Hari Kemerdekaan Malaysia Ke 53

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!” Bagitulah laungan daripada Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama, Tunku Abdul Rahman pada tanggal 31 Ogos 1957 sempena Pengisytiharan Hari Kemerdekaan Tanah Melayu (Malaysia).

Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Yang Ke 53

Laungan ‘MERDEKA’ yang diulang sebanyak 7 kali dilakukan di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya.

Satu detik yang bersejarah bagi Malaysia di mana bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru.

Diikuti pula dengan seruan azan sebagai simbolik lahirnya sebuah negara baru yang bebas daripada kuasa penjajah dan tembakan meriam sebanyak 101 das.

Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Malaysia

Hari ini, Malaysia menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke-53 tahun dengan membawa tema “1 Malaysia Menjana Transformasi”.

Selama 53 tahun Malaysia hidup dalam kemakmuran dengan rakyatnya yang berbilang bangsa, berbilang kaum, berbilang agama.

Semua bersatu tenaga dan bersatu hati dalam merealisasikan matlamat negara Malaysia ke arah sebuah negara maju dan membangun.

1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

Kini Malaysia telah mencapai tahap yang amat membanggakan dari segi kemajuan ekonomi, sosial, pentadbiran, politik, komunikasi dan sebagainya.

Kemajuan ini terhasil dari usaha gigih pemimpin-pemimpin Malaysia terdahulu dan sekarang yang tabah dalam menghadapi segala kesulitan dan kepayahan.

Keupayaan para pemimpin Malaysia dalam mentadbir negara seharusnya dikagumi.

Formula-formula yang digunakan dalam mentadbir negara Malaysia ini telah membuahkan hasil yang perlu disyukuri oleh kita sebagai rakyat Malaysia.

Sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-53 ni, seperti biasa, pelbagai aktiviti dan program kemerdekaan akan berjalan sebagai memperingati pahit maung Malaysia dalam mencapai kebebasan daripada kuasa penjajah.

Namun begitu, adakah kemerdekaan ini membawa sebarang erti dalam diri setiap rakyat Malaysia?

Kemerdekaan Dulu dan Sekarang

  • Generasi hari ini hanya mahukan keseronokan khususnya ketika sambutan kemerdekaan diadakan tetapi tiada pengisian dalam perspektif merdeka yang jelas.
     
  • Sekarang semua orang perlu disuruh setiap hari untuk pasang bendera, tiada lagi kemeriahan pasang bendera seperti satu ketika dulu.
     
  • Generasi muda tidak faham perjuangan kemerdekaan yang sebenar. Mereka hanya mahukan keseronokan dan keriangan sahaja. Kalau pergi buat ceramah mereka hanya beri perhatian pada kisah-kisah yang ngeri sahaja, tetapi kosong.
     
  • Generasi hari ini juga kurang prihatin dengan semangat kemerdekaan. Oleh itu banyak berlaku gejala sosial.
     
  • Walaupun kita sudah merdeka, tetapi generasi muda hari ini masih lagi dijajah dengan anasir tidak sihat tetapi mereka tidak sedar. Kita jangan mudah lupa diri dan rasa selesa dengan kesenangan yang dinikmati sekarang.
     

Begitulah pandangan Yahya Shafii (pesara Tentera Diraja British) tentang kemerdekaan dulu dan sekarang.

Betapa rendahnya akhlak generasi muda Malaysia sekarang ni disebabkan tiada semangat kemerdekaan dalam diri setiap daripada mereka.

Hargailah titik peluh dan titisan darah pejuang yang rebah ketika menggalas senjata bermati-matian menuntut kemerdekaan bumi berdaulat ini.

5 Comments

  1. Mereka tak rasa pahit getir nenek moyang kita berjuang nak dapatkan kemerdekaan..jangan sebab kita generasi zaman datang lak yg x dpt rasa nikmat kemerdekaan

    • @Dedoku: a’ah.. btol tu.. bleh sbnrnye nk tau cmne rasa pahit getir perjuangan mereka.. bnyk skrang ni drama2, filem yang dibuat tentang peperangan utk mendapatkan kemerdekaan, tgk je cerita2 tu.. tp klu stakat tgk je tp xmenghayati, mendalami maksud disebaliknnye pun xguna gak kan..?

      tgk cite cinta, komedi, peperangan omputih wat bleh lak hayati.. siap nangis2 lg.. yg tempatan ni ntah tgk ke tidak, sbb tu jd mcm skng ni, xreti nk menghargai nikmat kemerdekaan.

      sue lak mmg xleh tgk cite psl merdeka ni.. mst sedih, nangis, takut tgk penderitaan diorang.. dapat rasa cmne org dlu2 berjuang utk hidup.. Alhamdulillah sue lahir lepas merdeka, klu x tak tau la cmne seksanya kehidupan dlu. =(

      • @Suraya,
        Pendedahan semangat patriotik menerusi pendidikan memang penting rasanya. Dulu pun masa sekolah ada jugak cikgu
        sejarah tayangkan cerita2 sempena merdeka ni. Memang satu pendedahan yg bagus. Amat berterima kasih kat cikgu tersebut 8)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *