Nyamuk Punya Angkara

doa untuk ibuNyamuk adalah sejenis serangga. Serangga tu apa? Meh baca sini.

Mesti ramai yang tak suka nyamuk kan? Penghisap darah yang kita sengaja biarkan. “ala takpe.. sikit je, bukan habis pun. Kalau yang suka nyamuk mesti cakap macam tu kan?

Serangga ini memang bentuknya kecil dan boleh mati dengan sekali tepuk je, namun jangan perlekehkan ia, penyakit yang dibawanya dapat menyebabkan kematian.

Nyamuk Pembawa Penyakit

Nyamuk sangat popular dengan 3 jenis penyakit yang dibawanya iaitu Malaria, Denggi (Demam Berdarah) dan Chikungunya.

Penyakit yang dibawa nyamuk ni akan menjadi semakin banyak dikala terjadinya perubahan iklim seperti peralihan musim kemarau ke musim hujan atau sebaliknya.

Sekarang ni kan musim panas terik bertukar hujan, maka berleluasa lah mereka berkeliaran di mana-mana, tidak terkecuali di sekitar kawasan umah Sue sekarang ni. Dah sampai tahap kritikal dah pun kawasan kitorang dilanda wabak demam denggi.

Operasi Sembur Nyamuk

Oleh sebab tu, beberapa hari lepas ada operasi Sembur Nyamuk kat sekitar kawasan tempat tinggal Sue. Bukan kali pertama, 2 kali dalam masa tak sampai sebulan. Kejadian bermula pada…

5.00 petang :
Proses penyemburan akan dilakukan sebentar lagi. Semua penghuni dikehendaki untuk menutup semua bekas makanan yang terdedah, buka pintu, kunci gril dan turun ke bawah semasa penyemburan dijalankan.” ~ Announcement oleh Pihak Pengawai Kesihatan.

5.30 petang :
Bersiap-siap seperti yang diarahkan. Malas dok ramai-ramai kat bawah tu, maka ajaklah my hubby gi bandar Kajang, belikan tiket ketapi untuk anak buah pastu ke kedai spek, baiki spek ku yang patah. Nasib baik free of charge.. sebabnya masih dalam tempoh warranty. Alhamdulillah, selamat duit ku.. 😀

6.45 petang :
Makk aiii!!! tak siap lagi rupanye orang sembur-sembur tu. Ingatkan dah siap, sengaja balik lewat-lewat skit sebab tak nak hidu bau asap yang tak best tu. Tengok budak umah Sue masih kat bawah. Maka mengunggulah kitorang kat bawah tu, sambil digigit oleh nyamuk. Tak pasal-pasal hari ni kena gigit nyamuk, biasa takde pun.

7.15 petang :
Sampai juga akhirnya giliran umah kami diasapkan. Kejap betul orang tu naik, umah lain lama gile baru turun. Mana adil camni. Umah dah selamat dilindungi dengan asap tebal, tapi tuan umah dari tadi kena gigit nyamuk sebab lambat sangat siap. huh!

Operasi Sembur Nyamuk

7.30 petang :
Ok, line clear. Boleh la masuk umah. Tapi lepas je masuk, kitorang terus lari keluar, turun bawah balik. Asap penuh 1 umah. Ni bukan setakat nyamuk yang mati, tuan umah pun bleh padam ni. Nak pitam dah rasa sebab tak bleh bernafas.

7.40 petang :
Naik umah balik sebab tengok jam dah lewat sangat, tak solat maghrib lagi. Bukak kipas kuat-kuat, solat dalam kabus asap. Seksa tekak ngan hidung nak menahan bau asap.

8.00 malam :
Ok, semua dah kembali kepada keadaan asal. Legaaa… pastu kitorang buat la aktiviti malam macam biasa.

11.45 malam :
Tidur time! “Gudnite hubby. Tidur nyenak-nyenyak”. (hantar SMS sambil peluk my baby)… ehh.. apsal bau semacam je baby ni.. peninggg.. owh.. patut lah, lupa nak nak sembunyikan die petang tadi.. huh.. habis bau asap my baby. Ni nyamuk punye pasal la ni..

Moral of the story : Jangan bukak pintu time orang wat operasi fogging ni.. kang dah penuh satu umah ngan asap.

Info Tentang Nyamuk Aedes

Nyamuk Aedes merupakan sejenis nyamuk yang biasanya ditemui di kawasan tropika. Namanya diperolehi daripada perkataan Greek aedes, yang bererti “tidak menyenangkan”, kerana nyamuk ini menyebarkan beberapa penyakit berbahaya seperti demam denggi.

Ae. albopictus merupakan spesis yang sering ditemui di Asia. Kakinya berbelang hitam putih. Ae. aegypti juga terkenal sebagai penyebar denggi dan demam kuning.

Kitaran hidup nyamuk aedes bermula dari telur hingga dewasa mengambil masa kira-kira satu minggu.

Tabiat Nyamuk Aedes

  1. Aedes senang dikenali dengan belang hitam putih pada badan dan kakinya
  2. Aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan waktu senja
  3. Aedes membiak dalam air jernih yang bertakung, sama ada di dalam atau luar rumah

Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes

  1. Dalam Rumah
    • Akuarium
    • Perangkap semut
    • Pasu Bunga
    • Timba
    • Tempayan
    • Kolam (kolah) mandi
    • Tempat air peti sejuk
  2. Luar Rumah
    • Tayar buruk
    • Tempurung kelapa
    • Botol/gelas pecah yang mengandungi air
    • Salur air hujan
    • Tempayan
    • Pokok Pisang
    • Pokok Keladi
    • Longkang yang tersekat
    • Tangki septik (terdedah)

Cara Cegah Pembiakan Nyamuk Aedes

  1. Tukar air dalam tempayan, pasu-pasu bunga, kolam mandi tiap-tiap minggu dan basuhlah sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru.
     
  2. Buangkan air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok pinggan-pinggan itu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk.
     
  3. Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur.
     
  4. Bekas yang tidak digunakan hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam.
     
  5. Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan daun yang menyekat air daripada mengalir.
     
  6. Masukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut untuk mencegah pembiakan nyamuk.
     
  7. Peliharalah ikan seperti Ikan Gupi, puyu di dalam tangki besar kerana akan memakan jentik-jentik.
     
  8. Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (mengikut sukatan yang betul) ke dalam semua bekas menyimpan air, tiga bulan sekali.

Sumber : Wikipedia


Sue adalah antara manusia yang anti dengan nyamuk. Tambah-tambah bunyinya tu.. eeee! tengah syok tidur pun bleh terjaga disebabkan nyamuk.

Nasib baik la jugak umah sue tinggal sekarang ni takde nyamuk. Kadang-kadang tu ada la 2 3 ekor yang sesat masuk bilik sue. Dan dengan pantasnya ia dihapuskan.

Sue penah kena demam denggi. Nasib baik tak serius sangat tapi kena tahan wad jugak la. Terseksa lah sue selama 4 hari 5 malam kat wad Hospital Kajang.

Sangat tak best! Hari-hari kena amik darah, kena inject, kena minum air banyak, dan kena ulang alik ke toilet pun banyak kali lah sebab banyak sangat minum air. Dah la nak kencing susah, tangan kiri kanan ada benda alah yang nak masukkan air tu. Apa ntah namanya.

Paling kritikal time tu, saat-saat doktor gantikan beg air dengan beg darah. Gile sakit darah tu mengalir masuk dalam salur darah sue. Dah la die bukak laju-laju titisan-titisan tu.. eeeee!

seram kalau diingat balik. Takmo dah masuk wad. Tapi yang bestnye hari-hari ada orang suapkan makan. yela, tangan susah nak gerak sebab ada wayar dok berserabut.

Terima kasih banyak-banyak kat my hubby yang hari-hari datang melawat, menjaga dan menyuapkan Sue makan.. heee {[“][“]}

12 Comments

  1. Monex Investigation
    Monex Investigation

    Tidur malam yang cukup adalah penting bagi menjamin kesihatan yang sihat dan nampak lebih segar pada keesokan harinya. Apabila mendapat tidur yang mencukupi anda dapat mengawal perasaan anda dengan baik dan pada masa yang sama juga anda dapat menjaga kesihatan serta kecantikan diri anda. Namun dari apa yang saya tahu yang tidur pada waktu siang juga adalah baik terutamanya pada waktu tengah hari walau hanya sekejap saja kerana ia amat membantu dalam meningkatkan tenaga dan tumpuan anda.

  2. aku ingt lg mase aku duk mrsm ade org mari smbur nymuk kt hostel..lps2 sembur trus masuk lam blik msing2..asap berkepul..blh sorok2 sbb xnmpk org :ninja: ..haha..
    naseb baek xde sape mati sdut asap nyamuk tu 😆

    • @haru: wahahaaa.. bleh plak cmtu ek.. sronok kan time blaja dlu, dok ramai2.. bnda xbest pn jd best..

      dlu, member sue smpai masuk wad sebab terlebih hidu asap tu.. :pinch:

  3. tak tahan jugak bau asap fogging ni.. tapi lau kt area rumah tu, sikit2 jer die sembur..

    • @fiezaradzi: 2 la kan.. bleh pengsan klu terdedah lelama ngn asap tu..

      klu kes biasa, xberat sgt, diorang mmg sembur skit2 je.. jimat kos kot.. mahal tu skali wat fogging.. heeee

  4. hehehe.. saya tak suka nyamuk, tampar nyamuk ada suka sikit-sikit..

  5. patut la tengok area rumah sue berasap je ari tu.. ade org main sembur2 nyamok rupanya.. :pinch:

  6. bear bau asap sembur nyamok ke? :shocked:

Leave a Comment