehe.. Sekarang ni suka jugak lagi tapi lebih suka baca majalah Wanita yang penuh dengan informasi, apa yang setiap wanita perlukan.. cewaahh.. *sila abaikan…


Entri telah dibaca sebanyak 1,208 kali

Siapa

Seorang pereka grafik di sebuah institusi pendidikan, gemar luangkan masa di Facebook / Twitter. Anda suka artikel ini? Sila tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini dan dapatkan artikel terbaru terus ke 'feed reader' anda.

22 Komen -- Kuiz Mengenal Diri : Siapa Aku?

  • jawapan akak 5 ekeke ..tkde kerja :tongue:

    Kamu memang layak merasa kebahagian itu 100%. Kamu kerap berusaha untuk menjadi yang terbaik dan yang disenangi rakan sekeliling. Pendapat kamu, kalau kamu berusahan untuk menjadi orang yang baik, pastinya kamu juga akan mendapat balasan yang baik juga. Kamu pasti akan melakukan sesuatu dengan penuh keikhlasan dan tidak mengharapkan balasan. Namun jika kamu dihimpit perasaan bersalah, seboleh-bolehnya kamu akan segera meminta maaf dan menyesalinya. Cuma ada kalanya keikhlasan kamu itu sering kali disalahertikan.
    Baca entri terbaru blog puanbee.. Persoalan demi persoalanMy Profile

    Reply

    Suraya Reply:

    @puanbee, wah.. akak mmg bahagia.. sue dh lupa dah dapat jawapan yang mana.. kena jwb lg skali.. hehe
    Baca entri terbaru blog Suraya.. Kesan Right Brain StimulationMy Profile

    Reply

  • 5…betol lh..bkn nk ckp shima nie baek..shima pn xtau klo shima nie baek or tak itu shima serah kan kpd org di skliling shima…ape yg sy tau sy dh buat ape yg sy rse btol n patot..tp dlm jwpan kuiz tu pn ade btol nye..yg keikhlasan disalah ertikan..mmg ade sy tahu
    Tp sy xboleh buat ape2 berdoa jela semoga suatu ary d nmpk k’ikhlasan sy..npew bile buat baek slalu d slh ertikan?

    Reply

    puanbee Reply:

    @norhasimah, sama la shima .. huu ~ ada benda yang bila kita buat betul2 ikhlas org salah anggap , rasa sesuatu dlm hati , setiap masa terkonang2 :wink: Baca entri terbaru blog puanbee.. Persoalan demi persoalanMy Profile

    Reply

  • [...] P/S: Korang dah jawab Kuiz Mengenal Diri : Siapa Aku? [...]

  • 7-14 :happy:

    Reply

  • kenali potensi diri..rahsia tarikh beranak.

    Reply

  • Dapat 4 markah. Bosan jadi seorang yang baik :-)
    Baca entri terbaru blog akubiomed.. Katil bergegar akibat main kuat sangatMy Profile

    Reply

    Suraya Reply:

    @akubiomed: pulak.. huhu.. kenapa bosan lak? mesti slalu terkena kan? tu yg jadi bosan.. orang slalu amik kesempatan.. kan? kan? :dizzy:

    Reply

  • err, 3 markah ? sikit gilee . HAHA
    baik ? tak rasa macam tu pun +__+ kalau saye baik, kenape still ade orang yang ta suke gn saye :( setiap kali kite buat baek uhh
    diorang ta nampak . kalau kite buat bende ta baek yang keciiiik pun diorang bole nampak -,-’
    manusiaa …… T____T
    Baca entri terbaru blog fitri amelia.. jantina LAPPY korangg ape My Profile

    Reply

    Suraya Reply:

    @fitri amelia, diorang dengki la tu kot.. ntah la.. dah memang perangai manusia macam tu kan.. sabar jela ek.. nanti ada la tu balasan utk segala kebaikan yg kita dah buat.. tak sekarang, mungkin akan datang.. dalam hidup ni kan kalau buat jahat, dibalas jahat.. buat baik, balasan pon baik la jugak.. kena sabar dan yakin.. insyaAllah..

    Reply

  • dapat 4 markah…tiap kali buat baik pun, mst ada yg salah erti kan…so, redha je la…. :smile: Baca entri terbaru blog ..ein…. jangan tipuMy Profile

    Reply

    Suraya Reply:

    @..ein.., manusia.. kita buat baik mcm mana pun, ade je yg tak puas hati, nak kita buat lagi baik.. tp kalau buat baik sangat, nanti kene pijak2 kepala pulak.. kan?

    Reply

  • saya dapat 10! ahaha..di antara 2 dunia..
    Baca entri terbaru blog luna Q jimat.. Kenali 1 Juta Rakan Yang Suka Menyanyi Seperti Anda!!!My Profile

    Reply

    Suraya Reply:

    @luna Q jimat, ramai yang antara 2 dunia.. blur ke? hehe.. :tongue:

    Reply

  • [...] This post was mentioned on Twitter by Jerung Perkasa and Suraya. Suraya said: #Sagitaurus Kuiz Mengenal Diri : Siapa Aku? http://bit.ly/eweZ4w [...]

  • Camner nak jawab ni. Banyak soalannya cuma kena mengena dengan pompuan. Apa pun aku cuma dpt markah 2 jer. Camne? hi hi
    Baca entri terbaru blog fikryn.. Bagaimana Meletakkan Keyword Di Dalam PostMy Profile

    Reply

    Suraya Reply:

    @fikryn, setiap jawapan ade markah yang tertentu.. markah ada tertulis kat bahagian bawah kat setiap soalan tu.. untuk dapatkan result semua markah tu, klik kat link paling bawah ikut markah yang dapat..

    soalan yang macam perempuan tu, anggap je diri sendiri macam seorang perempuan.. hehe..

    Reply

  • yeayy.. dapat 13.. Di Antara Dua Dunia.. hmm.. mcm 2 alam plak.. huhuu.. :whistle: Baca entri terbaru blog Anarm.. Selamat Tahun Baru Cina 2011 dari AnarmNetMy Profile

    Reply

    Suraya Reply:

    @Anarm, 2 alam? sotong ke? hehe.. :tongue:

    Reply

  • love it! dapat 7 marks! yey!
    Baca entri terbaru blog Clara Rella.. Camne aku study Resepi kejayaan ErkMy Profile

    Reply

    Suraya Reply:

    @Clara Rella: Tahniah! tahniah! sebab jadi budak baik.. :biggrin:

    Reply

Leave a comment


CommentLuv badge

Qurban dan Aqiqah di Kemboja
Insentif Tunai Denaihati
Sagitaurus.com
Serverfreak Web Hosting
Ads by Sagitaurus.com

Kategori

Arkib Blog

Banner Iklan

Entri Terkini

Entri Paling Popular

Pelawat Paling Mesra

Komen Terkini

  • Loading...

Statistik Blog

Kuiz Mengenal Diri : Siapa Aku?


Clicky Web Analytics

Clicky


Serverfreak