Batman The Dark Knight Rises bersama P1

Semalam follow Encik Tunang pergi TGV Sunway Pyramid join tengok tayangan perdana filem “Batman The Dark Knight Rises”. Tiket disponsor oleh P1.

Tiket wayang tu diberi kepada Denaihati, kemudian Denaihati share dengan kawan-kawan blogger yang lain.

Terima kasih P1 dan Denaihati. Dah lama rasanya Sue tak pergi tengok wayang. Semalam dapat tengok wayang free. Rezeki.

Best jugak cerita Batman The Dark Knight Rises walaupun awal-awal cerita tu macam slow sikit.

Cenderamata Batman The Dark Knight Rises

Masa tengah cari seat tengok kat setiap kerusi dalam TGV tu pihak P1 ada letak goodies bag cenderahati untuk semua orang.

Dalam goodies bag tu ada topi, mug Batman The Dark Knight Rises, dan satu lagi poster kot, bergulung lagi Sue belum bukak.

Cenderamata Batman The Dark Knight Rises

Rasa segan jugak bila berjumpa dengan blogger-blogger semalam. Ada yang Sue kenal, ada juga yang Sue tak kenal.

Lagipun Sue bukan kerap sangat blogging. Taktau boleh panggil diri ni ‘blogger’ ataupun tak. Blog ni pun kadang-kadang terabai takde update sampai beberapa hari, beberapa minggu.

Lepas ni nak cuba eratkan lagi hubungan dengan blogger lain. Kalau ada apa-apa event macam semalam ke ingat nak join lagi. Boleh jugak beramah mesra dan berkenalan dengan lebih rapat.

Tapi semalam tak sempat nak sembang-sembang sebab bila dah berkumpul kat sana je wayang dah nak mula. Habis cerita Batman terus kena balik rumah sebab dah lewat, esok kerja.

6 Comments

  1. Aisey…Suraya. Takkan takde review citer nih? Kasi review la sket…

    Takpe. Kalau nak baca review bahasa Melayu The Dark Knight Rises, sila ke:

    http://www.sinema.my

    Boleh join bagi review filem lain sekali.

    See ya!

  2. belum sempat tengok lagi cerita ni…

    sementara tuan kecik saya masih kecik terpaksa tangguhkan tengok wayang untuk menghormati mem besar dan tuan kecik….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *