Sagitaurus.com

Bukan Blog Zodiak

  • Home
  • Penulis
  • Sitemap
  • Hubungi
  • 20/02/2019




You are here: Home » Santai » Fridge Magnet Bentuk Makanan Sedap

Fridge Magnet Bentuk Makanan Sedap

Ditulis oleh Suraya CMZ pada 18/04/2012

  Tweet    

Fridge magnet bentuk makanan sedap

Wahhh.. Lamanyeerrr blog ni terabai sampai penuh sawang dah *sapu-sapu sawang*. OK, siap! Hari tu Sue pergi jalan-jalan kat pekan Kajang dengan encik tunang. Kitorang kalau keluar dating takde tempat lain nak pergi. Kajang Bangi Kajang Bangi. Kalau jauh sikit pergi Putrajaya takpun The Mines kat Serdang. Shopping mall je jadi tempat kitorang selalu jalan-jalan sambil cuci mata window shopping.

Masa dating hari tu, encik tunang ajak pergi tengok-tengok barang kat tingkat paling atas dalam Metro Kajang. Kalau tak silap Sue nama kedai tu ‘HOT MARKET’. Kat situ ada banyak jual barang-barang murah dan cantik-cantik. Rasa kelakar pulak bila kitorang pusing-pusing lama betul kat bahagian yang ada jual fridge magnet, yang biasa orang lekatkan kat peti ais tu. Fridge magnet kat situ berbentuk makanan yang nampak sedap dan menyelerakan.

Fridge magnet bentuk makanan sedap

Ada fridge magnet berbentuk roti, donut, burger, roti sosej, kek, cupcake, dan macam-macam lagi. Nampak sedap. Rasa nak makan je. Ada sesetengah fridge magnet tu kalau kita cium bau dia memang bau sebijik macam makanan betul. Tu yang buat jadi rasa nak makan. Macam mana la orang yang buat fridge magnet ni boleh buat bau dia sama macam makanan betul.

Fridge magnet makanan sedap

Fridge magnet sedap

Sedap pulak tengok fridge magnet ni. Fridge magnet yang bentuk donut tu buat Sue teringat donut Big Apple. Kalau boleh makan mesti best. Hehe.. Fridge magnet ni kalau pegang rasa lembik-lembik je sebab diperbuat daripada span agaknya.

Aiskrim

Aiskrim pun ada. Tapi rasanya yang ni bukan fridge magnet. Mungkin untuk hiasan letak atas meja, tepi TV dan sebagainya. Nampak menarik jugak kalau ada hiasan macam ni dalam rumah.

Fridge magnet bentuk burger

Hampir 1 jam jugak Sue dan encik tunang pilih-pilih fridge magnet yang nak dibeli. Semua nampak cantik sampai tak tahu nak pilih mana satu. Akhirnya kitorang pilih 3 bentuk fridge magnet. 3 fridge magnet harga dia cuma RM10. Kalau yang besar sikit harga dia RM5 satu.

Fridge magnet HOT MARKET

Comel kan fridge magnet bentuk makanan ni? Nanti nak beli bentuk makanan yang lain pulak. Lekatkan kat peti ais biar penuh sampai tak nampak peti ais. Hehe..


Artikel Lain Yang Menarik:

  1. Satay Menara Lembut dan Sedap
  2. Pening Nak Pilih Beg Tangan
  3. Tauhu Telur Goreng Sedap
  4. Cermin Mata Baru Dr. Specs


  Tweet    

Filed Under: Santai Tagged With: barang hiasan rumah, fridge magnet, hiasan peti ais, kedai barang murah, kedai hot market

Tentang Penulis

Seorang pereka grafik di sebuah institusi pendidikan, gemar luangkan masa di Facebook / Twitter. Anda suka artikel ini? Sila tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini dan dapatkan artikel terbaru terus ke 'feed reader' anda.

Previous article:
Wordless Wednesday #5 – Gadget Tahun Baru 2012
Next article:
Buku “Khalifah Ganti Superman”

3 Comments

  1. klANA says

    14/05/2012 at 3:53 PM

    nampak real.. macam makanan betul2.. nyum2 :cheerful:

  2. ejam says

    19/04/2012 at 7:58 AM

    siap ada misi nak ubah ciri-ciri fizikal sebuah peti ais sampai hilang identiti…hehe
    kalau beli sebiji kek tu tak berat ker pintu peti ais tu nnt.. 🙂
    Entri terbaru di blog ejam — Kali ini Haq tidak menangis pun

    • Suraya says

      19/04/2012 at 1:00 PM

      @ejam, suka sgt kumpul fridge magnet yang macam2 bentuk.. hehe.. kek yang boleh lekat kat peti tu kek kecik je.. kek yang besar rasanya takde magnet..
      Entri terbaru di blog Suraya — Fridge Magnet Bentuk Makanan Sedap

Penulis

Entri Terkini

  • Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • Farewell Party Rakan Sekerja
  • Beli Barang Harga Murah di Chilindo
  • Ikan Terubok Masin Sarawak
  • 10 Tips Berguna Kepada Ibu Bapa Dari Child Psychiatrist

Komen Terkini

  • murali on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • Cetusan Suara on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • jane on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • Ksjb on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • Berita on Beli Barang Harga Murah di Chilindo

Hakcipta Terpelihara © 2019 — Sagitaurus.com
Dikuasakan oleh WordPress · Design oleh Anarm Network ♥