Sagitaurus.com

Bukan Blog Zodiak

  • Home
  • Penulis
  • Sitemap
  • Hubungi
  • 26 April 2018




You are here: Home » Promosi » Watsons Membership Card Percuma 200 Point

Watsons Membership Card Percuma 200 Point

Ditulis oleh Suraya CMZ pada 20 June 2012

Tweet

membership card watsons

Beberapa hari lepas Sue pergi Watsons bersama encik tunang nak beli produk pencuci muka dan penjagaan kulit. Yang lama dah nak habis. Encik tunang pulak nak beli perfume. Tengok-tengok ada diskaun la pulak kat Watsons. Terus ambil bakul, letak banyak2 barang dalam tu. Bila nak bayar abang cashier tanya “Taknak register Watsons membership card ke? Boleh kumpul point lepas tu boleh tukarkan point tu dengan barang atau duit“. Ermm.. (berfikir)

Bila tanya balik berapa kena bayar, abang cashier tu cakap RM12 dan boleh guna untuk seumur hidup. Encik tunang pun cakap “Ambik jela. RM12 je tu“. Sue pon menurut perintah bakal suami. :tongue: Lagipun kitorang selalu jugak datang beli barang kat Watsons. Sebelum ni tak rasa nak buat membership card lagi. Sekarang dah ada membership card ni boleh la kumpul point banyak-banyak setiap kali datang shopping kat Watsons. Nak apply membership card ni kena isi borang dulu kat situ. Lepas tu dapat kad dan jugak beberapa voucher. Best!

Sebelum balik encik tunang ajak lepak minum kat kedai mamak. Tengah2 minum tu nasib baik teringat abang cashier Watsons suruh register lagi sekali kat website Watsons untuk aktifkan membership card tu. Encik tunang pun tolong register dan aktifkan kad. 1st time kitorang bukak website Watsons. Lepas dah aktifkan kad dapat 200 point PERCUMA sebab aktifkan secara online! Yeayy.. Satu cara lagi nak aktifkan kad tu kena call nombor centre Watsons kot, tapi tak dapat la 200 point percuma tu.

Sign up membership card Watsons

Beg duit dah makin tebal penuh dengan kad bank, kad debit, kad TESCO, lepas tu tambah lagi dengan membership card Watsons ni. Kad kredit je belum ada lagi. Kalau ada mesti lagi seronok nak shopping. Hehe..


Artikel Lain Yang Menarik:

  1. Duit 50 Sen Baru Untuk Simpan Barang
  2. Kupon McDonald’s Chicken Foldover Promosi Ramadan Beli 1 Percuma 1 dari 6 – 15 Ogos 2012
  3. Balik Kampung Untuk Urusan Kahwin
  4. Pening Nak Pilih Beg Tangan

Tweet

Filed Under: Promosi, Shopping Tagged With: kad membership watsons, kumpul mata ganjaran, produk kecatikan watsons, shopping di watsons, watsons ada diskaun

Tentang Penulis

Seorang pereka grafik di sebuah institusi pendidikan, gemar luangkan masa di Facebook / Twitter. Anda suka artikel ini? Sila tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini dan dapatkan artikel terbaru terus ke 'feed reader' anda.

Previous article:
Album Duit Hantaran Kahwin
Next article:
Ramadhan Bakal Menjelma

4 Comments

  1. joe says

    31 July 2013 at 5:02 PM

    salam, macam mana nk dftar?..saya xde no passport?..huhu 🙁

    • Suraya says

      1 August 2013 at 9:25 AM

      wassalam.. lupa dah dia ada mintak no passport tak sebab dah lama sangat resgister ni.. tahun lepas.. promosi dapat 200 point tu pun dah takde kot. masa buat ni just isi borang simple je kat kaunter bayaran tu. kalau nak boleh la try gi tanya kat kaunter watson.
      Baca entri terbaru blog Suraya.. Main Bersama Mr RayMy Profile

  2. sweetkurma says

    21 June 2012 at 11:52 PM

    akak ni jenis tak rajin nak register untuk membership card…

    • Suraya says

      23 June 2012 at 6:46 PM

      @sweetkurma, tak rajin nak isi2 borang eh? hehe..
      Baca entri terbaru blog Suraya.. Watsons Membership Card Percuma 200 PointMy Profile

Penulis

Entri Terkini

  • Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • Farewell Party Rakan Sekerja
  • Beli Barang Harga Murah di Chilindo
  • Ikan Terubok Masin Sarawak
  • 10 Tips Berguna Kepada Ibu Bapa Dari Child Psychiatrist

Komen Terkini

  • Semakan Online on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • rujukan on Beli Barang Harga Murah di Chilindo
  • Su on Cermin Mata Baru Dr. Specs
  • Suraya on Tauhu Telur Goreng Sedap
  • Mulan on Tauhu Telur Goreng Sedap

Hakcipta Terpelihara © 2018 — Sagitaurus.com
Dikuasakan oleh WordPress · Design oleh Anarm Network ♥