Bunyi Dial Up Internet

internet 1 Comment »

Tahukah anda dari manakah bunyi yang keluar apabila sambungan internet dilakukan? Anda boleh tengok video di bawah ini :

Hehe..

 

 

Renung-renungkanlah

Info No Comments »
  1. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
  2. Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
  3. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
  4. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
  5. Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
  6. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
  7. Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
  8. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
  9. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
  10. Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
  11. Baca seterusnya »

 

 

Tahukah Anda??

Info 1 Comment »

question?Fakta 1.
Cuba anda tengok zip seluar anda, tertera huruf ‘YKK’. YKK bermaksud Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang anda pakai sekarang ni.

Fakta 2.
Bunyi ‘kuek‘ yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

Fakta 3.
Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? Benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan jumlah yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

Fakta 4.
Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

Fakta 5.
Pada tahun 1830, ‘ketchup‘ (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.

Baca seterusnya »

 

 

Meletakkan efek pada gambar

Web 2.0 No Comments »

Photofunia merupakan lamanweb yang menawarkan perkhidmatan efek secara percuma. Anda boleh memilih mana-mana imej anda untuk diefekkan dengan efek-efek yang ditawarkan. Sebanyak 50 efek ditawarkan setakat ini dan antara efek-efek yang ditawarkan membuatkan ramai yang teruja. Contohnya efek ‘On the Moon’, efek ‘Art exhibition’, efek ‘Museum’ dan efek ‘Vogue’. Di bawah ini ada beberapa contoh efek dan anda boleh pilih sendiri mana-mana efek kesukaan anda.

Baca seterusnya »

 

 


Copyright © 2012 Sagitaurus.Com   |   Design by Reka Impian Sinergi   | 
Powered by WordPress and Cubiex Webhosting   (Loads in 0.745 seconds)
Site RSS Comments RSS