Fakta Yang Ramai Tidak Tahu

Tahukah anda tentang fakta-fakta di bawah ini?

Fakta 1
Cuba anda tengok zip seluar anda, tertera huruf ‘YKK’. YKK bermaksud Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang anda pakai sekarang ni.

Tahukah anda tentang YKK zip

Fakta 2
Bunyi ‘kuek‘ yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

Fakta 3
Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? Benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan jumlah yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

Fakta 4
Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

Fakta 5
Pada tahun 1830, ‘ketchup‘ (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.

Fakta 6
Tiada satu pun jam di kasino-kasino perjudian di Las Vegas. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi-penjudi dengan taruhan mereka.

Fakta 7
Kerana ketangkasan Bruce Lee, pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain !!

Bruce Lee

Fakta 9
Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh. Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada.

Fakta 10
Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketika anda menggunakan flush tandas.

Fakta 11
Jika nombor 111,111,111 didarab dengan 111,111,111. Anda akan mendapat jawapan 12345678987654321.

Fakta 12
Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

Fakta 13
Tanda ‘#’ di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan ‘octothorp‘.

Fakta 14
Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

Fakta 15
Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala!!

Fakta 16
Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.

Fakta 17
Nama yang paling banyak digunakan secara umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

Fakta 18
Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

Fakta 19
Produk pertama menggunakan bar code adalah ‘Wrigley’s gum‘.

Fakta 20
Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.

Fakta 21
Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

Fakta 22
Otak akan lebih aktif ketika tidur berbanding ketika anda menonton tv.

Fakta 23
Terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan bilangan penduduk-penduduknya.

Fakta 24
Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepaskan anda dengan serta merta.

Fakta 25
Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan ke dalam segelas ‘champagne’ segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula, dan turun kembali dan seterusnya, seakan dilambung-lambung.

Fakta 26
Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa (10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)

Fakta 27
Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah ‘flutterby‘.

Fakta 28
90 peratus dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta-fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.

Fakta 29
Tahukah anda senarai ini tiada no 8.

Fakta 30
Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk mengesahkan tiada no 8. Kan?

Hehe!! OK.. Dah! Pergi buat kerja.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *