Jangan Buat Ini Jika Mahu Sihat!

Sihat, semua orang mahu sihat kan? tapi sedarkah kita bahawa kita banyak melakukan kesilapan dalam kita tidak sedar, yang mana sedikit sebanyak ianya menjejaskan kesihatan kita.

Kesalahan yang pada pandangan mata kasar kita nampak remeh tetapi sebenaranya ia boleh menyumbang kepada kerosakan pada tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Mungkin ada yang sudah tahu mengenai hal ini, dan mungkin juga ada yang baru mengetahuinya. Yang dah tahu tu macam mana? dah cuba saranan yang diberi? atau masih sama seperti dulu?

Pada korang yang baru nak tahu, meh kita selidik apa kesalahan umum yang selalu kita buat. Apa yang salahnya? Antaranya ialah…

Menyilangkan Kaki

Duduk silang kaki

Silang kaki kat lutut ni biasa kita buat kan? Kalau tak pernah buat pun kita mesti pernah tengok orang lain buat. Silang kaki macam dalam gambar kat atas tu sebenarnya salah. Memang nampak elegen tapi tidak baik untuk kesihatan kita.

Sebabnya, duduk macam tu boleh menyekat peredaran darah ke kaki. Jika korang tak mahu merosakkan keindahan kaki korang, JANGAN jangan nak biasakan diri menyilangkan kaki korang setiap kali ingin duduk.

Ada cara duduk lain yang membolehkan kita nampak elegen dan tidak menjejaskan kesihatan kita. Camne?

Duduklah dengan menyilangkan kaki pada pergelangan kaki (longgar je ye.. ketat-ketat sangat kang darah tak dapat nak mengalir pula).

Ini adalah cara duduk elegan versi klasik (yang silang kat lutut tu versi moden). Silang macam ni lebih elok rasanya, nampak sopan je kan.

Tapi cara duduk yang sebaik-baiknya adalah dengan meletakkan kedua kaki bersama-sama pada lantai dan seimbangkan berat badan (duduk dengan betul, tegak bukan senget je.. kerusi pun bleh rosak kalau lama-lama buat camtu).

Tidak Menukar Berus Gigi

berus gigi rosak

Seberapa kerap korang menukar berus gigi korang? Sebahagian besar dari kita menunggu sehingga bulu berus rosak atau berada dalam keadaan buruk dulu baru nak tukar kan? atau dah rasa malu nak kuarkan berus gigi kita di depan orang lain baru kita nak tukar berus baru.

Bulu berus gigi yang rosak boleh menyebabkan kerosakan pada enamel dan ianya tidak lagi mengurut gusi korang dengan baik (kasar).

“Ala.. leceh la nak kena tukar je slalu”.. nak tak nak korang kena rajinkan diri korang tu untuk ambil berat pasal berus gigi korang.. nape?

Bayangkan korang memberus gigi 2 kali sehari (nak gigi bersih kan?) tapi sebaliknya korang merosakkan lagi enamel gigi korang setiap kali memberusnya dengan berus gigi korang yang dah sakit tu.

So, cepat-cepatlah tukar berus gigi baru (sekurang-kurangnya 6 bulan skali). Korang juga perlu menggunakan berus yang berbulu lembut (kecuali doktor gigi telah menyarankan sebaliknya) agar gusi dan gigi korang tak sakit.

Sering Makan di Luar

makan di restoren

Haaa!! yang ni pasti ramai yang selalu buat kan? yela, hidup bujang, malas, takde masa nak memasak kan? faham faham.. hehe..

Tapi perbuatan ni sebenarnya tidak baik untuk kesihatan. Makanan kat luar tu belum tentu terjamin kebersihan, kualiti dan khasiatnya.

Memang tidak dinafikan, makan je apa pun asalkan kenyang, tapi tak kan korang nak makan je tapi tak ada kesan langsung untuk kesihatan korang.

Makanan yang dimakan pun perlu ada zat, vitamin yang cukup untuk tubuh badan korang.

Kebanyakkan kedai makan di luar tu menyajikan makanan yang berkolestrol tinggi. Makanan-makanan macam ni memang menaikkan selera makan korang tapi dalam kita tidak sedar ia menyumbang ke arah hidup yang tidak sihat.

Bukan tak boleh makan di luar, boleh.. tetapi janganlah makan berlebihan.

Elakkan makanan bergoreng. Perlu diingat bahawa kemungkinan besar restoran makanan India kegemaran korang tu mempunyai banyak mentega dalam semangkuk kecil dal. haaa.. sanggup makan?

kata nak diet tapi makan kolesterol banyak tu tak berkesan la jawabnya diet korang.

Hadkan makan di luar kecuali korang tahu bahawa makanan yang akan disajikan itu adalah makanan yang ringan dan sihat untuk tubuh anda.

Lagi satu, kalau yang muslim tu mesti nak cari yang halal kan. Barulah sihat fizikal dan mental. Tak gitu?

Tidak Makan Sarapan

Sarapan pagi

Ini adalah perbuatan yang ramai antara kita buat kan? Jangan sekali-kali skip atau lambat-lambatkan sarapan pagi korang. Kenapa?

Apabila korang bangun pagi, itu sudah 10-12 jam sejak makan terakhir korang (makan malam). So, tubuh korang memerlukan makanan sekarang, malah lebih dari waktu lain (banyak).

Mengikut apa yang Sue baca ni, diorang sarankan kita makan heavy breakfast. Sebabnya, lepas tu kita akan sibuk sepanjang hari, dan kalori akan dapatkan dikeluarkan cepat.

Tapi bagi Sue, tu untuk mereka yang kerja berat je kot, kuarkan peluh banyak. Macam kita ni pegi ofis dok je dalam aircond mengadap PC, mana nak terbakar kalorinya kan?

So, Takpe kot skip breakfast ni (pandai-pandai je Sue ni.. korang di rumah atau di ofis jangan tiru aksi ni! :P)

Bagi yang memang ikut jadual makan tu, ada makan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam bolehlah makan ikut jadual, tp sikit-sikit je setiap kali makan.

Makan untuk hidup ye, bukan hidup untuk makan.

Kalau ikut kata Nabi “Makan ketika lapar, berhenti makan sebelum kenyang“. Ini memang bagus untuk kesihatan dan mengelakkan sifat malas kita. Bila dah terover kenyang semua keja malas nak buat.

Bagi yang nak diet tu, korang boleh makan macam biasa cuma perlu jaga makan malam, amik yang ringan je. Jangan tak makan malam pulak sebab nak diet.

Berkasut Tumit Tinggi (High Heels)

hight heels

Korang (ditujukan kepada kaum hawa la ye) mesti suka pakai high heels kan? memang diakui korang nampak lebih hebat, elegen, anggun, tetapi ianya banyak menyumbang ke arah masalah kesihatan.

Bila di google “kesan pakai kasut tumit tinggi” hasil cariannya banyak menunjukkan bahawa ia boleh menjejaskan kesuburan wanita. ish! bahaya betul.

Tak nak pakai la (memang tak pakai pun.. tak pandai, jatuh memanjang.. heee).

Boleh pakai, tapi pakailah untuk jangka masa yang singkat je. Jangan pakai bila korang tahu korang akan berjalan jauh atau berjalan banyak. Sian tubuh korang, terseksa.

FAKTA: Risiko Kasut Tumit Tinggi

  • Jejaskan peluang untuk dapat anak
  • Punca rambut gugur
  • Kasut tumit berukuran 12.7 sentimeter boleh jejaskan organ dalaman dan kesuburan wanita
  • Sebabkan leher, lutut, sendi, tulang belakang, bahu menjadi sakit
  • Boleh sebabkan pening kepala, gangguan haid

Petikan artikel: Kasut tumit tinggi jejas kesuburan wanita

Berdiri tidak seimbang boleh beri kesan kepada organ dalaman

LONDON: Tindakan memakai kasut bertumit tinggi membolehkan seseorang wanita nampak bergaya tetapi ia juga menjejaskan peluang si pemakai untuk menimang anak, mengikut kajian yang disiarkan kelmarin.

Pakar kesihatan dan kecergasan, Dax Moy berkata, gaya berdiri yang tidak seimbang setiap kali memakai kasut bertumit setinggi 12.7 sentimeter memberi kesan kepada organ dalaman dan kesuburan wanita.

“Jika wanita menghargai kesihatan mereka, elakkan dari memakai kasut bertumit tinggi dengan apa cara – ia tidak berbaloi dengan risiko.”

Penjualan kasut bertumit tinggi dan tirus mencatat peningkatan mendadak sejak selebriti termasuk Victoria Beckham, Madonna, Kelly Brooke dan Scarlett Johansson, mula memakainya.

Berikutan Minggu Fesyen London yang bermula Selasa ini, model Agensi Miu Miu dan Mourets dijangka menguasai pentas peragaan dengan mengenakan kasut bertumit tinggi.

Namun, Moy sebaliknya memberi amaran, reka bentuk terbaru itu juga boleh membuatkan rambut gugur.

“Kedudukan pinggul cuba ditolak ke depan oleh pemakai membolehkan isi perut bergerak ke depan, menimbulkan keadaan yang ramai wanita menyangka ia adalah ‘perut buncit.

“Oleh itu, mereka memampatkan organ dalaman dalam keadaan yang dikenali sebagai visceroptosis. Ia tidak berhenti di situ – leher, belakang, sakit bahu, sakit kepala malah keguguran rambut ialah hasil tidak mempedulikan cara tubuh anda dicipta untuk bekerja,” katanya.

Visceroptosis ialah keadaan pernah dideritai wanita memakai korset atau barut dan kini ia tidak lagi menyakitkan pinggang sebaliknya menjadikan kaki sebagai mangsa.

Moy menambah: “Paling penting ialah masalah besar yang berpunca dari pemakaian kasut bertumit tinggi berkaitan dengan kesuburan, kitaran haid dan fungsi bahagian atas tubuh.

Tidur Di Tempat Tidur Empuk

Tilam empuk

Tidur terlalu selesa bersama tilam empuk pun tak boleh juga. Sebabnya nanti tulang belakang korang tidak seimbang, tak straight orang kata. Lama-lama nanti bleh sakit belakang.

Bila dah camni korang tak perlu la plak fikir nak kena tidur di lantai sebab nak menjaga tulang belakang korang, cukup dengan memastikan korang ada tempat tidur yang selesa (jangan terlalu empuk).

Tilam biasa pun ok, tak lembut sangat, tak keras sangat. diorang memang dah cipta tilam yang selamat dan selesa untuk tulang belakang korang.

Tilam yang berspring atau tilam air memang sangat membantu menyenyakkan tidur korang, namun ianya tidak elok untuk belakang korang. Lembut sangat, tulang belakang pun lama-lama bleh jadi lembut gamaknye.

Tidur terlalu selesa juga boleh menyebabkan korang malas nak bangun, nak tidur je memanjang kan? So, tidurlah di tilam yang sederhana keras.. pasti leher dan tulang belakang korang akan berterima kasih kat korang (kalaulah die boleh berkata-kata) disamping membendung sikap malas korang tu 😀

Keadaan Bantal Untuk Tidur

bantal

Tidak kira bagaimana selesanya tidur korang dengan sepuluh bantal, tapi ia tidak menjanjikan keselesaan, sokongan yang baik kepada leher korang. Kalau dah camtu tak ada gunanya juga kan?

Memanglah kita merasa selesa je tidur camtu, tapi dari segi kesihatan, keadaan leher korang tidak stabil.

Tidurlah dengan satu bantal, dan pastikan tidak terlalu tebal. Jika bantal korang dah rosak, keras cepat-cepatlah beli yang baru ek.

Dapatkan bantal yang nipis bagi mereka yang suka tidur meniarap dan yang biasa tidur telentang pulak lebih elok guna bantal yang sedikit tebal. Ni semua adalah untuk memberi sokongan yang mencukupi untuk leher korang. Barulah boleh tidur dengan nyenyak, leher korang pun sihat. Dan last sekali…

Mahu Sihat, Tapi Tidak Bersenam

Mahu sihat, malas bersenam

Yang ni mungkin ramai yang mengabaikannya walaupun kita semua tahu bahawa kita patut bersenam selalu. Tapi kebanyakan dari kita malas nak bersenam. Inilah “health mistake” yang sering kita buat.

Bukannye kita tidak tahu kebaikan bersenam ni, tapi kenapa masih tidak buat?

Senang je jawapannye, sebab kita tak nak mengakui yang kita sebenarnya sedang merosakkan tubuh kita dengan tidak bersenam.

Kebanyakan orang mula bersenam apabila mereka mendapat tahu bahawa tubuh mereka tidak sihat. Jangan menunggu serangan jantung dahulu baru mula nak mengubah cara hidup ke arah cara hidup sihat. Mulakan perubahan dari sekarang.

Bak kata pepatah, “mengcegah lebih baik dari mengubati“.

Korang tak perlu berlatih seperti untuk larian marathon, cukuplah dengan setengah jam berjalan cepat sebanyak 3 hingga 4 kali seminggu. Ini dah cukup untuk menampakkan perbezaan bagi kesihatan korang.

Lepas tu, bila dah biasa korang dah boleh buat senaman ini selama 40 minit, 4 kali seminggu, dan lengkaplah senaman korang.. bukan susah pun kan?

Ingat! Jika korang tak bersenam untuk seminggu, korang memang telah membuat kesalahan pada kesihatan korang!

Membuat beberapa perubahan dapat membantu kita merasa jauh lebih baik.


Banyak gak rupanye kesalahan yang Sue telah buat dalam tak sedar. High heels tu memang bleh kira ngan jari je berapa kerap sue pakai. Tak bersenam pun sama gak, jarang sekali.. heee 😀

Silang kaki, tak tukar berus gigi, makan di luar, tidur di tempat tidur empuk tu kadang2 je. Yang pasal bantal tu, Sue tidur tak berbantal pun layan je.. sarapan pun jarang sekali.. ish! ish1 ish! patut la tak besar-besar Sue ni.

Korang lak camne? ke sama je macam Sue..? apa lagi moh le kita menjaga kesihatan kita. peace! 😀

12 Comments

    • @nadiah: u’re welcome.. suka ziarah umah baru di alam maya ni.. mcm2 kita bleh jumpa, tahu.. best! best!

      BTW, salam perkenalan dari sue.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *