Anis Chocolate Moist dan Red Velvet Cheese Cake

Anis Chocolate Moist dan Red Velvet Cheese Cake menjadi pilihan ramai sekarang ni. Mana-mana tempat pun boleh dapatkan kek ni, termasuk kat stesen-stesen minyak seperti Petronas dan Petron.

Harganya pun takde la mahal sangat. Hanya RM5 untuk Chocolate Moist dan RM6 untuk Red Velvet Cheese Cake (harga kakak Sue jual).

Mungkin tempat lain harganya lebih murah atau mungkin ada juga yang jual lebih mahal. Bergantung pada kos mereka, tak pun sebab nak untung lebih.

anis chocolate red velvet cheese cake

Mula-mula Sue tak minat pun dengan kek ni. Tapi bila dah cuba, sedap pulak.

Penjual Kek Anis Chocolate Moist & Red Velvet Cheese Cake

Oleh sebab kakak ipar Sue agen jual kek ni, senang la Sue nak dapatkan stok kek. Hari-hari dok makan kek sedap ni. Ehh, takde la makan hari-hari. Makan time rasa nak makan je. Hihi.

Kenapa ramai suka kek ni? Kata mereka sebab kek chocolate ni kaya dengan coklat. Pembuatnya tak kedekut chocolate. Letak banyak.

Sama juga dengan Red Velvet Cheese, memang banyak cheese yang membanjiri kek tu. Sedap! Sedap! Sedap!

anis chocolate moist cake and red velvet cheese cake

Bekas dia pun cantik. Bentuk heart shape untuk kek chocolate dan bentuk segitiga untuk cheese cake.

Bekas plastik dia boleh guna banyak kali sebab kod bekas plastik 5 PP (Polypropylene). Dah habis makan boleh cuci dan simpan bekas tu untuk guna semula buat isi puding ke agar-agar ke.

Ramai juga penggemar kek chocolate dengan cheese kek ni kat ofis Sue. Bila diorang tahu Sue ada jual kek ni, banyak jugak diorang order.

Kata diorang, bukan sebab tak dapat beli kat tempat lain cuma diorang takde masa dan malas nak keluar pergi beli. Tu yang lebih senang order je dengan Sue, dapat kek depan mata. Tinggal makan je.

Ada juga kakak ipar Sue cadangkan Sue jadi Dealer untuk jual kek ni. Lepas difikirkan, Sue tak dapat nak bagi komitmen sangat sebab kerja yang sedia ada sekarang ni pun boleh tahan banyaknya.

Mungkin boleh dipertimbangkan, but not this time. Kena planning betol-betol sebab Sue tak suka buat kerja separuh jalan.

kek coklat Anis
Stok baru untuk minggu ni

Buat masa ni Sue tolong kakak jual jela dulu. Dapat komisyen skit-skit pun ok la kan.

Alhamdulillah, Chocolate Moist dengan Red Velvet Cheese kek ni dapat sambutan hebat. Banyak betol permintaan. Pasaran pun budak-budak ofis Sue je. Sebabnya ada dua tiga orang tu memang hantu dessert. Sampai tiap-tiap minggu nak kena restock.

Kadang-kadang terfikir jugak, tak muak ke diorang makan kek hari-hari?

Macam mana pula dengan korang, suka tak makan cheese kek dengan kek coklat? Atau korang cuma suka dengar lagu Chocolate Cake Dr Fazley tu? “Coklat kek Coklat kek, hanya sesuap coklat di bibir terukir“… hihi..

Encik husband suka sangat makan kek coklat Anis ni.

One comment

  1. macam mana nk jd dealer kek tu ye?

Leave a Comment