Sep 30
Salam Lebaran! Masih dalam mood raya kan..? Raya kan sebulan walaupun puasa tu entah cukup ke tidak sebulan.. harap-harap takde yang TERmiss la ye..
Dah hampir seminggu peristiwa ni berlaku, tapi Sue baru ada masa nak menceritakannya di sini. Kejadian ini berlaku pada tanggal 25 September yang lepas, tempatnya sekitar negeri Selangor.
Nak tahu sape lagi yang terlibat dalam kejadian ni korang renung-renungkanlah gambar kat bawah ni.. *jangan lama-lama sangat plak.. bahaya* :D

Dari kiri : me, Anam, Wan, Azizan and yang last skali tu Cik Nurul a.k.a GPS kitorang.. takde die alamak tawaf banyak kali la negeri selangor ni.. hehe
Baca seterusnya »
Sep 09

credit to : http://dzinc.deviantart.com
\(^_^)/ Yeayy!! esok raya.. dikesempatan ini sue nak buat sedikit ucapan, al-maklumlah rakan-rakan di alam maya ni ramai, umah pun tak tau mane kan.. so, kita jumpa kat sini jela ek.. :D .. Kalau yang tahu jalan ke rumah sue tu jemput-jemput la datang beraya. Jangan malu jangan segan, buat macam umah sendiri ye.. hehe..
Baca seterusnya »
Aug 31

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Bagitulah laungan daripada Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama, Tunku Abdul Rahman pada tanggal 31 Ogos 1957 sempena Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu (Malaysia).
Laungan ‘kemerdekaan’ yang diulang sebanyak 7 kali dilakukan di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya. Satu detik yang bersejarah bagi Malaysia di mana bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru.
Diikuti pula dengan seruan azan sebagai simbolik lahirnya sebuah negara baru yang bebas daripada kuasa penjajah dan tembakan meriam sebanyak 101 das.
Baca seterusnya »
Aug 23

Otak tidak berfungsi dengan baik salah satunya disebabkan oleh penyakit mental yang dialami seseorang itu. Tapi dalam kes yang sue nak cerita ni, bukan disebabkan masalah mental, tapi disebabkan tak cukup tidur. Korang pernah tak alami masalah tak boleh nak tidur? dah buat macam-macam cara tapi tak lelap-lelap gak. Seksa kan..? orang lain tengah syok-syok tidur kita berjaga lak.
Fakta tentang tidur:
- Keperluan tidur setiap orang berbeza-beza tetapi secara puratanya kita memerlukan tujuh jam tidur yang lena bagi membolehkan badan berfungsi dengan baik pada keesokan harinya.
- Tidur yang cukup bukan setakat merehatkan badan atau mengelakkan masalah mata cengkung tetapi ia mempunyai manfaat yang lebih penting.
- Tidur adalah satu keperluan dan ketika inilah badan akan memperbaiki kerosakan yang berlaku pada sel serta membina sel baru.
- Malah, ketika tidur otak kita sibuk membuat persediaan untuk menghadapi keesokan harinya.
- Kajian ke atas haiwan dan manusia mendapati tidur yang cukup mampu meningkatkan keupayaan untuk belajar dan membantu memelihara daya ingatan seseorang.
Baca seterusnya »
Followers