Sagitaurus.com

Blog Peribadi Suraya, Bukan Blog Zodiak

  • Home
  • Penulis
  • Hubungi


You are here: Home » Santai » Bercinta tu best ke?

Bercinta tu best ke?

Ditulis oleh Suraya CMZ pada 06/01/2011 15 Comments

Share on Twitter Share on Facebook Share on WhatsApp

bercinta bahagiaBercinta.. ada apa dengan cinta?.. hurmmm.. bukan nak berdrama cuma ingin memberi pendapat dan pandangan tentang apa itu cinta.

Definisi “Cinta“.. cinta adalah sebuah perasaan yang ingin dikongsi bersama atau sebuah perasaan afeksi terhadap seseorang.

Bagi Sue, CINTA ni merupakan perasaan kasih sayang, bahagia, tanggungjawab dan perasaan saling hormat menghormati tidak kira kepada pasangan, keluarga mahupun kawan-kawan.

Kerana CINTA kita merasai bahagia, dan kerana CINTA juga kita boleh merana.

Bercinta ni sangat best bagi mereka yang tengah dilamun cinta, baru mula bercinta dan tengah hangat bercinta.. dan tak best bila tengah bergaduh, telah dikecewakan, pernah dikecewakan dan musnah diri akibat cinta.

Buta Kerana Bercinta

Sebab itu jangan jadi buta kerana cinta, tak nampak kebenaran yang ada di depan mata. Jadikanlah cinta itu sebagai satu medium untuk kita berubah ke arah yang lebih baik.

Nasihat Sue, sesiapa yang tengah hangat bercinta tu… tidak kira lah cinta kepada ibu ayah, adik-bradik, saudara mara, suami isteri atau kekasih hati, cintailah mereka seadanya.

Awas!! jangan mencintai mereka lebih daripada anda mencintai Allah Yang Maha Esa, nescaya cinta anda kepada mereka tidak akan kekal lama.

kunci cinta sejati

Perkara Perlu Ada Dalam Percintaan

  1. Nak bercinta ni perlu ada KEIMANAN yang tinggi kepada NYA, barulah percintaan kita itu tak dicemari oleh dosa-dosa yang boleh merosakkan cinta. Cinta suci orang cakap.
     
  2. Kena IKHLAS mencintai pasangan kita. Terimalah dia dengan seadanya.
     
  3. Sifat JUJUR sangat penting. Jujur dengan perasaan cinta itu dan jujur dengan pasangan. Elakan berahsia.
     
  4. Kena PERCAYA kepada diri sendiri dan pasangan. Jangan terlalu merendah diri dan jangan ada perasaan cemburu yang melampau terhadap pasangan.
     
  5. Mesti ada sifat SETIA barulah hubungan cinta tu kekal aman, bahagia selamanya.. InsyaAllah 🙂

Semalam dok selongkar file-file lama dalam laptop ni.. terjumpalah slideshow pasal CINTA.. nak uplod file dah hampir rosak. So sue taip lah balik, bleh share dengan korang.

Jom baca apa yang menarik. Moga ianya boleh menjadi panduan dan nasihat yang berguna untuk korang.

Titipan Kasih Sesuci Iman

Sekiranya kamu dapati dirimu
Menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu
Janganlah merasa tersisih…
Tiada salahnya menyintai seseorang…
Kerana cinta tidak memilih untuk singgah dihati sesiapa.

Sekiranya kamu dicintai
Oleh seseorang yang tidak kamu cintai
Anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu..
Kembalikan penghormatan itu
Dengan cara yang ikhlas dan jujur
Janganlah mengambil kesempatan dan janganlah melukakan.

Sekiranya kita bercinta
Dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita
Dan tiba-tiba cinta memilih untuk pergi..
Tiada siapa yang harus dipersalahkan
Relakan cinta itu pergi… kerana setiap yang berlaku
Ada maksud yang tersembunyi.. dan kita akan menyedari..
Apabila masa silih berganti

Bagaimana kamu mengurusi cinta
Begitulah kamu mengurusi dirimu
Dan setiap hati dan perasaan
Mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa
Sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza

Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta
Kerana cinta itu sendiri
Akan memilih untuk singgah dihati sesiapa..
Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta itu
Dengan segala misteri di dalamnya
Apabila ia datang mengetuk pintu hatimu..
Nikmatilah sebagaimana ia membuat hidupmu
Bahagia dan bebaskanlah ia.

Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri..
Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah dihati kamu..
Untuk bercinta kita mesti berani
Janganlah takut pada kegagalan, tapi takutlah pada kemungkaran
Bersedialah menghadapi kegagalan
Sebelum kegagalan menghancurkan hidup kita

Cinta tidak semestinya membawa
Kebahagiaan dan keindahan..
Cinta juga adalah pemusnah
Dan boleh membawa pada kekecewaan yang panjang..
Oleh itu berhati-hatilah
Dalam menyambut atau menerima
Huluran cinta dari seseorang itu

Cinta tidak semestinya diucap dengan kata-kata manis
Sekiranya kita tidak tahu menghargai atau memahaminya..
Apalah erti cinta jika kesetiaan yang wujud
Bukanlah dari hati yang ikhlas dan suci..

Cinta itu satu seksaan jika tiada kepastian..
Jiwa pasti gelisah dalam meniti sebuah kepastian
Gelisah memikirkan sama ada cinta yang dihulur
Berbalas atau hanya bertepuk sebelah tangan..
Apa jua keputusan yang bakal diterima…
Tabahkanlah hatimu selalu kerana tidak semua impian
Dan kehendak kita menjadi milik kita.

Cinta tak semestinya diakhiri dengan perkahwinan..
Perkahwinan tanpa cinta tak semestinya gagal
Keyakinan, kejujuran dan keredhaan Allah
Adalah segala-galanya.

Apa pendapat korang pulak? Bercinta tu best ke tak best?

Share on Twitter Share on Facebook Share on WhatsApp

Artikel Berkaitan:

  • Diari Seorang Lelaki
  • Kisah Kau dan Aku
  • 7 Nasihat Dari Kubur Buat Umat Islam
  • Bila Lelaki Jatuh Cinta


Filed Under: Santai Tagged With: ada apa dengan cinta, apa maksud cinta, bergaduh kerana cinta, berkhalwat, cara nak mengorat, cinta, cinta buta, cinta nafsu, cinta sejati, cinta simpati, cinta suci, definisi cinta, dilamun cinta, hukum bercinta, kuasa cinta, macam mana nak menolak cinta, pasangan ideal, pasangan kekasih, perasaan bercinta, ringan-ringan, sajak cinta, ternoda kerana cinta, tips bercinta, tips pasangan bahagia

Tentang Penulis

Seorang pereka grafik di sebuah institusi pendidikan, suka luangkan masa di Facebook dan Instagram. Anda suka artikel ini? Boleh tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini.

Previous article:
Tahun Baru, Azam Baru 2011
Next article:
Kenali Lelaki Melalui Warna

15 Comments

  1. Pelaka Hati says

    25/01/2011 at 5:56 PM

    best bercinta tuh! peh~ tapi sakit pon ade bila kita dan pasangan kita xboleh memahami antara satu sama lain. 🙂

    Reply
    • Suraya says

      26/01/2011 at 2:55 PM

      @Pelaka Hati: ha’ah.. betul tu.. kadang2 susah gak nak bercinta ni.. kena jaga hati ramai orang.. ramai yang sensitip.. :ermm:

      Reply
  2. TNSkY says

    21/01/2011 at 6:22 PM

    Salam..Bercinta besh?? kdg2 melukakan jugak..hehehe :p

    Reply
    • Suraya says

      26/01/2011 at 2:53 PM

      @TNSkY: wasalam.. time gaduh perang dunia ke3 memang sangat2 xbest.. cuba elakkan ianya daripada berlaku.. huhu

      Reply
  3. Squtopus says

    16/01/2011 at 11:13 PM

    Setuju sangat part cinta kepada Tuhan tu. Jangan kamu mencintai makhluk Allah melebihi dari Tuhan Yang Esa. Itulah petua paling mujarab nak elak merana akibat bercinta sesama makhluk ini 🙂

    Reply
    • Suraya says

      17/01/2011 at 10:42 AM

      @Squtopus: Ya betul tu.. cinta kepada NYA lebih agung, mulia dan berkekalan selamanya.. tidak akan ada perasaan kecewa mahupun sengsara.. yang ada hanya kenikmatan hidup di dunia dan akhirat.. InsyaAllah.

      Reply
  4. Finalcross says

    15/01/2011 at 10:28 PM

    owh,daku terkenang keindahan sewaktu bercinta dengan si tunang…. hehe

    Reply
    • Suraya says

      17/01/2011 at 10:44 AM

      @Finalcross: best kan bercinta ni? hehe :wub:

      Reply
  5. Anarm says

    07/01/2011 at 9:28 PM

    bercinta biar sampai kawin.. hehe..

    Reply
    • Suraya says

      12/01/2011 at 11:33 AM

      @Anarm: bercinta biar ikhlas, setulus hati, jujur, bertanggungjawab, yakin, bla… bla… bla… bla.. dan sifat yg sama waktu dengannye la.. :wub:

      Reply
  6. ..ein.. says

    06/01/2011 at 11:54 PM

    best3…puisi tu..hurrmm…macam kena dengan diri ni je…

    Reply
    • Suraya says

      12/01/2011 at 11:30 AM

      @..ein..: a’ah best kan.. cukup utk semua situasi.. 2 baru baca, kalau tgk die pnye slide show, dgr lak die nyer background muzik mst lg menusuk kalbu, sipa bleh terharu kot.. huhu

      klu rasa macam kena mengena tu tndanya ein ni seorang yang bertimbang rasa, merendah diri, baik hati.. agk sue la.. pepandai je bg tafsiran.. :biggrin:

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Buka Akaun Wahed Invest, Pelaburan Digital Patuh Syariah
  • Slow Juicer Untuk Buat Jus Dengan Mudah
  • Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • Farewell Party Rakan Sekerja @ Mozer’s Subang Parade
  • Beli Barang Harga Murah di Chilindo

Komen Terkini

  • nik on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • Nik on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • faizah on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • Sue Teong on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • Suraya CMZ on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Copyright © 2021 – Sagitaurus.com
Privacy Policy • Design by Anarm Network ♥