Sagitaurus.com

Bukan Blog Zodiak

  • Home
  • Penulis
  • Sitemap
  • Hubungi
  • 23/02/2019




You are here: Home » Buat Duit » Tempah Qurban Secara Online

Tempah Qurban Secara Online

Ditulis oleh Suraya CMZ pada 01/10/2013

  Tweet    

Hari Raya Aidil Adha atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Qurban atau Hari Raya Haji bakal menjelma tidak lama lagi. Korang dah beli tiket balik kampung? Rasanya orang Kelantan je kot yang mintak cuti lama sikit raya ni kan? Al maklumlah, sambutan kat sana lebih meriah. Kalau di KL cuti pun sehari je kan pastu dah kena masuk kerja balik dah.

Jika dulu (masa bujang), Sue memang akan cuba apply cuti untuk Raya Haji ni sebab nak balik kampung makan daging bakar cicah air asam ramai-ramai dengan keluarga. Time ni lah kitorang adik beradik tak kena marah bila dok ratah daging je. hehe.. Ok, dah meleleh air liur terbayang daging bakar cicah air asam tu. XD

laman web eQurban.com

Kalau sebut Raya Qurban dah tentunya akan terbayang acara sembelih lembu, kerbau, kambing atau unta untuk ibadah korban kan? Percaya atau tidak, dengan kemudahan teknologi internet sekarang ni kita lebih mudah membuat tempahan Qurban secara online.

Antara syarikat yang menyediakan perkhidmatan melaksanakan ibadah qurban dan tempahan secara online ialah eQurban.com. Mereka mengambil tempahan dan menjalankan ibadah qurban serta aqiqah di Kemboja bagi pihak kita.

So, sesiapa yang sibuk dengan kerja tak ada alasan lagi untuk tidak menunaikan ibadah qurban setiap tahun bagi yang berkemampuan. Tidak ada alasan tiada masa atau tak cukup wang kerana InsyaAllah dengan melaksanakan ibadah qurban Allah akan memberikan rezeki yang lebih banyak dan mungkin pertolongan yang kita langsung tak terduga.

equrban korban di kemboja

Proses sembelih lembu oleh pihak eQurban

Kenapa di Kemboja, bukan di Malaysia? Kerana di Kemboja kehidupan mereka lagi susah dari rakyat kita di Malaysia. Bukankah telah disyorkan untuk melaksanakan ibadah korban di tempat yang sangat memerlukan terutamanya di kampung-kampung atau pedalaman yang daif, bukannya di bandar yang umat Islamnya setiap hari mewah dengan makanan.

Kalau korang nak tahu di Kemboja sebahagian besar umat Islam di sana hanya makan daging setahun sekali. Di Malaysia, kita hari-hari boleh makan daging, cuma nak atau tak nak je kan.

Bagi Sue kelebihan menyertai ibadah korban dengan eQurban ialah harganya lebih murah berbanding harga qurban di Malaysia kerana eQurban menternak sendiri lembu untuk qurban ni di ladang Stungstreng, Kemboja. Dan yang paling penting kita dapat melaksanakan ibadah korban kita di tempat yang betul-betul memerlukan di samping memudahkan kita menjalankan ibadah qurban walaupun tiada masa.

Harga Korban di Kemboja

Harga Qurban di Kemboja yang dilaksanakan melalui pihak eQurban.com adalah:

  • 1 Ekor Kambing – RM550 / 190 USD (International)
  • 1 Bahagian Lembu – RM250 / 85 USD (International)
  • 1 Ekor Lembu – RM1,750 / 595 USD (International)

Bagi sesiapa yang berminat boleh buat tempahan atau daftar penyertaan qurban sekarang secara online melalui laman web www.eQurban.com. Langkah-langkah membuat tempahan ada diterangkan di dalam laman web. Hanya ikut langkah-langkah yang diberi tu kemudian pihak eQurban.com akan uruskan setiap penyertaan qurban sehingga selesai.

Bukti Pelaksanaan Ibadah Qurban

Sebagai bukti, pihak eQurban akan menghantar Sijil Perakuan sebagai wakil melaksanakan ibadah korban tersebut berserta gambar-gambar berkaitan yang menunjukkan ibadah tersebut telah dilaksanakan kepada semua peserta.

sijil perakuan korban equrban

Contoh sijil dan gambar yang dihantar kepada peserta.

Tempahan untuk Ibadah Qurban tahun 2013 ni masih dibuka. Tarikh tutup tempahan dengan eQurban adalah pada 8 Oktober 2013 (hari Selasa). Selain ibadah Qurban, boleh juga buat tempahan untuk Aqiqah. Layari laman web eQurban.com untuk maklumat lanjut.

Jangan ingat shopping je boleh online tau.. nak buat Ibadah pun boleh secara online sekarang ni. 🙂

InsyaAllah, Raya Korban tahun ni Sue berpeluang bersama-sama team eQurban ke Kemboja bagi menyaksikan sendiri bagaimana pihak eQurban menjalankan ibadah qurban bagi pihak peserta yang telah membuat tempahan.


Artikel Lain Yang Menarik:

  1. Ibadah Qurban Bersama eQurban di Kemboja
  2. Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  3. Shopping Online di Nile.com.my
  4. Main Bersama Mr Ray


  Tweet    

Filed Under: Buat Duit, Isu Semasa Tagged With: bukti perlaksanaan qurban aqiqah, cara tempah qurban aqiqah dengan equrban, daging bakar cicah air asam, daging lembu, eQurban, harga korban di kemboja, hari raya korban, kembara kemboja, korban dan aqiqah, korban di kemboja, lembu harga murah, makan daging, sijil perakuan equrban, sijil perakuan korban, tempah qurban secara online, Tempahan Korban dan Aqiqah Secara Online

Tentang Penulis

Seorang pereka grafik di sebuah institusi pendidikan, gemar luangkan masa di Facebook / Twitter. Anda suka artikel ini? Sila tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini dan dapatkan artikel terbaru terus ke 'feed reader' anda.

Previous article:
Berkebun Rehatkan Minda
Next article:
Tahun Baru Tanggungjawab Baru

7 Comments

  1. sujaihah says

    23/10/2013 at 6:09 AM

    Baru terjumpa blog ni. Lambat dapat info tentang eQurban ni. Rugi rasanya.. tak apa, diharapkan tahun hadapan adalagi.. Boleh join.
    Entri terbaru di blog sujaihah — Jeragat oh Jeragat !

  2. sukma says

    03/10/2013 at 10:49 AM

    memang kat sana ibadah korban untuk seekor lembu murah sangat berbanding di sini….kalau ada rezeki boleh join e qurban…
    Entri terbaru di blog sukma — PIAGAM PUSASDA

    • Suraya says

      03/10/2013 at 5:54 PM

      Insha Allah.. tak buat dengan eQurban, buat kat sini pun takpe.. niat ikhlas tu yang penting. Kalau buat dengan eQurban boleh sama2 bantu penduduk kat sana.
      Entri terbaru di blog Suraya — Tempah Qurban Secara Online

  3. nurqider says

    02/10/2013 at 1:40 PM

    Assalamualaikum,

    Sekarang ni semuanya online dah, senang.
    Adakan duit je kan.
    Entri terbaru di blog nurqider — 7 Manfaat Utama Omega-3

    • Suraya says

      03/10/2013 at 9:25 AM

      Waalaikumussalam,

      Yup, betol tu.. ada ngan takde duit je skang ni.
      Agak-agak akan datang kita tak perlu kuar rumah dah kot, sume buat online je.. hehe
      Entri terbaru di blog Suraya — Tempah Qurban Secara Online

  4. Akuro San says

    01/10/2013 at 10:42 PM

    dapat pergi kemboja sekali tu… bagus, boleh lihat live lembu yg kita masukkan dlm bahagian qurban.

    • Suraya says

      03/10/2013 at 9:22 AM

      Alhamdulillah, rezeki tahun ni dapat pergi sana. Betul tu, nak sangat tengok macam mana proses korban kat sana, apa diorang buat lepas tu, dan nak rasai sendri bagaimana kehidupan diorang kat sana.
      Entri terbaru di blog Suraya — Tempah Qurban Secara Online

Penulis

Entri Terkini

  • Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • Farewell Party Rakan Sekerja
  • Beli Barang Harga Murah di Chilindo
  • Ikan Terubok Masin Sarawak
  • 10 Tips Berguna Kepada Ibu Bapa Dari Child Psychiatrist

Komen Terkini

  • Suraya CMZ on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • murali on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • Cetusan Suara on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • jane on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • Ksjb on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online

Hakcipta Terpelihara © 2019 — Sagitaurus.com
Dikuasakan oleh WordPress · Design oleh Anarm Network ♥