Buat Rawatan Salur Akar Gigi

Rawatan Salur Akar Gigi | Sakit gigi adalah salah satu penyakit yang paling sakit di dunia. Bila dah sakit gigi semua benda jadi serba tak kena. Nak tidur malam pun tak lena.

Masa tak sakit tak ingat nak pergi check gigi. Bila dah sakit barulah ingat kat doktor gigi je. Kalau boleh time tu jugak nak pegi klinik gigi minta doktor cabutkan.

Baru-baru ni Sue pun alami sakit gigi yang amat sangat. Tiba-tiba je sakit, tak tau apa punca.

Berdenyut-denyut je gusi kat gigi yang sakit tu. Rasa ngilu sangat-sangat pun ada. Langsung tak boleh sentuh gigi tu. Dah la gigi depan.

Memang seksa nak makan apatah lagi nak gosok gigi.

Nak cakap gigi berlubang, dah tampal dan gigi pun elok je. Tak tercabut pun yang tampal tu. Memang pelik betul.

Bila dah check, rupanya serius juga sakit gigi Sue ni. Sampai tahap kena buat rawatan salur akar (Root Canal) untuk selamatkan gigi yang sakit tu.

Rawatan Salur Akar Gigi (root canal)

Apa itu Rawatan Salur Akar Gigi?

Rawatan kanal akar (rawatan endodontik) merupakan rawatan alternatif bagi gigi yang telah rosak teruk di mana tisu pulpa telah dijangkiti atau telah mati, agar gigi tersebut tidak dicabut dan boleh terus kekal berfungsi di dalam mulut.

root canal tools
Alat kikir endodontik. Alat yang digunakan untuk cuci salur dalam gigi. Macam gerudi sebab nak pastikan salur akar betol-betol bersih.

Ciri-Ciri Gigi Yang Memerlukan Rawatan Akar

  • Gigi yang rosak teruk atau mempunyai tampalan yang besar hingga melibatkan lapisan pulpa.
  • Gigi yang telah mati (non-vital)
  • Gigi yang mempunyai tampalan besar dan diindikasikan untuk pembuatan korona kadang-kadang perlu rawatan kanal akar dilakukan terlebih dahulu untuk peletakan tiang dan teras.

Kenapa Rawatan Salur Akar Perlu Dibuat?

Rawatan salur akar dilakukan supaya gigi yang rosak dapat dibersihkan dan tidak perlu dicabut supaya gigitan dan fungsi gigi di dalam rahang dapat dikekalkan.

Apakah Akibat Jika Rawatan Salur Akar Tidak Dibuat?

  • Ketidakselesaan atau kesakitan akan bertambah teruk
  • Jangkitan atau nanah akan terjadi pada gigi tersebut
  • Gigi mungkin terpaksa dicabut dan kebiasaannya kehilangan gigi memerlukan penggantian

Prosedur Rawatan Salur Akar Gigi

  1. Rawatan ini mungkin memerlukan satu hingga dua atau lebih temu janji bergantung kepada tahap kerumitannya.
     
  2. Radiograf periapikal (X-ray) gigi akan diambil sebelum rawatan bermula. Ini adalah untuk melihat bilangan dan keadaan akar gigi yang bermasalah tersebut.
     
  3. Bahagian enamel dan dentin gigi akan dibersihkan dahulu di mana karies dibuang, seterusnya tisu pulpa yang reput akan dibuang dari kanal akar dan kanal dibentuk dan dibersihkan dengan bahan disinfeksi. Apabila selesai proses pembersihan, ubat dimasukkan ke dalam kanal akar dan kaviti pada bahagian korona gigi ditutup dengan tampalan sementara.
     
  4. Pada lawatan seterusnya, kanal akan dibersihkan semula dan ditampal dengan bahan tampalan akar (Gutta Percha) jika tiada sebarang tanda dan gejala
     
  5. Gigi akan ditampal tetap selepas rawatan kanal akar selesai.

Penjagaan Gigi Selepas Rawatan Salur Akar

Amalkan penjagaan kesihatan gigi seperti biasa. Kita perlu :

  1. Berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan ubat gigi berflourida.
  2. Kurangkan kekerapan pengambilan makanan manis terutamanya di antara waktu makan
  3. Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala

Kos Rawatan Salur Akar Gigi

Kos buat rawatan akar gigi kalau buat di klinik kerajaan murah je, sekali rawatan hanya perlu bayar RM3 (X-ray RM1, rawatan RM2). Kebiasaannya perlu buat 2 kali rawatan atau mungkin lebih bergantung kepada keadaan gigi.

Kalau klinik swasta lebih kurang RM200 (biasa) atau boleh mencecah RM600 untuk selesai semua rawatan.

Sue hari tu baru buat sekali rawatan, kena pergi lagi sekali bulan depan untuk siapkan rawatan ni.

Mula-mula nak buat tu rasa kecut perut juga la, sebab takut jarum nak injek ubat bius tu. Lagi rasa kecut perut bila doktor cakap akan buat rawatan tu tanpa bius.

Doktor pesan, kalau ada rasa sakit atau ngilu bagitau, baru doktor akan injek ubat bius. fuhh.. seram beb.

Root Canal
Proses rawatan salur akar (Root Canal)

Tapi Allamdulillah, sepanjang rawatan yang ambil masa lebih kurang sejam tu Sue tak rasa sakit pun. Ngilu pun tak.

Doktor pun pelik, apasal takde keluar darah. Biasa kalau buat rawatan ni akan keluar darah. Sebab gigi Sue dah mati kot sebab tu takde darah.

Agak sedih bila doktor bagitau, gigi bersebelahan pun dah berjangit. So, kena buat root canal juga la. Maknanya dua gigi Sue dah mati.

Ni semua mungkin sebab gigi tu pernah terhantuk kuat masa kat ofis. Terlanggar cabinet dalam kelas. T_T

ubat sakit gigi
Ubat sakit gigi. Kali pertama pergi check gigi doktor bagi pain killer dengan antibiotik untuk hilang sakit gigi dengan bengkak gusi baru boleh buat rawatan seterusnya.

Rawatan root canal ni boleh tahan selama lebih kurang 10 tahun. Lepas 10 tahun kena gi servis gigi tu kat klinik gigi bagi putih sebab lepas 10 tahun gigi tu akan bertukar warna jadi gelap (warna coklat).

So, kawan-kawan semua jangan lupa selalu gi check gigi. Kalau gigi korang memang tak ada masalah, kena gi check juga sekurang-kurangnya 6 bulan sekali.

Jangan abaikan kesihatan gigi sebab bila dah sakit baru korang tau betapa seksanya sakit gigi.


*Update
Ramai pula yang bertanyakan tentang mana tempat boleh buat rawatan ni. Sue pun tak pasti sangat mana tempat lagi ada klinik gigi kerajaan.

Kalau tak silap Sue, kebanyakkan Klinik Kesihatan kerajaan ada bahagian untuk Pergigian, dan kebanyakannya ada buat macam-macam rawatan untuk gigi.

Korang boleh check senarai klinik pergigian kerajaan kat link ni, mungkin ada klinik yang berdekatan dengan tempat korang yang boleh korang kunjungi jika mengalami masalah gigi.

Boleh juga semak jenis rawatan dan caj rawatan untuk gigi yang ada di klinik gigi kerajaan.

Sumber: myhealth.gov.my

57 Comments

  1. Salam kak sue..
    saya pon mgalami sakit gg depan jgk..sbelom ni ok je tp lepas gg dpn yg sbtang lg tu kna tmpal, terus gigi yg sbelah lg rasa sakit2..skrg ni makin kerap pulak..tmbah2 lg bila lepas mnum ais terus rasa sakit..kak sue dah lama kan buat rc ni jd nak tnya bkaitan dgn wrna gg lepas rawatan tu? Bila wrna gg tu akan btukar dan mcm mna nak rawat?

  2. slm sis…saye pernah sakit gigi & doktr dah letakkan tampalan sementara kat saya & apoimnt buat rawatan akar. lepastu sy xleh nak g sebab ade masalah tertentu. sekarang dah hampir 2 bulan lebih n tibe2 sakit plak gigi tu. Bagi pandangan sis, sy perlu buat ap? cabut je gigi tu or buat semula apoimnt rawatan gigi?

  3. Bole ke kita buat rawatn akar ni..2, 3 batang gigi..bkn dlm satu masa le..
    Ade kesan sampingan tak

    • boleh.. takde kesan sampingan, just gigi yang buat tu lama-lama akan jadi gelap.. kalau kat depan jadi malu skit la nak senyum.. hehe

      • Mcm gigi depan saya la skg ni.selesai ja rawatan,selepas setahun dah jadi warna gelap..kalo saya senyum kasi nmpk gigi,semua putih 1 btg gigi ja Wana gelap. Apa perlu saya buat ya???

      • assalamualaikum, saya harap kak sue dapat membalas komen saya.. saya nak tanya bole tak dengan rawatan akar gigi boleh merapatkan sekali gigi saya yg jarang? dan mengurangkan rasa sakit gigi depan?

      • Assalamualaikum suraya… Saya baru nak buat rct… Agaknya berapa lama gigi bertukar warna? Dan apa yg Dr suggest utk buat jika Gigi bertukar warna.. boleh kah crown di buat di klinik kerajaan? HaRAP sudi membalas soalan saya

    • Wassalam Man.. tempoh menunggu tu bergantung pada doktor/klinik tu.. kalau ramai pesakit so lama la kena tunggu.. kalau pesakit tak ramai dalam seminggu 2 je.. kalau ramai kena tunggu sebulan pun ada..

  4. hi sue, nk tanya. kalau klinik krajaan dgn swasta ada beza sangat ke sbb skrg untk rawatan akar swasta rm350. kalau krajaan mana2 klinik pergigian krajaan ke ok?

    • hi Nana.. proses rawatan klinik kerajaan dengan swasta sama je.. kos kat klinik swasta jadi mahal sebab peralatan, sewa klinik tu owner bayar sendiri.. klinik kerajaan dapat caj murah sebab semua kerajaan yang tanggung.. dia caj servis je..

      sebenarnya mana-mana klinik pun ok.. kerajaan ke swasta ke.. kalau luck tak baik kena doktor yang tak bagus tu yang jadi serik tu kan.. kalau kerajaan, mana-mana klinik pergigian yang ada buat rawatan ni ok je, just queue tu lama skit la.. kalau swasta cepat..

  5. Assalamualaikum akk..
    Sye nk tnye..lps wt rwtn ni..nmpk x kesn tmpalannye ? Nmpk x perbezaan gigi yg x tmpal dgn gigi yg ditmpal ?

  6. Salam sis….bln 1 ni br nk pi appointment utk rawatan akar…sbb gusi yg gigi ditampal tu ada bisul..bisul ni ade sejak sebulan lepas..risau lak ade bisul..
    .
    Rawatan akar ni kena byk wat appointment ek sis..?

  7. assalamualaikum. …

    knp selepas 9 bulan sy buat rawatan akar sy rasa sakit lagi gigi??… gogi hadapan sebelah gigi kapak… akrg ni ou5n masih sakit… ya allah

    • Waalaikumussalam

      sepatutnya tak kan rasa sakit dah sebab salur darah dalam gigi tu dah takde.. salur darah tu yang buat gigi tu hidup, rasa sakit.. jika salur darah tak takde makna gigi dah mati, tak kan rasa pape dah..

      maybe ada infection.. atau rawatan sebelum ni doctor tak cuci betol2.. kena gi check semula dengan doktor.

      paham sangat sakit tu macam mana.. kena gi jumpa doktor cepat2 ye.. memang tak tertahan nak menanggung rasa sakit tu.. atleast doktor bleh bagi pain killer ke dulu sblom bleh wat rawatan seterusnya.

      • Iya, sya pun Sma mcm awak assrie.. Sdh buat rawatan akar, tpi msh sakit.. Sdh ambil xray Kat Gigi yg sakit. Doktor kata tiada apa2, OK jerr dia kata

  8. salam.. hai sue… nurul nie salah seorg yg pernah buat rawatan akar.. mmg sakit sgt, dan sampai tahap bernanah… dan alhamdulillah selepas buat rawatan akar nie, elok dan xsakit lagi dah.. tp ada masalah lain pulak.. gigi yg dibuat rawatan tu jd menghitam, xlah hitam sgt tp sbg perempuan segan lah gigi xcantik… huhu… sue tahu tak kos utk putihkan semula gigi yg dirawat tu… ? area sy tak da klinik gigi.. e-mail ye sue..thanks dear.. 🙂

    • Wassalam nurul..

      tu la.. malu gak nak senyum bila gigi kaler camtu.. hehe..

      gigi sue pun dah nampak gelap sikit.. memang nak gi tanya doktor macam mana nk putihkan balik gigi tu.. nanti dah ada jawapan sue bgtau ya.

  9. Assalamualaikum Akak, saya akan melalui rawatan ini dan saya rasa takut sangat. Betul ke tak sakit? Masa injection bius setempat pun tak sakit ke? Saya ni takut dentist tahap phobia.

    • Waalaikumussalam Jannah..

      kalau ikut pengalaman akak memang tak rasa sakit.. layan je doktor dok buat rawatan tu. and kalau ikut kes akak, doktor tak bius pun, dia terus wat rawatan, n memang tak rasa sakit.. doktor ada pesan masa tengah wat rawatan tu kalau ada rasa sakit bagitau dia. so far takde rasa sakit melampau, skali dua je rasa ngilu sikit2.. sikit je pun.. pastu dah tak rasa pape dah..

      relax ok.. takde pape pun..

  10. Kak…. Sy miza.. Nk tnya ni.. Akak dh buat ke rawatan akar kt gigi akak tu..?? X sakit lngsung ke kak..?? Pastu selama sejam ke dorng buat rawatan tu… X penat ke..?? Kira skrg ni.. Dh bp lama akak dh buat rawatan tu..?? So far.. Ok x..??sorry la byk tnya… Miza pn de masalah y sama.. Tu y takot…

    • Dah buat lama dah.. tahun lepas.. ok je gigi nye.. buat 2 batang gigi plak tu.. doc siapkan satu-satu.. masa rawatan bergantung kepada keadaan gigi dan doctor yang buat.. biasa kalau 1st rawatan makan masa skit, lbih kurang 45 minit ke sejam.. 2nd ngn 3rd rawatan kejap je.. tak rasa penat pun, masa pun cepat je jalan sebab dok layan doc dok buat macam2 kat gigi.. hehe..

  11. Kenapa kos rawatan gigi di klinik swasta sangat mahal? Kadang-kadang hairan juga kos rawatan gigi jauh lebih mahal daripada kos rawatan penyakit badan atau seumpamanya. Malah kos berus gigi yang di jual di kedai-kedai pun mahal. Tapi bagi yang taraf ekonomi keluarganya sederhana seperti saya hanya memilih berus gigi yang murah. Boleh terangkan apa beza berus gigi yang mahal dengan yang murah? Sebab dari mata kasar ianya nampak sama je.

    • Wassalam.. dekat ngan bandar teknologi kajang.. kalau dari bandar kajang (hala ke semenyih) ada nampak signboard klinik kesihatan kajang sebelah kiri sebelum sampai Giant bandar teknologi kajang.

      Klinik pergigian tingkat atas, kat bawah klinik kesihatan.

  12. Asslamualaikum, saya baru berumur 13. Gigi hadapan. Saya berlubang dan membuat tanpalan. Selepas dua minggu, gusi saya bengkak. Doktor berpesan supaya jika ada bengkak, harus segera ke klinik semula. Tapi saya takut dan merahsiakan perkara ini. Apakah yang harus saya lakukan?

  13. Assalamualaikum? Saya Hanis suraya.. Saya pun mengalami msalah gigi mcam kakak.. Saya bru umur 16 tahun.. Saya slalu sakit gigi depan, nak sentuh mesti sakit yg amat sngt.. Nk mkn ke nak berus gigi ke. Mesti sakit sgt.. Esok 15/1/15.. Sya akan jalani rawatan itu.. Sya ingin bertanya, adakah rawatan itu sakit ?? Sebab sya takut jarum dan alat-alat yg akn digunakan itu..

    • Sakit tu memang tak lah ..tapi time injet tu yang sakit …sbb sis pon bru jer hbis buat ..truskn lha demi gigi kita ni baik2 jer hehe…

  14. Askum, pd 18/12/14 sy br buat rawatan akar (RTC) kat klinik pgigian kapar klang. Pertama sy buat tampalan lps tu doc syorkan buat rtc coz sbelah gg da ilang. Masa buat tu doc xray dulu br bg enjek pelali sbyk 3x lps tu baru buat tp time buat sy tutup mata dan hanya rasa je apa yg doc buat. Rasa sakit sket so doc stop dan tggu lg sbulan br buat tp doc kata klu rasa sakit kena trus ke klinik. Tp alhamdulillah tak sakit pula. Time buat tu sakitnya mcm d cucuk2 je tak la teruk sngt mcm sakit gg yg da buruk. So skrg ni sy masi lg dlm proses RTC. RM3 rasanya mana2 klinik pegigian pun ada n gg dpn pun bole buat jgn cabut syng. Cuci gg pun ada buang kuning2 gg yg blah dlm tu hanya RM4. Macam2 ada

    • waalaikumussalam.. terima kasih sebab kongsi pengalaman.
      Memang macam menyeramkan kan dengar kena wat RC.. tapi sebenarnya takde la seseram yang dibayangkan tu. Sue memang pejam mata time doktor tengah buat rawatan, xnak tengok alat2 yang dia guna dan nak elak mata dari terkena percikan ubat yang digunakan.. hehe.. tapi seriouslay tak sakit pun, biasa je.

  15. hai,,nak tya ne,kat mna klinik gigi kerajaan yg ada buat rawatan akar gigi eah? sya tggl kat area2 shah alam.

  16. bagus laaa maklumat akak ttg rawatan akar gigi ni..hari ni dah terselamat gigi sebatang saya tidak dicabut doktor gigi. doktor tu tahu nak cabut gigi saja grrrrrrrr
    terima kasih akak!!!!

      • boleh saya tahu pakar gigi mana yg pernah akak pergi?
        saya dah search kat website kesihatan tu tapi tak de maklumat langsung kat mana saya boleh jumpa doktor pakar tu?
        area KL and selangor ada tak?

        • Boleh pergi kat mana-mana klinik pergigian kerajaan. Diorang memang ada buat macam-macam jenis rawatan gigi. Kalau diorang takleh buat baru doktor akan mintak pesakit refer kat mana-mana klinik gigi lain.

          Proses nak siapkan rawatan lambat sikit la sebab klinik kerajaan kan ramai pesakit, memang kena tunggu turn. Kalau nasib baik dapat cepat.

          • Nampaknya saya terpaksa bertanya pihak Bahagian Rawatan Gigi Kementerian Kesihatan lah kat mana pakar gigi yg boleh saya rujuk. Nak tanya doktor yg nak cabut gigi saya tu saya malu so kena ada plan lain lah pulak.
            Saya tak kisah menunggu turn sbb org melayu kenalah sabar..sabar itu separuh daripada iman. tak nak cepat2 biar doktor buat sebaik2nya kerja tu so lambat2 pun okey

  17. kalau gigi berlubang boleh ke nak buat root canal kemudian tampal gigi tersebut semula, problemnya gigi tu berlubang besar dan ada serpihan tepi gigi yang dah pecah

  18. Hari ni baru sedar gigi saya dah patah setengah. Gigi saya ni memang sebahagian besarnya dah kena tampal. Sekarang terus retak! Takut jugak rasanya. Takut sakit dan takut kosnya yang mahal. Sebab tu buat research online, nampak blog ni 🙂 Nampaknya klinik pergigian kerajaan ada jugak buat benda2 camni dan bukan setakat cuci dan tampal gigi je. Nasib baik lah. Sebab kalau buat kat klinik swasta mesti beratus ringgit ni. Thanks for sharing. Harap2 klinik pergigian kerajaan kat Penang boleh tolong.

  19. Adehhhh, kalau bab gigi ni memang la sakit. rasa nk hilang nyawa sakitnya. lepas ni nk kena pegi check gigi. sbab gigi geraham dok rasa ngilu je skrg ni…

  20. Slm..nk tyr…awak buat klinik gigi mane?saya mnglmi mslh yg sama…kne buat root canal…

    • ok la tu bayar 20% je.. saya pun kena pergi klinik lagi nanti.. buat kat klinik gigi kerajaan je sebab bayar murah sikit.. hehe

      • Salam kak sue,

        Saya elly. saya pn br skt gg mcne akak ceritakan tu..sakit xpyh ckp la. sy br g klinik kesihatan smlm n doktor sah kan kn bt x-ray rwtn akar gg.mula2 dgr doktor ckp prt dh rs kecut apatah lg gusi bdenyut2 menanggung skt. blh akak berikan tips x nk mhdpi keadaan ini? sy ada appointment hjg bln ni nk bt x-ray kn @ x bt rwtn akar.tq kak..

        • tips? relax je.. hehe.. tak rasa sakit sangat pun. Ada sesetengah patient tu siap boleh tidur time tengah buat rawatan. Bila doktor dah cuci kali pertama akar tu memang tak kan rasa sakit dah sebab urat akar tu dah takde, akar tu yang bawa deria sakit sebenarnya.

          Doktor memang akan buat Xray gigi dulu nak pastikan keadaan gigi.. kalau ada nampak kesan-kesan perlu buat rawatan baru dia akan buat. Dan setiap kali nak buat rawatan memang dia akan xray dulu gigi tu nak pastikan tempat mana nak kena buat dan kesan kepada gigi selepas rawatan sebelumnya.

          relax je okey.. 🙂

          • nak tanya kalau kat klinik kajang tu boleh terus pergi ke atau kena buat appointment?

            memang dia ada buat rawatan akar gigi ?

            sakit ke? hehe

            • pergi dulu.. dia akan check pastu kalau perlu buat rawatan baru dia akan bagi tarikh baru untuk rawatan tu..

              untuk rawatan akar gigi semua klinik gigi kerajaan ada buat kalau tak silap sue.

              tak sakit pun. siap bleh tertido bagi sesetengah pesakit tu. hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *