31 Ogos 2013, Ulangtahun Pertama Perkahwinan

Alhamdulillah, 31 Ogos menjelma lagi. Dan 31 ogos kali ni amat istimewa kerana ini merupakan tarikh ulangtahun pertama perkahwinan Sue dengan En.Suami.

Setahun yang lepas, tepat jam 9.24 pada malam 31 Ogos secara rasminya kami sah menjadi suami isteri. Kejap je rasa dah setahun rupanya kami kawin. Rasa macam pengantin baru je lagi.. hihi

majlis akad nikah perkahwinan

Ikatan Perkahwinan

Sepanjang setahun tempoh perkahwinan kami ni banyak yang telah Sue belajar. Belajar manage masa untuk keluarga dan kerjaya, belajar jadi lebih peramah terutamanya ketika berada bersama keluarga mertua (FYI, Sue ni pemalu orangnya tau..)

Belajar memasak, dan macam-macam lah lagi yang Sue belajar bagi menceriakan, membahagiakan dan mengharmonikan lagi rumahtangga kami.

anarm suraya 2013
Gambar terkini πŸ™‚

Dah menjadi tradisi keluarga Sue kot, anak perempuan bila dah kawin akan bertambah β€œsihat” badannya. Tak percaya tengok lah badan Sue, makin β€œsihat” kan?.. hehe..

Bagi yang baru kenal Sue mungkin tak perasan akan β€œkesihatan” ni.

Tapi bagi kawan-kawan lama, ayat pertama yang keluar dari mulut diorang bila jumpa Sue, β€œwah! makin sihat ye kau sekarangβ€œ, β€œgemoknye mu loni” dan macam-macam lagi lah ayat yang seangkatan dengannya.

Apa-apa pun Sue suka akan β€œkesihatan” ni. Dah banyak isi. Kalau dulu bila pegang rasa tulang je.

Cuma sekarang ni kena kurangkan sikit berat badan sebab macam dah terlebih sudah. πŸ˜€

anarm suraya kahwin 2012

Untuk suami ku, sayang mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki jika ada perbuatan, tutur kata yang mungkin mengguris hati abang dalam sayang sedar atau tidak. Halalkan segala makan minum sayang selama ini ye.

Semoga ikatan perkahwinan yang kita bina ni akan kekal hingga akhir hayat kita, sentiasa dalam keberkatanNYA, sentiasa dipermudahkan segala urusan kita olehNYA, dan semoga Allah memakbulkan doa kita untuk mendapat zuriat secepat mungkin.. aamiin

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN kita yang pertama untuk suami ku Khairul Anam. Terima kasih abang untuk segala-galanya. I Love You!

ikhlas dari hati isteri mu. muaahh! πŸ™‚

Ehh, terjiwang pulak kat sini.. takpe la kot skali skala.. hihi

Ok lah.. akhir kata, sempena 31 ogos ni, Sue juga nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN yang ke 56 kepada semua pembaca blog surayasagi.com.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

logo merdeka 56

10 Comments

  1. baru tahu rupanya wife Anarm….biasa terjah blog dia jer…wife dia pun ada blog jugak…..best kalau dapat sekepala dan sefahaman……happy anniversary………hehe

  2. selamat ulangtahun perkahwinan yg ptama …
    semoga bahagia hingga akhir hayat hendaknya πŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *