Samsung Galaxy Note Gadget Impianku

Gadget Impian - Samsung Galaxy Note

Alhamdulillah.. Berjaya tercalon sebagai salah seorang peserta Contest Gadget Impian anjuran blog Denaihati. Selama ni Sue tak pernah pun terfikir tentang impian miliki gadget idaman yang power, canggih, mahal atau sebagainya. Tapi, kalau diberi peluang untuk miliki gadget tersebut, apa yang Sue nak adalah gadget impian Samsung Galaxy Note.

Kenapa Gadget Impian Samsung Galaxy Note?

Kenapa Sue nak sangat Samsung Galaxy Note? Pertamanya sebab fungsi yang terdapat pada peranti tersebut. Sue rasa kalau dapat miliki gadget impian Samsung Galaxy Note, hidup semua orang akan jadi lebih teratur, menghiburkan dan lebih bermakna. Segala kerja harian dapat diuruskan secara teratur dan sempurna dengan adanya bantuan fungsi-fungsi hebat yang terdapat pada Samsung Galaxy Note. Jom tengok macam mana hebatnya fungsi Samsung Galaxy Note dalam hidup seseorang melalui video ni.


Phone? Tablet? It’s Galaxy Note! Ideal for Business, Social, Creative, and more ways that you can use the Note!

Samsung Galaxy Note miliki semua ciri smartphone, tablet, planner, notepad, game dan lain-lain lagi. Apa yang Sue paling suka dengan Samsung Galaxy Note ni sebab dia ada “Pen”. Hehe.. Dulu teringin sangat nak miliki PDA. Ada pen senang sikit nak tulis idea untuk entri blog atau apa saja perkara yang terlintas di fikiran. Nak menaip guna ‘keypad’ atau ‘keyboard’ kadang-kadang rasa macam susah dan malas. Bila dah ada pen, dapat tulis nota-nota yang perlu diingat tu, takde la asyik terlupa je kan. Nak tulis senarai barang shopping pon boleh.  

Samsung Galaxy Note menggunakan sistem operasi Android. Banyak aplikasi Android yang boleh membantu kehidupan seharian seperti aplikasi untuk kira-kira akaun, untuk kerja-kerja office, planner, aplikasi waktu solat, aplikasi untuk tengok harga emas semasa, dan lain-lain. Tambahan pula, aplikasi-aplikasi tu PERCUMA je untuk dimuat turun dan dipasang dalam peranti Android.

Akhir sekali, kalau Sue berpeluang miliki gadget impian Samsung Galaxy Note, boleh la guna untuk tengok movie. Seharian bekerja, kemudian penat menunggu tren KTM, bila dah sampai rumah kalau dapat tengok movie sambil baring memang best. Paparan skrin sebesar 5.3 inci dah cukup untuk hiburan di rumah. Hidup zaman sekarang ni kalau takde hiburan memang bosan. Sebab tu Sue nak sangat Samsung Galaxy Note. Saiznya tak terlalu besar dan tak terlalu kecil. Senang dibawa ke mana-mana saja sumbat dalam handbag.

Samsung Galaxy Note Gadget Impianku

Entri ini adalah tugasan untuk Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.com, Anarm.net, eQurban.com, Silver Asia Sdn Bhd, Kedai Kak Siti, Rakan Niaga Al Ansar dan Serverfreak.


33 Comments

  1. says

    Sekali lagi jutaan terima kasih diucapkan kerana berjaya menjadi peserta Contest Gadget Impian peringkat 1 dan semoga berjaya. berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah s.w.t. insyaAllah.

    Sentiasalah melawat Denaihati untuk mengetahui update terkini contest dari masa kesemasa.

Trackbacks