Otak Tak Berfungsi Dengan Baik

Bosan, Santai

tidur lena

Otak tidak berfungsi dengan baik salah satunya disebabkan oleh penyakit mental yang dialami seseorang itu. Tapi dalam kes yang sue nak cerita ni, bukan disebabkan masalah mental, tapi disebabkan tak cukup tidur. Korang pernah tak alami masalah tak boleh nak tidur? dah buat macam-macam cara tapi tak lelap-lelap gak. Seksa kan..? orang lain tengah syok-syok tidur kita berjaga lak.

Fakta tentang tidur:

  • Keperluan tidur setiap orang berbeza-beza tetapi secara puratanya kita memerlukan tujuh jam tidur yang lena bagi membolehkan badan berfungsi dengan baik pada keesokan harinya.
  • Tidur yang cukup bukan setakat merehatkan badan atau mengelakkan masalah mata cengkung tetapi ia mempunyai manfaat yang lebih penting.
  • Tidur adalah satu keperluan dan ketika inilah badan akan memperbaiki kerosakan yang berlaku pada sel serta membina sel baru.
  • Malah, ketika tidur otak kita sibuk membuat persediaan untuk menghadapi keesokan harinya.
  • Kajian ke atas haiwan dan manusia mendapati tidur yang cukup mampu meningkatkan keupayaan untuk belajar dan membantu memelihara daya ingatan seseorang.

 
That’s why lah otak sue mereng skit hari ni.. semalam tak bleh nak lelapkan mata. Tak tahu la kenapa. Bila dah tak bleh tidur tu macam-macam la sue pikir. Antaranya ialah:

  1. Bila la aku nak kaya and macam mane aku nak wat bagi kaya. So, macam-macam idea kuar.. ntah bleh pakai ke tidak tak tahu la.. hu3
  2. eh! spek rosak.. nak wat macam mane ek.. tak nak beli baru mahal.. beli bingkai kat pasar malam la, pastu gi wat cermin kat kedai, murah skit.. ok gak idea ni.. :D
  3. Nak balik raya ni kena pakai duit banyak.. dah la tengah pokai ni.. macam mana lak ni.. masalah-masalah.. adoiyai..
  4. bila nak bleh lelap ni.. karang nak bangun sahur lagi.. pastu kena keja.. tengok jam.. hurrmm, baru kul 2 pagi
  5. kalau camtu kan best.. kalau camni kan best.. haha.. macam-macam ada dalam pale otak ni.. eh! eh! tengok-tengok jam dan sampai masa untuk sahur.. hurmmm T_T

Layan jela lagu ni daripada korang layan otak weng weng sue hari ni.. kang tak pasal-pasal makin melalut-lalut lak merapu merapik ku ini.. haha

Kalau korang tak bleh tidur bleh cuba dengar lagu zaman kanak-kanak ni.. best ape..

 

Yang ni pun best gak.

Cara nak bagi tidur lena :

  1. Tidur yang berjadual – Jika anda biasa tidur pada pukul 9 malam, pastikan anda tidur pada waktu tersebut untuk malam-malam berikutnya. Ini untuk memberikan tubuh anda “kebiasaan” dan membuatkannya bersedia untuk tidur pada waktu tersebut.
  2. Jangan melakukan senaman pada waktu malam kerana jantung akan mengepam darah dengan lebih cepat dan anda tidak boleh tidur.
  3. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum tidur. Anda hanya boleh mengambil makanan ringan sahaja dan seeloknya berhenti makan 2 jam sebelum tidur.
  4. Jauhi alkohol, nikotin dan kafein 5 hingga 6 jam sebelum tidur.
  5. Pastikan bilik tidur anda mempunyai sistem pengudaraan yang baik. Jika boleh, biarkan tingkap terbuka sedikit untuk membolehkan udara masuk.
  6. Sebelum tidur, mandi menggunakan air suam, baca buku atau mendengar muzik kegemaran yang bernada lembut.
  7. Pengambilan teh atau susu suam bersama madu adalah lebih baik.
  8. Ketika tidur pada malam hari, letakkan kaki pada bantal yang lembut. Ini dapat melegakan keletihan dan mendapatkan tidur yang lena.

Banyak lagi sebenarnya cara nak bagi lena tidur ni.. korang google la ek.. malas nak merapu kat sini.. ntah apa-apa lagi statment, video yang tak sepatutnya kuar jap lagi.. :)

Nota kaki:
Sampai masa, tidur!!.. jangan dok asyik buat keja je.. tidur tu penting untuk kesihatan.. tak cukup tidur jadi la macam sue hari ni.. ntah ape-ape merapu kat sini.. tunggang terbalik jadinya (Ampunkanlah kemerengan otak ku ini). Harap ada jugak la perkara yang korang bleh ambil iktibar dari kisah hidup sepanjang bebelan ni. k, wasalam.. Majulah sukan untuk negara, tidur awal jangan suka berjaga. he3

 

Siapa

Biodata lengkap di page 'Siapa Sue'. Follow Sue di Facebook dan Twitter @surayasagi. Jika suka dengan artikel ini, sila tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini untuk dapatkan artikel terkini.


Entri Lain Yang Menarik:


Pengiklanan
eQurban.com - Program Qorban dan Aqiqah di Kemboja
5 Blog Paling Kerap Dilawati ChurpChurp Spritzer Tinge: Save The Stars The 7 wonders in 1 pizza

13 komen untuk entri “Otak Tak Berfungsi Dengan Baik”

  1. Jaws Says:

    info yang bagus ni..
    aku pun tak boleh tidur jer..
    akan ku amalkan utk kesihatan mental..

    [Reply]

    Suraya Reply:

    @Jaws: amalkan selalu ye.. jgn smpai kitorang dpt brita yg xbrapa best nk didgr lak.. :D

    org bisnes, bz jela memanjang.. ye tak.. smpai xsempat nk tdo.. :)

    [Reply]

  2. hafizmd Says:

    Kalau nak tido..mmg kadang2 mcam2 benda duk pusing dalam pale..itu dan ini..biasenye saye main game kat hp sikit..insyaAllah..bace doa serba sikit..terus lena smpai sahur..

    thanks kongsi tip2 ni..terbaiklah :)
    Baca entri terbaru blog hafizmd.. Sama-sama kita hayati video iniSubhanallahMy Profile

    [Reply]

    Suraya Reply:

    @hafizmd: hehe.. mmg cmtu kan.. mcm2 pk..

    sue ni main game kt handphone tu xyah ckp a, smpai abis bateri dok main.. macam2 doa, ayat, zikir dh baca tp tak lelap2 gak.. 2 yg masalahnye.. dh mmg xleh nk tdo watpe pn xdpt tido gak kn.. huhu..

    [Reply]

  3. ery farieha Says:

    errr

    yang ery lak, tido je kejenye!
    hahahaha

    [Reply]

    Suraya Reply:

    @ery farieha: hehe.. camtu plak.. meh bg sue skit la tdo tu.. :)

    Senang hati, xde pape masalah snang a nak tdo kan..
    Baca entri terbaru blog Suraya.. Otak Tak Berfungsi Dengan BaikMy Profile

    [Reply]

  4. topo Says:

    :oups: aku takbleh tido dari semalam ni.. skg ni dah ting tong giler…
    Baca entri terbaru blog topo.. Bila Seekor Tupai Cuba Berlakon Dalam Star WarsMy Profile

    [Reply]

    Suraya Reply:

    @topo: siannye.. seksa kan.. banyak keja kena wat ke tu sampai xleh tdo? harap2 mlm ni bleh tdo lena la ye.. :8
    Baca entri terbaru blog Suraya.. Otak Tak Berfungsi Dengan BaikMy Profile

    [Reply]

  5. syahidabdullah Says:

    :lol: sleep is for the weak! hikhikhik…

    kalau tak weak buat apa tidur kan kan kan?
    Baca entri terbaru blog syahidabdullah.. Champions League Is Here! againMy Profile

    [Reply]

    Suraya Reply:

    @syahidabdullah: xnk bg weak la kena tdo.. xtdo kan mamai lak.. wat keja mst tersalah2 je.. sibuk mcmner skali pun kena tidur gak walaupun skajap.. restkan badan, otak.. at least 4 jam.. PC pun bleh hang klu dok guna die je xbranti2, die pun nk rest gak.. :)

    [Reply]

  6. Dedoku Says:

    yup..kalau tak tido jalan pun terhuyung hayang.bukan takat mental,fizikal pun terjejas sekali :)
    Baca entri terbaru blog Dedoku.. Teknik Viral Dengan TwitterMy Profile

    [Reply]

  7. Muhd Hisyamuddin Says:

    saya hostel boy…mmg selalu tido lewat…kalau pukul 1 tuh kira awal la :) :) :)
    Baca entri terbaru blog Muhd Hisyamuddin.. malaysiaMy Profile

    [Reply]

  8. Merangsang Penggunaan Otak Kanan | Sagitaurus.Com Says:

    [...] atau anak berusia 6 bulan. Kalau budak dah besar panjang, jadi susah sikit nak latih diorang guna otak kanan. Orang dewasa biasanya lebih banyak menggunakan otak [...]


Trackbacks/Pingbacks

  1. Merangsang Penggunaan Otak Kanan | Sagitaurus.Com

Leave a Reply


Copyright © 2012 Sagitaurus.Com   |   Design by Reka Impian Sinergi   | 
Powered by WordPress and Cubiex Webhosting   (Loads in 0.797 seconds)
Site RSS Comments RSS