Sagitaurus.com

Blog Peribadi Suraya, Bukan Blog Zodiak

  • Home
  • Penulis
  • Hubungi


You are here: Home » Santai » 31 Ogos 2013, Ulangtahun Pertama Perkahwinan

31 Ogos 2013, Ulangtahun Pertama Perkahwinan

Ditulis oleh Suraya CMZ pada 31/08/2013 10 Comments

Share on Twitter Share on Facebook Share on WhatsApp

Alhamdulillah, 31 Ogos menjelma lagi. Dan 31 ogos kali ni amat istimewa kerana ini merupakan tarikh ulangtahun pertama perkahwinan Sue dengan En.Suami.

Setahun yang lepas, tepat jam 9.24 pada malam 31 Ogos secara rasminya kami sah menjadi suami isteri. Kejap je rasa dah setahun rupanya kami kawin. Rasa macam pengantin baru je lagi.. hihi

majlis akad nikah perkahwinan

Ikatan Perkahwinan

Sepanjang setahun tempoh perkahwinan kami ni banyak yang telah Sue belajar. Belajar manage masa untuk keluarga dan kerjaya, belajar jadi lebih peramah terutamanya ketika berada bersama keluarga mertua (FYI, Sue ni pemalu orangnya tau..)

Belajar memasak, dan macam-macam lah lagi yang Sue belajar bagi menceriakan, membahagiakan dan mengharmonikan lagi rumahtangga kami.

anarm suraya 2013

Gambar terkini 🙂

Dah menjadi tradisi keluarga Sue kot, anak perempuan bila dah kawin akan bertambah “sihat” badannya. Tak percaya tengok lah badan Sue, makin “sihat” kan?.. hehe..

Bagi yang baru kenal Sue mungkin tak perasan akan “kesihatan” ni.

Tapi bagi kawan-kawan lama, ayat pertama yang keluar dari mulut diorang bila jumpa Sue, “wah! makin sihat ye kau sekarang“, “gemoknye mu loni” dan macam-macam lagi lah ayat yang seangkatan dengannya.

Apa-apa pun Sue suka akan “kesihatan” ni. Dah banyak isi. Kalau dulu bila pegang rasa tulang je.

Cuma sekarang ni kena kurangkan sikit berat badan sebab macam dah terlebih sudah. 😀

anarm suraya kahwin 2012

Untuk suami ku, sayang mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki jika ada perbuatan, tutur kata yang mungkin mengguris hati abang dalam sayang sedar atau tidak. Halalkan segala makan minum sayang selama ini ye.

Semoga ikatan perkahwinan yang kita bina ni akan kekal hingga akhir hayat kita, sentiasa dalam keberkatanNYA, sentiasa dipermudahkan segala urusan kita olehNYA, dan semoga Allah memakbulkan doa kita untuk mendapat zuriat secepat mungkin.. aamiin

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN kita yang pertama untuk suami ku Khairul Anam. Terima kasih abang untuk segala-galanya. I Love You!

ikhlas dari hati isteri mu. muaahh! 🙂

Ehh, terjiwang pulak kat sini.. takpe la kot skali skala.. hihi

Ok lah.. akhir kata, sempena 31 ogos ni, Sue juga nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN yang ke 56 kepada semua pembaca blog sagitaurus.com.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

logo merdeka 56

Share on Twitter Share on Facebook Share on WhatsApp

Artikel Berkaitan:

  • Cinta Pertama dan Yang Terakhir
  • Kupon McDonald’s Chicken Foldover Promosi Ramadan Beli 1 Percuma 1 dari 6 – 15 Ogos 2012
  • Balik Kampung Untuk Urusan Kahwin
  • Farewell Party Rakan Sekerja @ Mozer’s Subang Parade


Filed Under: Santai Tagged With: gambar kahwin, gambar suami isteri, logo merdeka 56, merdeka, sambutan hari kemerdekaan, ucapan untuk suami, ulangtahun perkahwinan, usia perkahwinan

Tentang Penulis

Seorang pereka grafik di sebuah institusi pendidikan, suka luangkan masa di Facebook dan Instagram. Anda suka artikel ini? Boleh tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini.

Previous article:
Resepi Sweet Corn (Jagung Manis)
Next article:
Photobook Album Gambar Kahwin

10 Comments

  1. sukma says

    24/09/2013 at 9:22 PM

    baru tahu rupanya wife Anarm….biasa terjah blog dia jer…wife dia pun ada blog jugak…..best kalau dapat sekepala dan sefahaman……happy anniversary………hehe

    Reply
    • Suraya says

      25/09/2013 at 10:03 PM

      mekasih ye 🙂

      camne boleh tahu ni? hehe

      Reply
  2. Nia Mk says

    03/09/2013 at 4:55 AM

    Selamat ulangtahun perkahwinan! Semoga kekal berkasih sayang hingga ke akhir hayat ya 🙂

    Reply
    • Suraya says

      25/09/2013 at 10:04 PM

      aamiin.. terima kasih ye 🙂

      Reply
  3. namia says

    01/09/2013 at 12:42 AM

    selamat ulangtahun perkahwinan yg ptama …
    semoga bahagia hingga akhir hayat hendaknya 🙂

    Reply
    • Suraya says

      02/09/2013 at 12:08 AM

      aamiin.. aamiin.. mekasih namia 🙂

      Reply
  4. KiD says

    31/08/2013 at 10:06 PM

    So sweet.. selamat ulangtahun pertama.. moga bahagia bersama sama hingga hujung nyawa..

    Reply
    • Suraya says

      31/08/2013 at 11:24 PM

      hihi.. mekasih ye

      Reply
  5. Eizil says

    31/08/2013 at 10:06 PM

    Selamat ulang tahun perkahwinan, semoga berkekalan selamanya… Aminn ya rabb

    Reply
    • Suraya says

      31/08/2013 at 11:22 PM

      aamiin.. mekasih eizil 🙂

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Buka Akaun Wahed Invest, Pelaburan Digital Patuh Syariah
  • Slow Juicer Untuk Buat Jus Dengan Mudah
  • Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • Farewell Party Rakan Sekerja @ Mozer’s Subang Parade
  • Beli Barang Harga Murah di Chilindo

Komen Terkini

  • nik on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • Nik on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • faizah on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • Sue Teong on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • Suraya CMZ on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Copyright © 2021 – Sagitaurus.com
Privacy Policy • Design by Anarm Network ♥