Sagitaurus.com

Blog Peribadi Suraya, Bukan Blog Zodiak

  • Home
  • Penulis
  • Hubungi


You are here: Home » Informasi » Bila Lelaki Jatuh Cinta

Bila Lelaki Jatuh Cinta

Ditulis oleh Suraya CMZ pada 04/02/2009 18 Comments

Share on Twitter Share on Facebook Share on WhatsApp

Bila lelaki jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan.

Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya.

Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya..

Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.

Bila lelaki jatuh cinta

Tanda Lelaki Jatuh Cinta Sepenuh Hati

  • Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
  • Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
  • Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
  • Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
  • Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
  • Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
  • Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
  • Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
  • Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
  • Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
  • Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
  • Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
  • Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
  • Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
  • Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
  • Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
  • Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
  • Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
  • Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
  • Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
  • Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
  • Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
  • Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA!

Dapat benda ni daripada email. Cepat-cepat copy paste masuk blog.

Ok la daripada tak ber’update’ langsung sampai berkulat blog ni kan.. Huhu..

Share on Twitter Share on Facebook Share on WhatsApp

Artikel Berkaitan:

  • Kenali Lelaki Melalui Warna
  • Diari Seorang Lelaki
  • Hati Seorang Wanita
  • Personaliti Lelaki Berdasarkan Zodiak


Filed Under: Informasi Tagged With: jatuh cinta, kekasih, lelaki, sayang

Tentang Penulis

Seorang pereka grafik di sebuah institusi pendidikan, suka luangkan masa di Facebook dan Instagram. Anda suka artikel ini? Boleh tinggalkan komen atau subscribe feed blog ini.

Previous article:
Hati Seorang Wanita
Next article:
Selamat Hari Raya Aidilfitri

18 Comments

  1. Afif says

    22/01/2011 at 1:22 AM

    uiyh banyak ygxpuas hati ngn laki2 yep? huhu. pe tu pendapat masing2. Tp bila wujudnya laki2 g bersifat di atas si hawa nya plak yg problem. jd semuanya ujian. kalau kita asik demand yg terbaik cermin diri kita dulu adakah kita ckup terbaik untuk yg terbaik? janji Allah,laki2 ygbaik untuk wanita ygbaik,manakal waita ygbaik untuklaki2 yg baik ngeee~ πŸ™‚

    Reply
  2. Bro Framestone says

    22/09/2010 at 8:52 AM

    adakah bro pernah jatuh cinta he…23x

    yg pasti…

    mulut bro selalu mengatakan tidak buatnya…

    tetapi perbuatan selalu menafikan ape yg muut bicarakan…

    sape xsyg bini kan he…23x

    Reply
    • Suraya says

      22/09/2010 at 9:02 AM

      @Bro Framestone: mulut je ckp tidak tapi hati beria-ia nk kn.. kn… kn.. he3..

      dh kawin ke? xtau pun.. πŸ™‚

      Cinta pada yang Maha Pencipta adalah yg hakiki.. cinta pada manusia hanya sementara, selagi hayat dikandung badan.. :love:

      Reply
  3. vtecDX says

    21/09/2010 at 4:13 PM

    aku wat semua mcm tu kat die…
    tapi akhirnya die kawin paksa dgn pilihan keluarga…
    tapi die akan mintak cerai…utk bersame aku…

    aku syg sgt kt die..aku sanggup mati utk die..
    die la cinta aku kt dunia ni..akan aku jaga die baik2….

    Reply
    • Suraya says

      22/09/2010 at 8:44 AM

      @vtecDX: pada pendapat saya, xelok memutuskan ikatan perkahwinan.. mungkin antara korang mmg dh xde jodoh, nk wat cmne kn.. trimalah suratan takdir, qada’ dan qadar yg tlah ditetapkan olehNya dengan redha.. Relakan perpisahan ini demi kebahagiannya hidupnya.. ini juga antara sifat sebenar bg org yg benar2 mencintai utk pasangan yg dicintainya.

      Kamu juga harus yakin, jika die mmg jodoh kamu, walau cmne skali pn die akan tetap jd milik kamu.. antara lambat & cepat, dahulu @ kemudian, pertama @ kedua @ mungkin yg ketiga kalinya.. pelbagai halangan terpaksa dilalui dahulu tp akhirnya die tetap menjadi milik kamu..berdoa lah supaya ianya menjadi seperti yg kamu harapkan.. tp jgnlah pula melampaui batas kemanusiaan dan sifat harmoni, silaturrahim sesama kita krn nk mencapai hasrat itu.

      btw, sue harap kamu tabah mengharungi masalah ini.. sue akui, mmg sukar utk melupakan cinta sejati.. mmg pedih jika ianya bukan milik kita.. semoga kamu kuat utk menghadapinya.. sue tumpang sedih.. T_T

      Reply
  4. rashid says

    13/06/2010 at 9:51 AM

    Setuju dengan penerangan di atas, tapi bagi lelaki yang punyai adik perempuan, korang akan lakukan perkara yang sam, sebab korang sayang adik korang tu…macam aku…hmmm

    Reply
  5. Sya Isya says

    26/02/2010 at 12:38 AM

    ciri2 yg di atas applicable juga pada perempuan ^_^. Semua orang yang bercinta memang ada ciri2 tu, tapi kalau yang benar2 cinta je la..kalau yang saja suka2 tu, tak lah kot.. cewah! ye ye o je ak ni.. ngeeee
    .-= Sya Isya´s last blog ..GUNAKAN KAWAN SEBAGAI ORANG TENGAH =-.

    Reply
  6. ema says

    09/02/2010 at 5:29 PM

    slm…
    ssh sngt mw cri llki yg stia pda zmn skng nieh..
    :(( .. =( .. :love: ..

    Reply
    • Suraya says

      10/02/2010 at 11:02 AM

      @ema, wasalam.. mmg ssh pun.. klu dh jumpa tu kawin trus.. baru tak dikebas org.. haha πŸ™‚

      Reply
  7. Luth Textile says

    13/01/2010 at 2:12 AM

    saya la tuu..
    perasannn
    .-= Luth Textile´s last blog ..Blogger – We Care! =-.

    Reply
    • suraya says

      13/01/2010 at 8:46 AM

      @Luth Textile, alhamdulillah la klu cmtu.. bertuah sape dpt.. ssh nk dpt laki cmtu skng ni.. :8

      Reply
  8. t-Rah bEB says

    02/11/2009 at 4:06 AM

    bgi sye,sekarang llaki tkleh cye…semua tu hanye utk mengikut nafsu jer,buat rosak ank dara orng jer…kcualilh yang dah kahwin tue tak apelh

    Reply
  9. somebody says

    01/11/2009 at 1:27 PM

    susah nak cari lelaki gini :oups:

    Reply
  10. si lampu neon says

    20/05/2009 at 1:57 PM

    aaa lelaki takleh caye kot..banyak yang pura2 ikhlas! :choler:

    Reply
    • suraya says

      27/05/2009 at 3:58 AM

      mungkin.. tp ade jugak yg kire ok la.. kn? kn? :aie:

      Reply
  11. Lex dePraxis says

    04/02/2009 at 11:35 AM

    Tulisan yang menarik. Terima kasih sudah berbagi informasi. Jika ingin tahu lebih banyak lagi tentang Cinta, silakan baca artikel Butir-Butir Cinta di blog saya. Salam kenal, sobat.

    Lex dePraxis
    Romantic Renaissance

    Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Buka Akaun Wahed Invest, Pelaburan Digital Patuh Syariah
  • Slow Juicer Untuk Buat Jus Dengan Mudah
  • Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • Farewell Party Rakan Sekerja @ Mozer’s Subang Parade
  • Beli Barang Harga Murah di Chilindo

Komen Terkini

  • nik on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • Nik on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • faizah on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • Sue Teong on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
  • Suraya CMZ on Renew Lesen Perniagaan SSM melalui EzBiz Online
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Copyright © 2021 – Sagitaurus.com
Privacy Policy β€’ Design by Anarm Network β™₯