Jan 06
Cinta.. ada apa dengan cinta?.. hurmmm.. bukan nak berdrama cuma ingin memberi pendapat dan pandangan tentang apa itu cinta. Definisi “Cinta”.. cinta adalah sebuah perasaan yang ingin dikongsi bersama atau sebuah perasaan afeksi terhadap seseorang.
Bagi Sue, CINTA ni merupakan perasaan kasih sayang, bahagia, tanggungjawab dan perasaan saling hormat menghormati tidak kira kepada pasangan, keluarga mahupun kawan-kawan. Kerana CINTA kita merasai bahagia, dan kerana CINTA juga kita boleh merana.
Bercinta ni sangat best bagi mereka yang tengah dilamun cinta, baru mula bercinta dan tengah hangat bercinta.. dan tak best bila tengah bergaduh, telah dikecewakan, pernah dikecewakan dan musnah diri akibat cinta. Sebab itu jangan jadi buta kerana cinta, tak nampak kebenaran yang ada di depan mata. Jadikanlah cinta itu sebagai satu medium untuk kita berubah ke arah yang lebih baik.
Nasihat Sue, sesiapa yang tengah hangat bercinta tu… tidak kira lah cinta kepada ibu ayah, adik-bradik, saudara mara, suami isteri atau kekasih hati, cintailah mereka seadanya. Awas!! jangan mencintai mereka lebih daripada anda mencintai Allah Yang Maha Esa, nescaya cinta anda kepada mereka tidak akan kekal lama.
Baca seterusnya »
Dec 31

Happy New Year 2011 kawan-kawan!!! Sambut tahun baru kat mana kali ni? Sue sambut kat rumah jela kot, tak berapa rajin nak keluar. ngeee~ Apa-apa pun tak kiralah korang sambut kat mana, Sue harap korang sentiasa sihat dan enjoyyy~ Jangan terlebih-lebih sambut pulak nanti jadi benda lain. Sambut Tahun Baru Islam pun tak semeriah Tahun Baru ni kan? :P
Semoga kehadiran Tahun Baru 2011 ni menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk kita. Pengalaman sepanjang tahun 2010 kita simpan sebagai kenangan yang tidak mungkin dapat kita ulanginya lagi. Orang cakap “Sejarah Mungkin Berulang” tapi adakah ianya sama seperti pertama kali ianya terjadi? Tak kan? Kenangan manis, kita kenang sampai bila-bila. Kenangan pahit, kegagalan-kegagalan yang berlaku sepanjang tahun 2010 kita anggap saja sebagai langkah-langkah yang perlu kita lalui untuk kehidupan yang lebih berjaya, InsyaAllah.. kejayaan pasti milik kita suatu hari nanti.
Baca seterusnya »
Dec 17

Mozilla Firefox merupakan web browser kegemaran Sue. Walaupun ramai yang cakap Google Chrome lagi best sebab laju, tapi Sue rasa sama je. Kalau line internet slow, pakai la browser apa pon tetap slow jugak nak bukak web atau blog. Kan? Lagipon Firefox ada macam-macam add-ons yang boleh kita pasang. Best! Chrome ada jugak add-ons (dipanggil extension) yang tersendiri tapi Sue dah terbiasa menggunakan Firefox. So, stick jela dengan Firefox sampai sekarang.
Sue kadang-kadang pelik jugak. Ada terbaca tweet beberapa orang rakan Twitter dan Facebook cakap Firefox selalu crash. Selama Sue pakai Firefox ni, tak pernah lagi crash. Sentiasa berfungsi dengan baik. Crash tu mungkin sebab ada yang tak kena pada komputer atau laptop korang kot. Try la cuci apa-apa yang patut kat komputer, lepas tu uninstall dan install balik Mozilla Firefox. Setahu Sue, tu je jalan penyelesaian bagi masalah crash pada browser. Kalau proses reinstall pon tak dapat setel jugak masalah tu, tak tau la nak buat macam mana lagi. Kena rujuk kepada yang pakar.
Baca seterusnya »
Dec 01

Bila cakap pasal masak memasak ni, mentaliti orang kita akan cakap memasak ni kerja, tugas orang perempuan. Sampaikan ada yang beranggapan bahawa bila “seseorang perempuan itu tidak tahu memasak mereka tidak boleh berkahwin”. “Perempuan, belajar tinggi mana pun ke ceruk dapur jugak akhirnya”.
Tapi itu dulu, sekarang ni ramai yang dah tak kisah pasal tu. Semua ni terpulang pada pasangan masing-masing. Jika dia ok, takde masalah jika bakal isterinya tu tidak pandai memasak. Jika yang ambil kisah tu, hurmmm.. apa lagi, yang perempuan tu cepat-cepat la belajar memasak ye.
Ramai yang bertanya, sebenarnya memasak ni tugas suami atau isteri? Merujuk kepada satu hadith;
“Ya Rasulullah, apakah hak isteri ke atas kami? Sabda Rasulullah s.a.w. hendaklah engkau memberi makan kepadanya apabila engkau makan dan hendaklah memberi pakaian kepadanya seperti mana engkau berpakaian”. ~ hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Nasa’i
Maksudnya, tugas suami ialah memberi makan kepada isteri dan keluarganya. Jika suami tak nak memasak, carikan tukang masak untuk isterinya. So, masak memasak ni bukan tugas isteri la kan? kalau memasak pun just nak tolong suami ringankan tugas die je.
Baca seterusnya »
Followers