Bila Lelaki Jatuh Cinta

Bila lelaki jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan.

Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya.

Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya..

Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.

Bila lelaki jatuh cinta

Tanda Lelaki Jatuh Cinta Sepenuh Hati

  • Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
  • Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
  • Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
  • Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
  • Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
  • Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
  • Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
  • Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
  • Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
  • Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
  • Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
  • Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
  • Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
  • Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
  • Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
  • Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
  • Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
  • Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
  • Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
  • Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
  • Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
  • Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
  • Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA!

Dapat benda ni daripada email. Cepat-cepat copy paste masuk blog.

Ok la daripada tak ber’update’ langsung sampai berkulat blog ni kan.. Huhu..

18 Comments

  1. uiyh banyak ygxpuas hati ngn laki2 yep? huhu. pe tu pendapat masing2. Tp bila wujudnya laki2 g bersifat di atas si hawa nya plak yg problem. jd semuanya ujian. kalau kita asik demand yg terbaik cermin diri kita dulu adakah kita ckup terbaik untuk yg terbaik? janji Allah,laki2 ygbaik untuk wanita ygbaik,manakal waita ygbaik untuklaki2 yg baik ngeee~ 🙂

  2. adakah bro pernah jatuh cinta he…23x

    yg pasti…

    mulut bro selalu mengatakan tidak buatnya…

    tetapi perbuatan selalu menafikan ape yg muut bicarakan…

    sape xsyg bini kan he…23x

    • @Bro Framestone: mulut je ckp tidak tapi hati beria-ia nk kn.. kn… kn.. he3..

      dh kawin ke? xtau pun.. 🙂

      Cinta pada yang Maha Pencipta adalah yg hakiki.. cinta pada manusia hanya sementara, selagi hayat dikandung badan.. :love:

  3. aku wat semua mcm tu kat die…
    tapi akhirnya die kawin paksa dgn pilihan keluarga…
    tapi die akan mintak cerai…utk bersame aku…

    aku syg sgt kt die..aku sanggup mati utk die..
    die la cinta aku kt dunia ni..akan aku jaga die baik2….

    • @vtecDX: pada pendapat saya, xelok memutuskan ikatan perkahwinan.. mungkin antara korang mmg dh xde jodoh, nk wat cmne kn.. trimalah suratan takdir, qada’ dan qadar yg tlah ditetapkan olehNya dengan redha.. Relakan perpisahan ini demi kebahagiannya hidupnya.. ini juga antara sifat sebenar bg org yg benar2 mencintai utk pasangan yg dicintainya.

      Kamu juga harus yakin, jika die mmg jodoh kamu, walau cmne skali pn die akan tetap jd milik kamu.. antara lambat & cepat, dahulu @ kemudian, pertama @ kedua @ mungkin yg ketiga kalinya.. pelbagai halangan terpaksa dilalui dahulu tp akhirnya die tetap menjadi milik kamu..berdoa lah supaya ianya menjadi seperti yg kamu harapkan.. tp jgnlah pula melampaui batas kemanusiaan dan sifat harmoni, silaturrahim sesama kita krn nk mencapai hasrat itu.

      btw, sue harap kamu tabah mengharungi masalah ini.. sue akui, mmg sukar utk melupakan cinta sejati.. mmg pedih jika ianya bukan milik kita.. semoga kamu kuat utk menghadapinya.. sue tumpang sedih.. T_T

  4. Setuju dengan penerangan di atas, tapi bagi lelaki yang punyai adik perempuan, korang akan lakukan perkara yang sam, sebab korang sayang adik korang tu…macam aku…hmmm

  5. ciri2 yg di atas applicable juga pada perempuan ^_^. Semua orang yang bercinta memang ada ciri2 tu, tapi kalau yang benar2 cinta je la..kalau yang saja suka2 tu, tak lah kot.. cewah! ye ye o je ak ni.. ngeeee
    .-= Sya Isya´s last blog ..GUNAKAN KAWAN SEBAGAI ORANG TENGAH =-.

  6. bgi sye,sekarang llaki tkleh cye…semua tu hanye utk mengikut nafsu jer,buat rosak ank dara orng jer…kcualilh yang dah kahwin tue tak apelh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *