Jom Shopping kat KLIA2

Semalam encik suami share satu giveaway anjuran Indulge Malaysia Airports sempena pembukaan KLIA2.

Apa yang perlu buat cuma shopping di KLIA2 dengan RM5,000 kredit yang diberikan secara percuma. Shopping online je kat laman web WhatsInYourBag.my.

Kalau terpilih sebagai pemenang, barang-barang yang kita pilih tu akan jadi milik kita. Tak perlu keluar duit pun. Best kan?

What's In Your Bag giveaway KLIA2

Dengan kredit RM5,000 tu kita boleh pilih apa saja produk pelbagai jenama yang ada dalam laman web tu.

3 kategori produk disediakan iaitu Fashion, Electronics dan Gift Ideas.

Banyak sangat barang sampai tak tahu nak pilih.

Kalau berminat nak join giveaway ni, caranya senang je :

  1. Pergi ke laman web retail KLIA2 di www.WhatsInYourBag.my
  2. Register akaun di laman web tu, masukkan email dan tunggu email pengesahan.
  3. Lepas akaun dah disahkan, RM5,000 kredit akan diberi untuk pilih produk atau barangan yang anda suka.
  4. Bila dah siap pilih barang, klik ‘Check out‘ kemudian isi butiran diri seperti nama penuh, nombor IC dan nombor telefon.
  5. Lepas tu anda akan dimasukkan ke dalam senarai cabutan bertuah untuk memenangi barangan berharga RM5,000 yang telah anda pilih.

Indulge KLIA2 contest RM25,000

Hadiah Bernilai RM25,000 Membeli-Belah di KLIA2

Setiap penyertaan juga layak untuk menang hadiah cabutan bertuah bernilai RM25,000 membeli-belah di KLIA2. Macam-macam boleh beli dengan RM25,000 untunglah siapa yang bertuah menang hadiah tu.

Contest ni bermula dari 9 Jun 2014 – 23 Jun 2014. Masih ada peluang untuk cuba. Setakat hari ni dah 11 orang menang barangan berharga RM5,000 yang mereka pilih.

JOIN NOW! Layari laman web www.WhatsInYourBag.com sekarang untuk daftar dan pilih produk yang anda nak.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *