Shopping di Zalora, Cash On Delivery

Zalora, nama yang tidak asing lagi bagi kaki shopping secara online. Zalora banyak menawarkan pilihan fesyen pakaian, kasut, beg, aksesori dan lain-lain dengan harga yang sangat berpatutan.

Dah lama sebenarnya Sue tak shopping kat Zalora sejak wujudnya banyak website online shopping yang lain. Bukan takde barang best cuma item yang Sue nak biasanya cepat habis.

Almaklumlah dengan saiz Sue yang kecil ni susah nak dapat item yang sesuai. Bila ada yang Sue dah berkenan, barang pulak habis stok.

Zalora coupon discount Astro

Kebetulan Encik Suami dapat kupon diskaun Zalora percuma RM50 daripada Astro. Sue pun ‘pau’ la dari dia. hihi..

So apa lagi, dok hadap web Zalora la sepanjang malam cari barang yang berkenan.

Ingat nak beli barang cukup-cukup guna kupon diskaun je. Tapi bila dah menghadap mula la berkenan dengan barang itu barang ini. Nasib baik jugak lepas check banyak barang yang Sue berkenan dah pun habis stok.

Selamat duit.. hehe.

Dalam takde stok tu akhirnya terbeli jugak sepasang Wedges dengan Paisley Skirt.

Malam tu jugak beli. Pukul 11.30 malam kalau tak silap Sue order. Beli cepat-cepat takut orang lain sambar dulu, kang melepas lagi.

Wedges dan Paisley Skirt dari Zalora
Nasib baik sempat beli Wedge saiz 35 dengan skirt pattern macam ni yang warna purple

Cash On Delivery

Disebabkan dah lama tak shopping kat Zalora, Sue tak tahu pulak Zalora ada buat servis Cash On Delivery. Biasa bayar dulu. Patut la masa tengah ikut step by step nak order tu takde pulak mintak suruh buat payment.

Pelik jugak mula-mula tu. Ingat Sue dah salah buat. Nak buat balik tengok-tengok barang yang Sue nak tu dah out of stock.. Fuhhh… Frust beb. Dah la Sue ni susah nak jumpa barang yang berkenan tiba-tiba dah habis pulak. Dah nak bayar dah pun.

Tapi.. Tergerak hati nak check “My Order” kat akaun Zalora Sue. Rupa-rupanya Sue dah berjaya order barang tu. Tengok status barang tulis “order processing“.. Wahh sukanya.. hehe..

Tengok bahagian cara bayaran dia rekod COD. Maknanya dah dapat barang baru bayar. Nasib baik tengah cuti. Ada la orang kat rumah nak terima barang tu.

So, next time nak shopping lagi kat Zalora kena check masa dulu. Pastikan ada orang masa barang tu dihantar, tak pun buat alamat ofis je.

Hari kedua barang yang Sue beli pun sampai. First time ni Sue beli guna cara COD. Alhamdulillah barangnya ok, cantik.

Saiz wedges pun ngam-ngam dengan kaki Sue. Skirt pun cantik macam dalam gambar. Kualiti kain pun bagus. Memang puas hatilah beli barang kat zalora kali ni. 🙂

Wedges dan Paisley Skirt dari Zalora

Kebanyakan barangan yang dijual secara online sekarang ni banyak yang saiz standard.

Sue cadangkan pihak Zalora dapat sediakan item bersaiz kecil dengan kuantiti yang lebih banyak. Rasanya ramai juga pelanggan kat luar sana yang alami masalah seperti Sue, susah dapat saiz kecil terutamanya kasut, baju dan seluar.

Pelanggan yang nak barang bersaiz extra besar pun mungkin ada masalah juga nak dapatkan barang yang sesuai dengan mereka.

Apa-apa pun, happy shopping kepada kaki online shopping. Yang penting jangan simply beli je. Check dulu saiznya, zoom dulu gambarnya, kurang-kurang boleh agak kualiti barangan tu macam mana.

Paling best, kalau tak puas hati dengan barang yang dibeli, kita boleh return balik barang tu sekiranya saiz terlalu kecil atau besar, kualiti barang tak berapa elok, tak suka barang tu, Zalora tersalah hantar barang, barang rosak, atau sebagainya.

Zaman sekarang ni duduk kat rumah pun boleh shopping. Walau bagaimanapun, kita kena bijak berbelanja jugak. Jangan boros sangat beli barang online. Tahu la barang online ni banyak yang harga murah-murah kan…

7 Comments

  1. Akak mcm mana nak tau saiz tu available lagi ke tak…saya nak plh saiz tpi ada saiz dpt d tekan ada jugak yg tak dpt. So saya assume saiz yg dpt d klik tu msh ada stock. tpi dia cakap ‘only 2 items in stock’. Mksdnya saiz tu ade ke tak. confuse la pulak nie. Dahtu tkn lagi saiz lain n die ckp ‘curently available’. So mana satu yg dia akan ckp kalau saiz tu ade ke tak sbnrnya

    • biasanya kalau saiz tu masih ada, kita boleh klik masa nak ‘add to cart’. kalau tak boleh klik tu maknanya dah abis stok, so dia tak show.

      ‘only 2 items in stock’ maksudnya saiz yang dipilih tu tinggal 2 je lagi dengan diorang.. jika klik saiz lain tunjuk ‘currently available’ maksudnya produk untuk saiz tu masih ada lagi.

      harap penerangan ni dapat membantu.. 🙂

  2. Melaram dgn skirt dan kasut baru ler lepas ni kan.
    Tapi betul gak saiz yg terhad selalu buat wife saya keciwa nak beli barangan di Zalora.
    Harap2 mereka pertimbangkan cadangan org2 bersaiz comel ini yer…hehe.

    • melaram sudah semestinya.. haha.. dan yang paling teruja dengan kasut tu, bila pakai terasa tinggi bebenor.. jalan dengan en.suami baru rasa sama level ngan dia.. XD

      itu la kan.. susah nak shopping online, selalu je abis stok saiz kecik comel ni.. tu yang ada je trus book.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *