Sagitaurus.com

Bukan Blog Zodiak

  • Home
  • Penulis
  • Sitemap
  • Hubungi
  • 22/02/2019




You are here: Home » Contest » Tugasan Kedua Cabaran iPhone 5S anjuran Denaihati.com

Tugasan Kedua Cabaran iPhone 5S anjuran Denaihati.com

Ditulis oleh Suraya CMZ pada 15/09/2014

  Tweet    

Pagi tadi buka blog Denaihati nampak ada entri tentang Tugasan Kedua Cabaran iPhone 5S. Baru teringat Sue pun join jugak contest tu. Tugasan pertama kena buat entri bertajuk “iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger“.

Busy sangat sampai terlupa ada join contest. Maklum sajalah, Sue bila ada masa free je baru sempat nak tengok blog dan jalan-jalan ke blog orang lain. Sebab tu jugaklah blog ni pun jarang-jarang update.

Tugasan kedua Cabaran iPhone 5s anjuran Denaihati.com

Dalam entri blog Denaihati ada senarai peserta yang layak ke pusingan kedua contest ni. Ingatkan Sue dah tak layak. Bila tengok nama blog ni ada dalam senarai peserta yang layak, terus rasa macam ‘waaahhhhh‘. Rasa excited pulak. Hehe. Tak sangka entri tugasan pertama diterima oleh pihak penganjur dan layak ke pusingan kedua. Alhamdulillah.

Untuk tugasan kedua contest Cabaran iPhone 5S, para peserta yang layak perlu bersaing menjadi top 70 penulis komen di blog Denaihati. Kiraan komen bermula hari ni 15/9/2014 sehingga 15/10/2014.

Bermakna, ada masa satu bulan untuk Sue tinggalkan komen sebanyak mungkin di entri-entri dalam blog Denaihati. Susah jugak tu memandangkan Sue ni busy dengan kerja-kerja kat ofis. Balik rumah dah penat memang tak buat apa-apa. Dok tengok TV je layan cerita ‘Running Man’ yang Encik Suami download.

Contest Cabaran iPhone 5s anjuran Denaihati.com

Tapi… Oleh sebab Sue dah join contest ni dan sudah pun layak ke tugasan kedua, nak taknak kena usaha jugaklah buat apa yang termampu. Bila dah start buat sesuatu tak elok tinggalkan separuh jalan. Betul tak? Lagipun rugi kalau sia-siakan peluang yang ada ni. Nanti nak gi serang blog Denaihati dan bagi komen banyak-banyak kat blog dia.

GOOD LUCK SUE! Good luck jugak kepada peserta-peserta lain yang layak ke Tugasan Kedua Cabaran iPhone 5S ni.


Artikel Lain Yang Menarik:

  1. iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
  2. Contest Gadget Impian Denaihati.com
  3. Contest dan hadiah Laptop Acer Aspire One
  4. Samsung Galaxy Note Gadget Impianku


  Tweet    

Filed Under: Contest Tagged With: cabaran iphone 5s, contest denaihati, contest menang iphone 5s, top 70 komen denaihati, tugasan kedua iphone 5s

Tentang Penulis

Seorang pereka grafik di sebuah institusi pendidikan, gemar luangkan masa di Facebook / Twitter. Anda suka artikel ini? Sila tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini dan dapatkan artikel terbaru terus ke 'feed reader' anda.

Previous article:
Cara Mudah Buat Aiskrim
Next article:
Ibadah Qurban Bersama eQurban di Kemboja

3 Comments

  1. titan says

    25/09/2014 at 11:47 PM

    tak larat dah nak komen.

    banyak benar kena komen kalau nak kejar diorang.
    Entri terbaru di blog titan — Benda kalau dah SEDAP, mahal pun saya SANGGUP bayar.

  2. MamaBard says

    25/09/2014 at 12:14 PM

    Salam perkenalan dari saya.. Goodluck ye sue, semoga berjaya dalam contest ni..
    Entri terbaru di blog MamaBard — Tips Mendapatkan Jantung Yang Sihat

    • Suraya says

      25/09/2014 at 2:35 PM

      Salam perkenalan.. InsyaAllah kalau ada rezeki bolehlah menang contest ni..
      Entri terbaru di blog Suraya — Tugasan Kedua Cabaran iPhone 5S anjuran Denaihati.com

Penulis

Entri Terkini

  • Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • Farewell Party Rakan Sekerja
  • Beli Barang Harga Murah di Chilindo
  • Ikan Terubok Masin Sarawak
  • 10 Tips Berguna Kepada Ibu Bapa Dari Child Psychiatrist

Komen Terkini

  • Suraya CMZ on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • murali on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • Cetusan Suara on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • jane on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • Ksjb on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online

Hakcipta Terpelihara © 2019 — Sagitaurus.com
Dikuasakan oleh WordPress · Design oleh Anarm Network ♥