Buka Puasa bersama Denaihati, SweetKurma dan Rakan Media

Terima kasih kepada Denaihati, Sweetkurma dan Rakan Media yang telah menjemput untuk berbuka puasa bersama-sama.

buka puasa bersama media denaihati sweetkurma

Majlis buka puasa dengan blogger di Hotel Cititel Mid Valley semalam memang seronok. Dapat makan banyak. Makanan yang disediakan pun banyak jugak sampai tak tahu nak makan mana satu.

Dekat-dekat nak masuk waktu berbuka Sue pergi ambik macam-macam makanan yang ada. Memang kenyang sangat-sangat makan buffet Ramadhan kat situ.

sagitaurus buka puasa bersama denaihati sweetkurma

Sempat lagi ambik gambar sebelah kek sedap. Masa nak pergi ambik makanan, Sue asyik tengok kek je sebab nampak sedap betul. Kebetulan memang teringin nak makan kek pun. Alhamdulillah dapat jugak rasa sikit.

Puding pun sedap jugak. Lauk ayam sedap, daging sedap, satay sedap, aiskrim sedap, semua sedap.

Cuma yang tak sedapnya aircond kat situ. Sejuk betul. Dah la Sue ni jenis tak tahan sejuk.

buka puasa denaihati buffet ramadhan

buka puasa bersama blogger

Seronok jugak dapat berkumpul ramai-ramai macam ni. Tapi, rasa segan pun ada sebab tak berapa kenal sangat dengan diorang semua. Ada la sorang dua blogger yang Sue kenal cuma tak pernah bercakap.

Denaihati pun baru first time Sue jumpa. Baik orangnya. Terima kasih sebab belanja makan.

Sebelum balik sempat ambik gambar dengan blogger merangkap artis yang Sue minat – Zarul Umbrella @ The Singing Blogger. Hehe.

bergambar dengan zarul umbrella

5 Comments

  1. wah mesti seronok dapat jemputan untuk bersama blogger-blogger hebat ini….

  2. salam sue..wah ada belog jugak rupernya…mmg best la bakal suami pun blogger gak,sehati dan sejiwa..bagus2

Leave a Comment