Resepi Mudah Koktail Buah-buahan

Resepi koktail buah ni Sue belajar dari kakak ipar. First time makan yang dia buat terus terpikat dengan menu koktail ni. Belajar buat ni sebab en. suami mintak Sue buatkan. Dia makan resepi koktail buah ni masa majlis kawin kitorang dulu. Sedap katanye, tu yang mintak buatkan lagi untuk dia.

So, Sue nak share lah dengan korang resepi mudah koktail buah-buahan. Memang sangat mudah terutamanya bagi orang yang tak berapa pandai masak macam ni Sue ni.. :D

Inilah resepinya. Senang, murah lagi sedap.. nyum.. nyumm.. nyummm.. dan yang paling penting en.suami suka. :)

bahan koktail buah

Bahan-Bahan:
2 tin susu cair
1 tin laici / longan
1 tin buah untuk koktail
Nata de coco
Sumi Jelly
sedikit bahan perasa (gula dan garam)

nak tambah buah-buah lain pun boleh. Ikut selera korang

Cara-caranya:

  1. Campurkan susu cair, air longan, air buah koktail, air nata de coco (ambil air sahaja, buah asingkan dalam bekas lain)
  2. buah campuran koktail

  3. Masukkan sedikit gula (untuk tambah manis, jika suka) dan secubit kecil garam.
  4. Kacau campuran tadi sehingga gula dan garam hancur atau boleh juga panaskan/masak di atas dapur untuk seketika.
  5. Jika dimasak, sejukan dahulu barulah boleh masukan isi buah yang diketepikan tadi bersama sumi jelly.
  6. Letakkan ais, sedia untuk dihidangkan.

Untuk lebih sedap, sejukan campuran koktail buah tadi di dalam peti ais terlebih dahulu. Jika suka makan tanpa ais, tak perlu tambah gula dalam koktail kerana campuran telah sedia manis.

koktail buah sagitaurus

Kenapa perlu tambah sesudu dua gula jika makan dengan ais?.. sebab nanti ais cair jadi tawar pulak rasa koktail tu.

Sue lebih suka masak campuran susu dan air-air buah tu sebab nak pastikan campuran tadi betol-betol masak. Yela, benda dalam tin ni kita tak tau cara proses die. Ntah-ntah tak masak pun, just letak air biasa.

Kalau korang nak masak/panaskan sekejap campuran tu pastikan kacau dulu campuran biar sebati pastu baru masak sekejap dengan api perlahan. Sesetengah campuran air buah tu akan berketul-ketul ketika dimasak kalau campuran belum sebati. Terkejut kot tiba-tiba panas sebab tu tak nak sebati bersama mereka. hehe.

Pastikan juga campuran tu sejuk dulu baru boleh masukkan isi buah-buah tadi, kalau tak air koktail tu jadi berketul-ketul, nampak tak cantik koktail kita nanti. Kalau nak lagi senang tak perlu masak, dah dicampur semua bahan-bahan tu, dikacau sebati terus je masukkan buah, letak ais dan bleh makan. nyum..nyum.. :D

Senang je kan resepi ni? Selamat mencuba… :)

Nota: Boleh guna apa-apa buah dalam tin atau perisa nata de coco yang korang suka, cuma untuk buat air koktail hanya ambil air yang jernih sahaja. Air yang berwarna seperti perisa strawberry, kiwi atau lain-lain perisa, hanya ambil isi buahnya sahaja. Kalau campur semua sekali air yang jernih dengan yang berwarna, hasilnya koktail berwarna pulak. Tapi jika korang memang suka berwarna boleh aje nak buat macam tu pun. Ikut citarasa korang lah :D

Hidangan untuk 5 – 6 orang


POLISI KOMEN :
Komen yang ditulis mestilah menggunakan bahasa yang sopan dengan ejaan yang mudah difahami. Pemilik SAGITAURUS.COM tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca di setiap artikel yang diterbitkan di blog ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sepenuhnya. Komen berbentuk SPAM akan didelete serta merta!

Kongsikan Komen / Pendapat Anda

CommentLuv badge

12 Comments