Buka Puasa Pizza Hut Citarasa Ramadhan

Beberapa hari lepas Sue berpeluang mencuba menu baru Pizza Hut sempena bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya yang bakal tiba tak lama lagi.

Menu “Citarasa Ramadan” ini dicipta khas untuk makan besar bersama keluarga atau kawan-kawan.

Apa yang istimewa tentang menu baru Pizza Hut ini adalah pizzanya yang dibanjiri dengan seafood bersama sos asam pedas.

“Pizza Sari Lautan” ni sangat berbeza dengan pizza yang sedia ada. Memang sedap!

pizza hut sari lautan

Citarasa Ramadan Pizza Hut
Set “Citarasa Ramadan” Pizza Hut – Pizza Sari Lautan

Harga Menu Pizza Hut

Set dalam gambar ni untuk 4 orang makan. Harganya cuma RM59.80 – ada 1 large Sari Lautan Pizza, 4 sup, 1 Istimewa Platter, 4 keping Garlic Breadstix dan 1 jug air Mirinda Strawberi.

Memang sangat puas hati makan sebab banyak bahan kat atas pizza tu sendiri. Ada udang, savoury tuna, crabsticks dan keju. Yummy!

Jika pegi makan berdua dengan kekasih hati atau pasangan, boleh order set untuk 2 orang.

Set 2 orang akan dapat 1 Regular Sari Lautan Pizza, 2 sup, 1 Istimewa Platter, 4 keping Garlic Breadstix dan 2 gelas air Mirinda Strawberi dengan harga RM39.80.

pizza hut istimewa platter

mirinda strawberry pizza hut

Kalau rasa banyak sangat nak habiskan pizza tu sorang-sorang, boleh beli set a’la carte yang berharga RM25 (saiz Regular) dan RM34 (Large).

Nak order Istimewa Platter saja pun boleh, harganya cuma RM20.80.

Istimewa platter Pizza Hut
“Istimewa Platter” – ada Honey BBQ wings dan drumettes, chicken meatball dengan capsicum dan bawang, dan kentang goreng

Sue suka ayam BBQ dia tu, sedap dan crunchy. Tak payah cicah sos dah. Kentang pun sedap. Hehe.

Tengah puasa ni semua sedap ye tak? Tapi serius Sue memang suka ayam BBQ tu.. Pizza tu pun sedap jugak.

Kepada sesiapa yang tak tau nak makan apa untuk berbuka mungkin boleh try menu baru Pizza Hut ni.

Kalau nak try menu baru ni kena cepat-cepat tau sebab Pizza Sari Lautan ni hanya ada untuk tempoh selama 2 bulan je (bermula dari 20 Jun 2013).

pizza hut food review
Hari tu makan besar dengan diorang ni semua kat Pizza Hut The Curve. En.suami takde dalam ni.. huhu

Sari Lautan Pizza ni juga boleh dibeli secara online melalui laman web www.phdelivery.com.my atau boleh call 1800 88 2525 untuk delivery.

Set combo ni boleh dibeli di semua Pizza Hut outlet Semenanjung Malaysia kecuali Pizza Hut KLCC dan Genting Highlands.

Ok lah. Bulan-bulan puasa ni tak boleh cerita lebih-lebih pasal makanan, kang ada yang meleleh air liur di siang hari. Opss! sorry, tak sengaja. 😀

11 Comments

  1. assalamualaikum….sedapnya pizza tu…

  2. saya yg tgk pon dah tau sedap ni

  3. Salam Ramadhan Suraya, kalau menu best-best macam ni, mesti ‘for a limited time only’ kan, sama juga yang ini, 2 bulan je ya,..huhu…tu yang saya selalu ketinggalan tu… Tapi part BBQ tu memang sangat menarik hati..

    • Salam Ramadan jugak utk Nia.
      Tu biasa, Sue pun slalu terlepas peluang.. tau2 dh abis.. jarang follow diorng punye news.. hehe
      BBQ tu sedap.. cukup rasa

  4. nyum..nyum.. adik fyna pun baru je request nak buka puasa kat pizza hut.

  5. nampak menarik laaa jugak.. lama tak pekena pizza hut nih

  6. amboiiii sakkannnn ya, nampak sedap sekali menu2 tu

Leave a Reply