Balik Kampung Untuk Urusan Kahwin

Bandar Pasir Mas

Sekarang ni Sue sedang bercuti di kampung halaman di Pasir Mas, Kelantan. Balik kampung ni nak uruskan hal kahwin Sue yang dah makin dekat tarikhnya. Rasa berdebar2 pulak.

Dah nak habis cuti dah pun. Jarang dapat balik kampung sebab tempat Sue kerja susah sikit nak mintak cuti. Cuti kali ni pun apply beberapa bulan yang lepas. Nasib baik dapat.

Kebetulan masa cuti ni family ada buat majlis perkahwinan abang Sue. So, ringan-ringankan tangan ni tolong sikit-sikit buat persiapan kahwin abang Sue.

Alhamdulillah, abang Sue dah pun selamat dinikahkan dengan isteri dia.

Sambil-sambil bercuti kat kampung ni Sue buat jugak kerja-kerja urusan perkahwinan Sue yang akan dilangsungkan lepas raya puasa nanti. InsyaAllah.. Makin kuat pulak rasa berdebar. Hehe..

Bulan 6 ni penuh dengan majlis kahwin kan? Sana sini adaaa je orang buat kenduri kahwin. Tambah pulak tengah cuti sekolah. Meriah betul.

Sempat berjumpa dengan kawan lama yang baru kahwin. Dia cakap hari berkahwin tu rasa penat sangat-sangat. Lapar pun ada sampai tengah malam baru sempat nak makan betul2.

Macam mana la agaknya bila tiba giliran Sue pulak nanti.

Permohonan Untuk Kebenaran Berkahwin

Hari tu encik tunang dah ambil borang permohonan berkahwin untuk lelaki tapi belum setelkan sebab ada orang cakap awal lagi.

Borang kahwin tu kena tempoh 3 bulan sebelum tarikh berkahwin. Kalau dalam tempoh 3 bulan tak kahwin2 lagi, borang yang dah siap isi tu dikira batal dan kena isi borang baru.

So, dalam bulan 6 ni boleh la start uruskan borang-borang tu semua dan jumpa Penolong Pendaftar Nikah Qariah untuk dapatkan pengesahan sebelum hantar ke pejabat agama untuk minta kebenaran berkahwin.

Lepas tu borang dia tu kena bagi pada Sue untuk urusan pihak perempuan pulak.

Borang permohonan kebenaran berkahwin negeri Kelantan
Borang permohonan kebenaran berkahwin negeri Kelantan

Sue balik kampung ni nak pergi ambil borang permohonan berkahwin untuk perempuan. Nasib baik ayah Sue dah ambilkan sekali dengan borang kahwin abang Sue hari tu. Borang kahwin kat Kelantan memang bertulis dalam bahasa jawi ek?

Lepas dah isi borang ni kena tunggu dapatkan borang permohonan kahwin pihak lelaki dulu. Kena sekalikan borang permohonan kahwin lelaki dan perempuan lepas tu hantar ke pejabat agama.

Selesai buat semua tu baru boleh berkahwin.

Harap-harap lepas ni segala urusan perkahwinan Sue dan encik tunang (atau bakal suami) akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Aminn..

4 Comments

  1. Salam nak tanya ni, kalu borg hiv tu perlu ada cop result ke?saya buat test hiv kat selangor,hospital mmg x cop result sbb itu prosedur hospital, tp nk nikah kelate,tok imam tempat saya nak nikah ni kata kena ada cop baru boleh,kalau tak kena buat test sekali lagi kt kelate. Kalau awak tahu harap blh inform saya.tq very much.

    • @liyana, waalaikumussalam.. hiv test kat selangor die tulis pengesahan kita dah buat test darah tu je.. result +/- mmg die tak tulis.. saya dulu pun macam awak, buat hiv test kat selangor, nikah kat kelantan gak, tp xde masalah.. imam tempat saya boleh trima je yg dh buat tu, asal dah buat test sudah..

      Ikut tempat, ngan imam gak kot.. kalau imam dah cakap macam tu kena buat lagi skali rasanye.

  2. salam nk tnyo siki. urusan borang kawin utk lelaki brapo lm buleh siap?

    • @wan ramli, Waalaikumussalam.. urusan borang kawin lelaki sekejap je boleh siap.. lepas isi semua bendo dalam borang, pastu gi sahkan dgn imam masjid, cepat la buleh gi hantar kat pejabat agama.. lepas hantar kat pejabat agama, esok buleh gi ambik dah.. 1 hari je siap..

Leave a Comment