Sikap Seorang Muslim Terhadap Ibunya

Entri kali ni tentang sikap seorang muslim. Dipetik daripada email yang dah masuk dalam peti spam kat Gmail Sue. Rasa terharu dan rasa nak nangis jugak la bila baca isi email tu.

doa untuk ibu sikap seorang muslimEntri ni sekadar perkongsian semula. Mungkin ada di kalangan korang yang dah pon tau tentang kisah ni.

Mungkin kisah ni dah berkurun lama tersebar kat internet, cuma Sue sorang je yang ketinggalan. Mungkin juga entri ni lebih sesuai diterbitkan pada Hari Ibu sebab ianya berkisar tentang ibu.

Persoalannya, wajarkah penghargaan terhadap seorang ibu hanya dilakukan pada Hari Ibu?

Ibu.. Ibu.. Engkaulah ratu hatiku.. Bila ku berduka, engkau hiburkan selalu.. Ibu.. Ibu.. Engkaulah ratu hatiku..” Hehe.. Menyanyi pulak.

Meh baca kisah menarik ni. Sue copy paste dari email je.


Cerita saya ini merupakan kisah seorang bernama Smith yang telah menukar namanya kepada Muhammad Abdullah setelah memeluk agama Islam.

Dia yang berasal dari Chicago, kemudiannya berpindah ke Olympia telah menerima al-Quran daripada seseorang, dan ia telah membuka hatinya untuk memeluk agama Islam setelah bertanyakan banyak perkara kepada saya tentang Islam.

Setelah bergelar Muslim, saya kerap melihat dia menunaikan solat di masjid dan dia juga sentiasa memakai kopiah berwarna putih.

Pada satu hari, dia telah datang kepada saya dan memberitahu bahawa ibunya sedang sakit di Chicago. Dia memberitahu saya yang dia ingin menziarahi ibunya.

Kemudian dia menghubungi ibunya untuk memberitahu yang dia akan datang untuk bertemu dengannya.

Apabila tiba di rumah ibunya, ibunya membuka pintu dan berkata, “Adakah kamu Smith?“.

Tidak, Ibu. Nama ku sekarang ialah Muhammad Abdullah“, jawabnya.

Ibunya bertanya, “Adakah kamu seorang Muslim?“. Dia menjawab, “Ya, Ibu“.

Ibunya menjadi sangat marah dan bertanya mengapa dia mengikuti agama pengganas, yang penuh kekerasan, kekejaman dan sebagainya itu. Ibunya berleter tentang betapa buruknya agama Islam.

Muhammad Abdullah faham bahawa ibunya telah dipengaruhi oleh media.

Oleh itu, sementara dia tinggal bersama ibunya selama dua minggu, dia tidak pernah berbicara tentang Islam. Dia hanya menunjukkan Islam melalui tindak-tanduknya.

Dia memasak, membersihkan rumah, membawa ubat-ubatan, dan menemani ibunya sebelum dia pergi tidur.

Secara umumnya, dia telah berbuat baik dan mengambil berat terhadap ibunya. Apabila masuk waktu solat, dia meminta izin terlebih dahulu dan bersolat di sisi ibunya.

Sikap Seorang Muslim Berbuat Baik Terhadap Ibunya

Smith, mari ke sini” kata ibunya selepas dua minggu.

Tahukah kamu bahawa ketika kamu masih muda, ayahmu sentiasa membawa kamu ke gereja? Tetapi gereja tidak pernah mengubah gaya hidupmu. Bila kamu menjadi seorang remaja, kamu sering pulang ke rumah dalam keadaan mabuk, memanggil nama ku, dan mengeluarkan kata-kata kasar jika kamu pulang ke rumah dan tiada makanan,” tambah ibunya.

Tapi sekarang kamu benar-benar berubah. Kamu terbang dari Olympia datang ke sini, melintasi ribuan kilometer, sementara kakak dan abangmu yang tinggal di kota berdekatan ini hanya menghantar bunga padaku dan bercakap melalui telefon sahaja. Selain itu, kamu telah membuat aku berasa senang selama dua minggu ini.

Muhammad Abdullah berkata, “Ibu, ini adalah Islam. Adakah ibu tahu bahawa setelah Allah S.W.T meminta aku untuk menyembah-Nya, Allah juga meminta aku untuk berbuat baik dan bersikap baik terhadapmu? Dan Nabi Muhammad s.a.w juga ada mengatakan bahawa jika aku menyenangkan Allah tetapi aku tidak menyenangkanmu, aku tidak akan boleh masuk syurga. Muhammad s.a.w juga mengatakan bahawa syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu.

Lalu ibunya berkata, “Smith! Apa yang harus aku lakukan jika aku ingin menjadi seperti mu?

Smith menjawab, “Adakah ibu yakin sedangkan sebelum ini ibu mengatakan bahawa Islam adalah agama pengganas?“.

Ibunya berkata, “Ya, aku yakin dan pasti kerana Islam telah mengubah hidupmu. Islam juga telah mengubah keperibadian dan perilakumu, Smith.

Kemudian ibunya memeluk agama Islam setelah mengucap kalimah shahadah dan Muhammad Abdullah menambah lagi tempoh selama 2 minggu untuk tinggal di situ bagi mengajar ibunya cara menunaikan solat dengan betul dan mengajar asas ajaran Islam.

Pada tahun yang sama, dia pergi ke Mekah untuk menunaikan haji bersama saya. Setelah tiga bulan kembali dari Haji, dia mengatakan bahawa ibunya telah meninggal dunia.

Saya berkata kepadanya, “InsyaAllah dengan rahmat Tuhan dan kerana usahamu, dia akan diselamatkan dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, dan sekarang kamu boleh berdoa untuknya

Ya Allah, ampunilah segala dosaku dan dosa ibuku, dan rahmatilah ibuku sepertimana dia mendidikku sewaktu kecil.

Ibunya menjadi seorang muslimah kerana perbuatan baik dan perilaku anaknya. Semoga Allah menempatkan mereka bersama-sama di tempat yang indah. Amin..


Terharu tak baca kisah sikap seorang muslim terhadap ibunya tu? So, lepas-lepas ni berbuat baiklah kepada ibu kita sementara dia masih hidup dengan kita atas muka bumi ni.

Tak kira walau agama apa pon kita ni, ibu tetap sebahagian daripada hidup kita. Hargailah setiap pengorbanan yang ibu kita dah bagi kat kita, jaga kita bagai menatang minyak yang penuh, dari kecil hinggalah kita dah besar panjang sekarang ni.

Jangan pulak korang berbuat baik dengan ibu korang je tapi berkurang ajar dengan ayah korang. Jangan!

Buat baiklah dengan kedua-duanya sebab tanpa ibu, tanpa ayah kita takkan wujud di dunia ni.

7 Comments

    • @Cik Norfa: InsyaAllah, selagi iman masih teguh, kuat dalam diri, kita mampu mencegah diri dari melakukan perkara2 yang dilarang. Harapnye begitulah kan.. :8

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *