7 Nasihat Dari Kubur Buat Umat Islam

Assalamualaikum. Hari ni hari Jumaat, hari yang cukup istimewa bagi umat Islam, kerana sebaik-baik hari bagi umat Islam adalah hari Jumaat yang dikenali sebagai ‘Sayyidul Ayyaam’ (Penghulu Hari) yang paling utama dan paling mulia di sisi Allah swt.

Sempena hari Jumaat ni, Sue nak kongsikan 7 Nasihat Dari Kubur Buat Umat Islam. Marilah sama-sama kita muhasabah diri seketika dengan membaca artikel ni.

7 Nasihat Dari Kubur Buat Umat Islam

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya (berbuat baik) serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu tetapi mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah.” (Riwayat At-Tirmidzi)

7 Nasihat Dari Kubur Untuk Umat Islam

  1. Aku adalah tempat yang paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD.
     
  2. Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan SILATURAHIM.
     
  3. Aku adalah tempat yang paling sepi, maka ramaikanlah aku dengan perbanyakan membaca AL-QUR’AN.
     
  4. Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikkan, maka racunilah ia dengan amal SEDEKAH.
     
  5. Aku yang menyepitmu hingga hancur bilamana kamu tidak solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT.
     
  6. Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan PUASA.
     
  7. Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka persiapkanlah jawapanmu dengan perbanyakkan mengucap Kalimah “LAILAHAILALLAH“.
     

7 nasihat dari kubur ni mengingatkan kita tentang persediaan untuk menghadapi kematian. Sesungguhnya mati itu pasti.

Walaupun kita disarankan supaya sentiasa mengingati mati, tapi tak bermakna kita boleh meminta untuk mati.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Selain tu, Sue nak kongsikan 3 perkara dalam hidup yang perlu kita tahu.

3 Hal Dalam Hidup

  • Ada 3 hal dalam hidup yang tidak boleh kembali
    Waktu, Kata-kata dan Kesempatan
     
  • Ada 3 hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang
    Kemarahan, Keangkuhan dan Dendam
     
  • Ada 3 hal yang tidak boleh hilang
    Harapan, Keikhlasan dan Kejujuran
     
  • Ada 3 hal yang paling berharga
    Kasih Sayang, Cinta dan Kebaikan
     
  • Ada 3 hal dalam hidup yang tidak pernah pasti
    Kekayaan, Kejayaan dan Mimpi
     
  • Ada 3 hal yang membentuk watak seseorang
    Komitmen, Ketulusan dan Kerja keras
     
  • Ada 3 hal yang boleh buat kita berjaya
    Tekad, Kemahuan dan Fokus
     
  • Ada 3 hal yang tidak pernah kita tahu
    Rezeki, Umur dan Jodoh
     
  • TAPI, ada 3 hal dalam hidup yang PASTI
    Tua, Sakit dan Kematian.

Semoga bermanfaat.

2 Comments

  1. Mudah-mudahan kita semua tidak pernah lalai dan sentiasa merefleksi diri..IshaAllah..

    Terima kasih, entri yang berguna 🙂

Leave a Comment