Tentang SurayaSagi

Selamat datang ke blog surayasagi.com dan terima kasih diucapkan kerana sudi mengunjungi laman blog yang tak seberapa ni.

Pengenalan Surayasagi.com

Surayasagi.com merupakan laman peribadi pemilik blog (Suraya). Surayasagi.com wujud atas cadangan seorang insan yang ingin memulakan langkah ke dunia blogging. Beliau lah yang menjerumuskan Sue ke dalam dunia maya ni.

Segala yang dipaparkan dalam blog ni adalah hasil daripada bicara minda, emosi dan perasaan penulis. Ikut mood. Jika mood jiwang, maka jiwanglah ia. Jika mood sedih, maka keluarlah cerita sedih.

So, genre nya lebih kepada blog ‘rojak’. Ada bersifat peribadi, perjalanan hidup, info, cerita, atau apa-apa saja yang terlintas di fikiran pada ketika dan saat artikel tu ditulis.

Kehidupan Peribadi

Nama diberi Suraya. Dilahirkan ke dunia tipu-tipu ni pada 2 Disember. Lupa pulak lahir kat mana (rumah / hospital). Rasanya lahir kat rumah sebab kat kampung dulu jauh sangat dengan hospital bersalin.

Anak jati Kelantan. Tapi ramai yang menyangka Sue ni bukan orang Kelantan sebab cakap takde bunyi loghat Kelantan. Betul ke? Sue pun tak pasti.

Ahli keluarga Sue ada lebih kurang 43 orang semuanya (update: 2021). Adik beradik 10 orang. 5 lelaki dan 5 perempuan. 2 orang je lagi yang masih belum menamatkan zaman bujang.

Sifat, Sikap dan Kelebihan

  • Gadis biasa je
  • Personaliti Ambivert
  • Tak pandai bergaya (T-shirt, jeans dan yang mana-mana yang selesa dipakai)
  • Suka bercakap (dengan orang-orang tertentu saje)
  • Menepati masa (paling benci orang tak menepati masa atau lebih tepat ‘janji melayu’)
  • Tak pandai sangat memasak (untuk suami dan diri sendiri boleh la)
  • Suka makanan yang ada ulam (nasi kerabu, laksa, laksam)
  • Suka $$$ (tapi tak la macam En. Crab dalam cerita Spongebob tu), Graphics, Music (lagu² melayu lama)
  • Suka baca benda berkaitan ramalan hidup (horoskop) – tak percaya sangat pun. Saja suka-suka.
  • Hobi? Tak tentu. Ikut musim. Macam buah la pulak XD
  • Tak suka mengongkong dan tak suka dikongkong
  • Seorang yang setia pada cinta (penat nak layan ramai-ramai.)
  • Paling benci pada lelaki dayus (takut bini)
  • Pandai jugak guna Adobe Illustrator, Photoshop, InDesign, MS Office
  • Gila kerja (tapi takde la sampai tahap workaholic)
  • Apa lagi ek.. Cukup la kot.

Pendidikan

  • 1992 – Sekolah Kebangsaan Tanjung Chenak, Pasir Mas, Kelantan (UPSR)
  • 1998 – Sekolah Menengah Kebangsaan Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan (PMR & SPM)
  • 2003 – Noble College of Technology (Diploma Multimedia Technology), Taiping, Perak

Kerjaya

  • 2007 – 2009 : Graphic Designer at 3 different company
  • 2011 – present : HOD – Material Department at Heguru Malaysia
  • Founder : Reka Impian Sinergi

Laman Sosial

Sekian, terima kasih.. 🙂

14 Comments

  1. salam just drop by and find ur blog is nice…sya lg baru dlm blog-hobi baru-tiada apa sgt nak diciter,skang meronda-ronda blog2 lain..hihi..

    • @bedak: thanks.. sue pn baru lg.. baru amik alih blog ni.. dlu org lain handle.. huhu..

      ni pn xtau sgt nk update ape.. 2 yg jarang2 skali update.. :tongue:

      btw, lawa blog awak.. dh tgk..

  2. SALE KENA DEH…MU ORGHE KELATE DEH? KAWE ORGHE PEROK, TAPI ADO MEMBO DARI KELATE…MAIW MIAW…APASAL TETIBA AKU KECEK KELATE NIH? MUAHAHA

    • @Amry: hahahaha lucu lak baca kamu tulis klate.. klu bercakap xtau la bunyi cmne.. :biggrin:

      cakap perak pun xpe, sue bleh paham skit2.. pakwe sue org perak.. tp die xpndai sgt ckp perak sbb lama sgt dok klate.. huhu

      btw, salam kenal gak.. 😉

Comments are closed.