Beli Barang Harga Murah di Chilindo

Siapa pernah beli barang online di Chilindo angkat tangan.. Sue pun dah terjebak jugak. Hehe..

Baru first time cuba hari tu. Sebab tengok macam best je kawan duk shopping barang kat situ. Dapat harga murah.

Chilindo ni kedai online yang menggunakan konsep BIDDING (Bid dan Menang). Maksudnya kena bid atau lawan harga dulu dengan orang lain sampai kita menang, lepas tu baru boleh beli barang tu dengan harga yang kita bid.

Laman web Chilindo Malaysia
Laman web Chilindo.com

Dari pagi sampai ke malam Sue dan encik suami bergilir duduk depan laptop sebab nak bid harga barang-barang yang nak beli.

Ikutkan hati banyak jugak sebenarnya barang yang Sue nak beli kat Chilindo. Tapi bajet pulak tak seberapa. So, pilih barang yang betul-betul nak jela.

Alhamdulillah dapat jugak beli beberapa barang dengan harga lebih murah daripada harga biasa kat pasaran.

Menang bid beli barang harga murah di Chilindo
Menang bid tilam angin. Hehe..

Kalau nak jimat caj penghantaran, bid dan beli beberapa barang lagi. Chilindo tetapkan caj penghantaran RM8 tak kira beli barang banyak atau sikit.

Baik beli banyak baru la berbaloi dengan bayaran caj penghantaran tu.

Kalau penghantaran secara COD (Cash On Delivery) ada tambahan caj RM4, jadi RM12 semua sekali. Rasanya ramai pilih cara COD sebab takut ada masalah dengan penghantaran. Takut barang tak sampai.

Alhamdulillah barang yang Sue beli dah pun sampai dengan selamat. Chilindo hantar guna kurier Ninja Van. Ambil masa 4 hari.

Chilindo bidding online shopping

Beli barang harga murah di Chilindo

Kaedah Penghantaran dan Pembayaran Chilindo

Bila dah menang bid barang yang nak beli, senarai barang tu akan muncul dalam ‘Troli Saya’. Tekan ‘Daftar Keluar’ untuk buat bayaran.

Chilindo bagi 3 pilihan kaedah pembayaran :

  1. COD — Bayar masa terima barang (caj tambahan RM4)
  2. ATM / Bank
  3. Visa / MasterCard (Kad Kredit atau Debit)
Cara pembayaran Chilindo dan kaedah penghantaran
Cara bayaran dan kaedah penghantaran Chilindo

Beli barang Chilindo guna kad debit

Pengesahan pesanan barang Chilindo

Sue pilih kaedah pembayaran guna kad debit Maybank. Bayar jumlah harga semua barang termasuk caj perkhidmatan 10% dan caj penghantaran RM8.

Tips Menang ‘Bidding’ di Chilindo

Beberapa tips yang Sue buat masa menang bid hari tu.

  1. Pertama sekali kena sabar. Kadang-kadang rasa geram bila sikit lagi masa bid nak tamat, rasa macam dah boleh menang ni, tiba-tiba ada orang lain bid lagi. Banyakkan bersabar, jangan hempas laptop pulak.
     
  2. Dah pilih barang nak beli, survey dulu harga barang tu di kedai-kedai online yang lain. Boleh survey kat Lazada, 11Street, Nile, atau lain-lain. So, kita dapat tahu harga pasaran dan boleh tetapkan limit harga untuk kita bid barang tu, supaya tak terbayar lebih daripada harga biasa. Cuba bid dapatkan harga yang lebih rendah dan murah.
     
  3. Kalau nak bid beberapa barang sekaligus, boleh buka setiap page barang tu di ‘tab’ berasingan kat web browser. Web page dia akan auto refresh bila ada orang bid. Kita pun senang nak tekan butang bid.
     
  4. Bid pada saat-saat terakhir. Sue suka bid 10-15 saat sebelum tamat masa bid. Tapi bila ada bid baru, dia akan countdown balik selama 30 saat. Masa tu rasa berdebar je takut ada orang lain bid lagi. Kalau takde, rezeki kita la dapat beli barang tu.
     
  5. Kena bid dengan pantas. Pastikan internet laju. Kalau speed internet slow, susah nak bid. Dah tentu web page lambat nak loading setiap kali dia refresh.

Itu je perkongsian daripada Sue. Siapa nak cuba beli barang dengan cara bidding dan dapat harga murah boleh buka laman web Chilindo.com.

3 Comments

  1. Tak pernah beli lagi dekat Chilindo. Selalu nampak iklan dia je dekat Facebook. Lepas ni boleh cuba

  2. banyak kali juga saya bid dan menang, tp x bayar sebab saya xda kat rumah masa hari bekerja biasa

Leave a Reply